Monday, September 7, 2009

Mission Accomplished!

‘Mission Impossible 2009 Ahau-Dee : To reduce 10kg in 100 days’ berjaya juga akhirnya. Ianya memakan masa selama 84 hari sahaja. Huh!! Lega rasanya (sambil mengesat peluh di dahi ).

As of today, 7 September 2009 berat badan Ahau-Dee ialah 74.6kg. Yes!!! Ahau-Dee tidak GEMUK lagi. Secara keseluruhannya, Ahau-Dee berjaya menghilangkan 32kg dalam masa hampir 18 bulan di New Zealand. Caranya, hanya dengan mengubah gaya hidup dan juga pemakanan. Prosesnya memang perlahan dan begitu menyeksakan. (Hanya orang yang besar sahaja tahu betapa peritnya nak kurus). Tiada magic ataupun jalan pintas. Bak kata omputih, ‘No Pain No Gain’.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan mereka yang mengambil bahagian di dalam survey Ahau-Dee. Ternyata dengan cara meletakkan cabaran ini di dalam blog telah memaksa Ahau-Dee bekerja keras untuk mencapai target. Kalau tidak malu beb !!!

Cabaran seterusnya ialah untuk ‘maintain’ berat badan ideal ini terutama bila dah berada di Malaysia. Kalau di New Zealand, cabarannya ialah Cheese, Chocolate, Ice Cream, Cookies, Muffin, etc dan di Malaysia pula dengan Nasi Lemak, Mee Kari, Roti Canai, Murtabak, etc. Ahau-Dee akan pastikan bahawa Ahau-Dee tidak akan gemuk lagi. Cukuplah sekali melalui proses ini. Serik!!!

Oklah, mari kita lihat Iklan Kurus Ahau-Dee :-

SEBELUM

Tarikh : 29 March 2008
Lokasi : Rotorua, New Zealand.
Weight : 107 kg

SELEPAS

Tarikh : 7 September 2009
Lokasi : Quest On Mount Apartment, Auckland.
Weight : 74.6kg

Kalau ada sesiapa yang mahukan Ahau-Dee menjadi coach untuk kuruskan badan, dipersilakan. Hubungi Ahau-Dee di lelaki72@gmail.com . Ahau-Dee sudah bersedia untuk berkongsi tips dan teknik yang berkesan tetapi dengan syarat - tiada jalan pintas dan kena serius.

Oh ya! 4hb September baru-baru ini ialah Birthday my son, Ahmad Muzani dan beliau juga akan mengambil peperiksaan UPSR esok. Sekali lagi Ahau-Dee bekerjasama dengan Wiz yang creative dan sentiasa memahami kehendak customer. Ahau-Dee telah menghantar Birthday Cup Cakes dan juga Best Wishes for his exam. All the Best Muzani & Happy Birthday !!!
Terima kasih Wiz : )

Sebagai warm-up untuk my South Island Trip, Ahau-Dee telah pergi ke Tauranga pada hari Sabtu yang lalu. Tidur semalam di sana. Huh! Teruk jugak berjalan di bulan puasa ni. Dahlah banyak berjalan, banyak betul dugaan especially masa lunch dan bila lalu di depan cafe.

Ada banyak gambar menarik yang ingin di kongsi bersama kerana cuaca amatlah baik. Ahau-Dee juga mendaki Mt.Maunganui (gempak jer mat salleh ni, bukan gunung - macam bukit jer ... tapi teruk jugaklah nak sampai ke puncak. Lebih-lebih lagi sedang berpuasa).

Ini dia salah satu gambar yang Ahau-Dee ambil ketika menuju ke puncak Mt.Maunganui. Kalau ada masa, next posting Ahau-Dee akan letakkan lebih banyak gambar.

Kembara Ahau-Dee

16 comments:

la Signora said...

*standing ovation*Wewiiittt! Tahniah!That is ONE big difference la!But you're right, it's no magic potion/petik jari thing when it comes to losing weight.It's all hard work AND discipline.Paling penting, bab disiplin tu lah.

To date, I've made 4 chocolate puddings (permintaan my cousins yang chocolate addict, untuk berbuka puasa konon) but HAVE NOT eaten a single one atas dasar berjanji kepada diri-sendiri.Some people forget that honoring the promise you made to yourself is equally important as promising other people.

Temptation is always there.Anyway, good luck for your next journey, iaitu proses maintain-berat bedan sihat (which is TOUGHER than losing weight).

Ahau - Dee said...

Terima Kasih Lisa. Thanks sangat-sangat for all your support. I agree 100% yang nak tepati janji pada diri sendiri tu lah yang paling mencabar. Sebab tu lah amat penting untuk kita beritahu orang lain matlamat kita supaya mengajar kita menepati janji kepada diri sendiri.

