Thursday, September 3, 2009

The Finale : Jalan-Jalan Ahau-Dee Di New Zealand (South Island Trip) - updated!!

Bak kata omputih ‘save the best for last’, akhirnya baru Ahau-Dee finalised my South Island Trip yang ditunggu-tunggu sekian lama. Budak kampung ni begitu excited dengan adventure kali ini sebab selain ianya di bulan Ramadhan / Syawal, ini juga merupakan kali pertama untuk Ahau-Dee bercuti cara ‘Backpackers’. Siap beli backpack baru lagi. Ahau-Dee bercuti sorang-sorang dan tidak mengikut sebarang tour group yang berlambak di New Zealand ni. Just go with the flow kononnya.

Untuk transportation utama, Ahau-Dee naik bas sahaja. Senang cerita sebab malas nak drive … lagipun bila memandu susah nak tengok persekitaran sebab kena focus pada jalan. Di New Zealand ada perkhidmatan ‘InterCity Flexi-Pass’ di mana kita beli ‘total hours’ untuk travelling dan dia akan deduct setiap hours yang kita gunakan. Untuk 50 jam perjalanan, harganya $515 dan kelebihan flexi-pass ini ialah kita bebas untuk plan our itinerary tanpa terikat dengan route yang standard. Kalau tak cukup, boleh top-up … macam pre-paid tu.

Ok. Jom tengok perjalanan yang akan Ahau-Dee lalui nanti – insyaallah :
Destinasi 1 : Wellington
Dari Auckland ke Wellington (12 Sept), Ahau-Dee akan menaiki The Overlander Train yang terkenal dengan permandangan memukau di sepanjang perjalanan. Tahun lalu masa nak ke Mt.Ruapehu, train ni rosak di tengah jalan. Harap-harap kali ni tak ada masalah. Perjalanan memakan masa 12 jam dari 7 pagi sampai 7 malam. Fyi, train ni tak termasuk flexi-pass. Harga dia $69

(13 Sept) Full day in Wellington

Destinasi 2
(14 Sept) Bertolak ke Picton dengan InterIslander Ferry (yg ni tolak flexi-pass) dan dari Picton terus ke Kaikoura - tidur di sana satu malam.

(15 Sept) Kaikoura ni terkenal dengan pelayaran untuk melihat ikan paus. Dari 10 am sampai 1.15 pm. Harga dia $140. Kalau cuaca buruk, dia akan refund duit tu balik. Kalau tak jumpa ikan paus, dia akan refund 80%. Glamour ikan paus tu kan? Habis saja whale watch, terus bertolak ke Christchurch.

Destinasi 3
(16 Sept) Full day in Christchurch

Destinasi 4
(17 Sept) Day trip ke Hanmer Springs yang terkenal dengan Hanmer Springs Thermal Pools and Spa. Ahau-Dee ni memang kaki spa … mesti kena pergi. Kemudian balik semula ke Christchurch. Day trip ni kena bayar $72 saja.

Destinasi 5
(18 Sept) Dari Christchurch Ahau-Dee akan ke West Coast (Greymouth) dengan Tranz Scenic Train yang amatlah popular di New Zealand. Semua orang kata mesti naik maka Ahau-Dee pun tak akan lepaskan peluang ni. Harga tiket $75. Bermalam di Greymouth dan akan berada di sana sampai tengahari on the next day.

Destinasi 6
(19 Sept) Dari Greymouth terus ke Franz Josef dan akan sampai pukul 5 pm. Dah tak boleh nak buat apa dah. Sebab aktiviti utamanya ialah Glacier Adventure.

(20 Sept) The Big Day – Hari Raya Aidil Fitri ( kalau raya jatuh pada hari ni lah). Ahau-Dee dah beli pass untuk Full Day Glacier Adventure. Harganya $150. Pastinya satu pengalaman yang menarik sebab sambut raya di sana.

Destinasi 7
(21 Sept) Bertolak ke Wanaka yang terkenal dengan keindahan tasiknya. Sampai sahaja di Wanaka terus buat Sky Diving pada ketinggian 12,000 feet. Campur dengan DVD dan photo, total cost dia ialah $484. Kalau 15,000 feet kena tambah lagi $100 ... huh! Tak cukup duit daa. Bermalam di sana dan esoknya Ahau-Dee akan berada di Wanaka sampai pukul 2 pm sebelum bertolak ke Queenstown.

