Tuesday, September 22, 2009

Salam Dari Queenstown ...


Di Hanmer Springs


Cepat sungguh masa berlalu ... esok dah pun masuk hari raya ketiga di New Zealand. Ahau-Dee kini berada di Queenstown. Sampai jam 4.30 petang tadi dari Wanaka. Dan South Island Trip ni pun tinggal lagi 7 hari saja sebelum Ahau-Dee kembali ke Auckland dan seterusnya PULANG ke tanahair.
Dalam masa 11 hari yang lalu Ahau-Dee benar-benar bercuti ... lupa pasal kerja, lupa pasal diet - just enjoy jer. Bila buka puasa jer ... makan macam tak ingat dunia sebab banyak tenaga digunakan semasa berjalan-jalan. Sedar-sedar saja ... badan dah terasa berat. Rasanya badan dah naik balik kut ...muka pun dah tembam balik ni ha. Tak boleh jadi - kena sahut cabaran Mas untuk maintain for the next 3 months (sekurang-kurangnya). Tak per ... ada 7 hari untuk control balik ... no more Fish & Chips, Thai Food, Indian Food, Ice-cream, Chocolate, Cheese dan macam-macam lagi lah.
Di Christchurch

Macam mana cuti setakat ini??? Huh! Satu pengajaran besar yang Ahau-Dee dapat dari trip ini dan juga trip yang sebelum ini iaitu don't get excited ... just go with the flow sebab bila Ahau-Dee excited ... pasti ada sesuatu yang berlaku. Oleh itu untuk seminggu yang berikut ini, Ahau-Dee akan buat biasa saja ... just enjoy hari-hari terakhir di New Zealand. Memang Ahau-Dee tidak boleh 'excited' ... ha ha ha.
Dalam kapal terbang sebelum melihat ikan paus yang tidak muncul-muncul tu.
Balik Malaysia nanti bolehlah buat siri South Island Trip dengan cerita ceriti di sepanjang perjalanan. Memang menarik.

Di Hanmer Springs Spa and Pool - ada sesuatu berlaku di sini juga. Begitu juga di Wanaka : )

Sehingga di sini dulu. Semoga semua kawan-kawan sedang bergembira berhari raya ataupun bercuti. Pesanan penaja - berhati-hati di jalan raya okay!
Jumpa lagi ya : )
p/s : Gambar-gambar yang menarik kena simpan untuk the actual South Island Series nanti ... he he he.

Kembara Ahau-Dee

2 comments:

pijankodok said...

salam aidlfitri...
hehehehe.. saya dah makan lemang, ketupat dan rendang serta serunding untuk orang disana yang memesan... hehehehe... tapi nantilah...balik malaysia dulu... makanlah sepuas-puas.. klau simpan-simpan i.. alamatnya simpang dalam perut lah.. hahaaha....

jala-jalan gak tapi makan control yer.. plz maintain ur bodyweight..

Ahau - Dee said...

Huh! Jeles nyeerrr !!! Saya pulak tiap-tiap hari makan Fish & Chips sebab dah balik nanti tak boleh makan Fish & Chips NZ lagi.

Tak sangka rupa-rupanya Fish & Chips pun boleh menggemukkan ... tapi belum sampai tahap bahaya lagi ... ha ha ha

Enjoy your raya okay.