Wednesday, August 13, 2008

Expatriate ker... ?

Mungkin bagi sesetengah orang, tiada apa yang menarik kali ini tapi secara peribadi cerita kali ini membuatkan aku menghargai apa yang aku ada di Malaysia ... my car.

Selepas berbelas tahun berkereta sana sini, bila tak ada kereta ni ... lain macam rasanya ...lebih-lebih lagi untuk urusan kerja.

Seboleh-bolehnya aku cuba menyusun jadual kerja supaya meminimumkan penggunaan public transport.Kadangkala aku meminjam kereta boss untuk pergi ke mana-mana dengan bantuan GPS. Kalau tak ... sesat lah jawabnya.

.

Semalam, aku ada meeting di City Nissan - Wairau Road, Takapuna (North Shore) dimana aku perlu menyeberangi Harbour Bridge. Dan kereta boss pulak tak ada ... jadi kena naik baslah jawabnya.

Seawal 7.30 pagi aku dah bejalan dari rumah ke Albert Street (lebih kurang 1km) untuk menaiki bas ke North Shore. Hujan selebat-lebatnya pagi semalam sehingga payung yang baru dibeli minggu lepas rosak lagi. Kayalah kedai payung kat Auckland ni. Sampai di Smales Farm Station pukul 8.50 am dan kena tunggu satu bas lagi untuk ke City Nissan. Bas berhenti di Wairau Road dan aku berjalan sejauh 500 metres untuk sampai ke destinasi.

Nasib aku baik sebab sampai tepat pada masanya - 9.25 am ... kalau lambat tak professional lah pulak. Lebih-lebih lagi aku ni dari Malaysia. Meeting pun berlangsung dalam suasana yang pahit, kelat & masin ... biasalah mat salleh.
Untuk kembali ke office pulak, aku kena naik 3 bas. From Wairau Road to Takapuna, from Takapuna to Queen Street and from Queen Street to Newmarket. Nasib baik hujan dah mula reda dan aku boleh masukkan payung tu dalam tong sampah jer.


Aku sampai office tepat jam 1.30 petang. Untuk satu meeting aku perlu habiskan masa 5 jam dalam perjalanan. Kalau ada kereta, perjalanan lebih kurang sejam sahaja (pergi balik) sebab traffic di Auckland ni taklah seteruk KL.

Nama jer expatriate kan ... tapi macam tak ada class ... hmmm ... kesian kat aku kan ... apapun, itulah pengalaman.... ha ha ha.

Ahau - Dee

3 comments:

wizcakes said...

Dee, tu la, kalau you ada keter boleh jumpa and bagi you sambal ari tu. Believe it or not, I have yet to makan the sambal that was meant for you. Tak sampai hati plak. Maybe will eat it masa bulan posa nanti.

Keep on walking Dee, balik nanti boleh makan the biggest share of the cake k.

Ahau - Dee said...

Wiz,

Masa you datang tu tak berani lagi nak bawak BMW my boss tu. Kalau tak, I dah pinjam dah dan pergi jumpa you.

Apa kata you simpan jer sambal tu sampai I balik bulan 12 nanti ... kalau dah rezeki tu tak ke mana ... ha ha ha

wizcakes said...

ha ha ha Dee! I buat lain la. Tapi masa tu you dah ada kat Malysia, so bahan2 dah dkt, kena la buat sniri, apala dei!