Thursday, July 9, 2009

July Babies ...

Dengan kerjasama dari Wiz akhirnya hasrat Ahau-Dee untuk meraikan birthday orang-orang tertentu telah pun terlaksana. Cuma tinggal seorang jer lagi. Thanks Wiz. Bukan senang Wiz nak terima order kita sebab beberapa kali order Ahau-Dee telah ditolak kerana Wiz ni ‘high in demand’. Maklumlah popular & terbaik pulak tu. Dia macam tahu-tahu jer apa yang kita hendak. Itu yang istimewanya si Wiz ni. Dah bodek kaw-kaw ni .... bulan September ni jangan reject order Ahau-Dee ya : )

1 July 2009

Birthday my big brother. Dia punyalah happy bila terima cupcakes yang di hantar oleh Wiz. Sekali-sekala melayan ‘orang muda’ untuk merasa diri mereka semakin muda – apa salahnya kan. Tak semestinya cupcakes untuk budak-budak jer. Lagipun, my big bro ni suka makan apa saja yang berkaitan dengan kek dan juga chocolate. Dia baru jer pindah ke Putrajaya dan dia selalu ‘complaint’ kek di Perlis tak sedappp (Ops! Sorry orang Perlis). Delivery ini telah memberikan satu pengalaman baru untuk beliau.
Gambar di atas di ambil ketika Ahau-Dee pulang ke Malaysia December yang lalu. My brother seorang anggota polis ... bergambar pun nak serius ... ha ha ha tapi in person dia ni memang kelakar giler ... kaki merapu macam Ahau-Dee jugak. Adik abang lah katakan : )
3 July 2009

Birthday my brother in law. My brother yang ni pulak lebih serius sikit. Dulu dia ni jenis yang tidak suka untuk celebrate birthday ni. Tapi disebabkan pengaruh Ahau-Dee, maka dia pun turut serta meraikan birthday orang lain. Buktinya, semenjak dua menjak ni Ahau-Dee pasti akan dapat hadiah Birthday dari beliau. Maka, cupcakes untuk dia lebih simple dan macho … he he he. Ahau-Dee terima text dari beliau melahirkan perasaan terharu mendapat cupcakes ni. Serius serius pun ada feeling jugak kan … ha ha ha.

Gambar di ambil semasa birthday Ahau-Dee tahun lepas ... kalau nak tahu apa hadiah nyer ... T'Shirt yang Ahau-Dee pakai bergambar dengan si Lin kat bawah ni ha.
8 July 2009
Birthday si Lin ataupun Ahau-Dee panggil dia Ratu Sunsilk sebab dia selalu buat pose gerbangkan rambut untuk control ayu. Bila dia ketawa pulak, persis Pontianak Harum Sundal Malam …memang real punya. Sampai my son pun boleh terjatuh chinta. Ops!!! Bila lagi nak kutuk kawan kan?

Perancangan untuk si Lin telah dibuat terlebih awal untuk menambahkan element surprise. Ada dua deliveries untuk Lin. Mulanya Ahau-Dee nak hantar ‘tampon’ jer untuk setahun … ha ha ha … tapi disebabkan beberapa masalah teknikal, terpaksa ditukar dengan hadiah berikut. Yes! Ahau-Dee memang seorang yang gilerrrr.
Lin kata pen ni cute macam dia ...
Cupcakes ni pun dia kata cute macam dia ... aduh! Ni kes DIVA Perasaan ker ... ha ha ha
Bila dapat jer hadiah pertama, Lin call Ahau-Dee dengan teks ucapan ala-ala Diva menang anugerah…. ha ha ha. Beliau happy sangat. Bila terima hadiah yang kedua pulak, dia terus sms Ahau-Dee sebab kegembiraannya berganda sehingga membuatkan Ahau-Dee terjaga jam 2 pagi …aduh! Terus tak boleh tidur selepas tu & akibatnya … mengantuk di office. Anyway, plan Ahau-Dee berjaya dan Ahau-Dee gembira bila orang lain gembira.
Gambar bersama Lin ketika sambutan Tahun Baru 2009 di PJ Hilton ... Lin terlentukk tu sebab perut dia dah kenyang ... korang jangan tak tahu ... dalam bab makan pun si Lin ni DIVA jugak.

Walaupun my brother and my brother in law tak akan baca posting ni, Ahau-Dee ingin ucapkan
Happy Birthday Abang Mi

Happy Birthday Abang Lan

Happy Birthday Lin.
Ahau-Dee

4 comments:

wiz said...

Deeeeeee!!!!!!!!!

You know what I love doing surprise deliveries to all of the above. I love to see the expressions on their faces dee, especially your brother. You should see the look on his face, macam sikit lagi nak gari kita orang and make us turn back so he could menitiskan air mata. Like I said, I could feel the warmth of emotions from him. Byk kali ajak kita orang masuk but apakan daya both my kids demam malam tu and they were in the car.

For your bro in law and Lin, I didn't follow sebab terlalu sibuk dgn kek but from what I heard they too expressed gratefulness to you.

You are one a million Dee. And I am just more than happy to be part of all these. Glad to know all of them liked the cakes.

September? what about September?

Ahau - Dee said...

Ha ha ha ... I know. Each of them bagitau yang betapa terkejutnya dapat your cupcakes. One more to go ... he he he.

September ni? I have more birthdays bulan September ni. My son, my sisters and my friends. Macam bermusim ... ha ha ha.

I will give you the details soon. Tapi kalau you sibuk bagitau awal2 ya ...so I can make other plan sebab I pun tengah sibuk kat sini nak uruskan persiapan balik ke Msia and my holiday segala.

Anyway, thanks again to you for making it happen.

Anonymous said...

D, ni yang aza pun nak sambut birthday tiap2 bulan ni...kahkahkah.

Betul la kata yr fren Wiz, you are really one in a million... Mujur kita bertiga bertemu dan berteman tapi mesra kan kan kan... muahhaha

Ahau - Dee said...

Aza & Wiz,

One in a million tu macam too much lah pulak for me ... ha ha ha

Nanti terkoyak seluaq kang ... I jugak yang susah. Bukan tahu jahit pun I ni. Kena beli seluaq baru pulak nanti ... ha ha ha

Believe it or not Aza & Wiz ... kita kenal because of New Zealand. Kebetulan kan?

May our friendship last forever ... as I always said, susah nak cari kawan baik or istilah la ni ... teman tapi mesra ... ha ha ha