Destinasi 8
(22 Sept) Bertolak ke Queenstown

(23 Sept) Full day in Queenstown.

Destinasi 9
(24 Sept) Day trip ke Alexandra, sebuah pecan kecil yang dikatakan mempunyai suhu yang paling extreme di New Zealand. Ahau-Dee plan nak buat horse riding kat sini tapi bergantung pada masa dan keadaan. Kemudian balik semula ke Queenstown

Destinasi 10
(25 Sept) Dari Queenstown bertolak ke Milford Sound. Di sana Ahau-Dee sudah beli pass untuk Overnight Cruises berharga $154 termasuk dinner sekali.

Destinasi 11
(26 Sept) Bertolak ke Te Anau dan bermalam di sana. Orang kata Te Anau ni macam pekan cowboy jer … dan tempat ini selalu termasuk dalam list tour group.

Destinasi 12
(27 Sept) Dari Te Anau terus ke Dunedin. Bermalam di sana satu malam. Tak banyak masa di Dunedin. Just nak tengok bandar dia macam mana. Hari tu hanya sampai ke Mosgiel saja.

Destinasi 13
(28 Sept) Dari Dunedin terus ke Christchurch untuk last minute shopping. Souvenirs untuk diri sendiri pun tak beli lagi. Ahau-Dee ada beberapa jam untuk shopping sebelum balik ke Auckland dengan Air New Zealand ($119).

29 Sept – Satu hari di Auckland untuk buat apa yang patut. Ahau-Dee belum naik Skycity Tower lagi ni …so, mungkin buat pada hari tu kut.

30 Sept – Balik Kampung : )

Doakan semua perancangan Ahau-Dee berjalan dengan lancar dan trip ini pasti menjadi penutup yang istimewa untuk my secondment in New Zealand.

p/s : Untuk backpackers, harga dia dalam $25 - $29 satu malam. Tujuan Ahau-Dee letak harga supaya mudah untuk kawan-kawan yang nak plan ke New Zealand nanti. Senang untuk budget kan : )

Kembara Ahau-Dee.

6 comments:

la Signora said...

Wooo, kalau betullah raya falls on that date, sambut raya atas Glacier tu!! Untuk kasi lagi feel, silalah ambik gambar sambil makan serunding atas glacier! XD ha ha

Anyway, all the best for your trip, have a safe journey kat Bumi Kiwi tu.Jangan angkut sorang minah Maori bawak balik, udahler..tapi kalau ade, ape salahnye?

Ahau - Dee said...

Lisa,

Untuk menambahkan lagi kesyahduannya, baik saya pakai baju melayu jer siap dengan songkok sekali boleh?

Alangkah bagusnya kalau ada any minah yang sangkut dengan saya. Masalahnya ... nan ado !!! Ha ha ha

Maori pun tak nak sama gua lah!

Anyway, thanks Lisa : )

Anonymous said...

Baru tadi you wrote to me nak hanto gambar pakai kopiah and jeng jeng jeng kan. Make sure ianya dilaksanakan diatas glacier itew ya Pak, kah kah kah kah.

Teruk la awak ni, jalan tak ajak orang.

Ahau - Dee said...

Wiz,

Kalau saya ambil gambar macam tu kat glacier takut semua mat salleh lari nanti kut. Rasanya pakai baju melayu still ok lagi kut.

Bukan tak nak ajak awak tapi kan wizcakes business terlampau sibuk ... kesian kat your customer sebab kempunan tak dapat makan your cake nanti. Lagipun esok ada delivery on my behalf kan? ha ha ha

Jangan lupa ambil gambar tau : )

Anonymous said...

Salam Dee.. It's gonna be a nice and memorable trip indeed! Have a safe journey & Selamat Eid-Mubarak (in advanced).

-cintakyra-

Ahau - Dee said...

W'salam Kyra,

Thanks a lot :)

Selamat Hari Raya in advance too. Balik Malaysia nanti I tuntut my rendang okay.

Cheers.