I know that nak maintain yg paling mencabar tapi rasanya I dah jumpa the most effective way to lose and maintain weight. Insyaallah!!! I will keep you updated my progress okay walaupun I dah balik di Malaysia.

Keep it up on your journey too. Well done! kalau I lah mesti dah rasa at least sedikit choc puddings tu ... kat NZ ni murah jer ... tapi I setakat pegang & lepas tu letak balik ... ha ha ha

Anonymous said...

I am so proud of you Deeeeeeeeeee! Ok I recognize kaki you dan itu bukanlah kampit beras yang berada ada weighing machine tu heeeeeeeeee.

Kat MAlaysia lagi senang nak lose weight la sebab selalu panas dan kite sentiasa berpeluh.

Hey Dee, you look handsome la in the 2nd picture mcm male Russian ballerina plak, boleh gang dgn Kit. Be ready for girls to fall head over heels for you sekembalinya anda tiba di tanahair nanti k.

Ahau - Dee said...

Thanks Wiz. Anyway, tahukah anda bahawa your comment pasal kampit beras tu lah yang membuatkan saya letakkan gambar dengan my kaki yg hodohnya tu ... ha ha ha

Huh! Tak kan lah saya sehandsome tu sampai ada yang terjatuh kut ... he he he. Anyway, I always like your imagination. Memang creative. Macam kek you jugak.

Btw, I dah suruh my son simpan satu cup cake tu utk I celebrate my success ni tapi dia kata dia simpan 4 coz nak makan sama-sama dengan I. Sorang dua lah tu. Tapi selalunya, I yang makan banyak :)

Btw, Kitreena nak ker menari ballet dengan I ... ha ha ha

Mazlizan bin Mohamed said...

Nak maintain cabaran lagi susah dari nak achieve,aku masih teringat kata2 Tony Lau masa kat NSG dulu.
Tapi aku respect la kat hang, coz aku nak set target pun takut lebihan lagi nak achieve pastu nak maintain pulak!
Zahidi da great...congratulations!pas ni mai la melawat Penang bawa semua sekali.

Ahau - Dee said...

Thanks Zan :)

Sebab tu lah proses kali ni memakan masa yang lama - hampir 18 bulan. Aku tak nak jadi macam dulu, sekejap jer kurus dan lepas tu terus naik baik.

Kali ni memang dah nekad untuk kekal macam ni. Dah siap ada plan dalam kepala ni apa yang perlu dilakukan.

Insyaallah one day nanti aku sampai jugak kat umah hang & kalau boleh nak pi Pantai Merdeka :)

Anonymous said...

Congratulations Dee! What an achievement, bravo :)

-cintakyra

Ahau - Dee said...

Thanks Kyra :)

p/s : Dah tak tension dah selepas ni ... he he he

Anonymous said...

Dee, tak payah tension lagi dah. U shld be proud of this achievement and what's next is to MAINTAIN :) Nanti cuma boleh makan rendang with low-fat santan! hahahha...

Take care Dee! Can't wait to see those beautiful photos!

p/s: i doakan muzani dpt jwb dgn tenang & confident dlm upsr this week.

-cintakyra

wiz said...

Dee, selepas diteliti dengan penuh siksa, kaki you saling tak tumpah macam kaki Frodo from Lord of the rings la, kah kah kah kah kah.

Jangan marah, nanti kena jual.

Ahau - Dee said...

Thanks Kyra for your doa untuk Muzani : )

Rendang with low fat santan? Kena tukar dengan low-fat milk lah ...and I nak makan yang you masak boleh? Ha ha ha

Ahau - Dee said...

Macam-macam lah you ni Wiz ... ada pulak masa nak teliti my kaki ... ha ha ha. Ni tentu masa tunggu cake didalam oven.

Nasib baik bulan posa kalau tak dah kena saman dah !

Ha ha ha

Anonymous said...

Fuyyooo! Kena frame besar2 gambar nih...as a friendly reminder hehe. Congrats Dee! That's a huge huge accomplishment!

Nanti balik, celebrate with a cake as small as yourself ek? ;)

Ahau - Dee said...

Thanks Mas ... btw, saya dah pun sahut cabaran awak untuk maintain weight ni for the next 3 months sebelum celebrate tahap gila baban.

And then, masa tu I nak cake yang besar-besar from wizcakes ... boleh?

cake kaki Frodo ... ha ha ha

Jean said...

Helo macam orang baru la....hahaha Congratulations on your weight management success...hmmm, just wondering.. you must have given away all your over-sized baju by now, hahahaha...wah new wardrobe! Hei, enjoy your holidays and take good care, see u soon! Cheers

Ahau - Dee said...

Thanks Jean.Yes. I'm going to give it all to my friends ... ada a few sizes lah Jean because my progress was in stages. Starts with 40, 36, 34 and 34 ... ha ha ha

Can't wait to reedem my voucher at Jean's Passion too :)