Monday, September 15, 2008

Arrgghhhh!!!

Ikutkan hati ... mati
Ikutkan rasa ... binasa
Ikutkan nafsu ... lesu


Mungkin itu adalah pepatah yang terbaik sekali untuk menggambarkan 'my last weekend' dan kesudahannya hari ini terasa bagaikan 'zombie', 'ting tong' dan 'ding dong'. Itulah istilah yang sering aku gunakan bila kepala terasa berat, langkah terasa lesu, fikiran tak fokus dan pagi Isnin yang tidak segar, tidak ceria dan segala-galanya tidak kena.

Dan masalah utama aku ialah tidak pernah belajar dari kesilapan, tidak consistent dan banyak pulak alasannya. Tambahan pula beberapa perkara berlaku di sepanjang minggu lalu yang menambahkan 'tak betul' di kepala ni.... (alasan lagi tuh!). So, apa yang berlaku?

1. Masih belum selesa dengan office baru ... plan nak siapkan kerja masa weekend pun tergendala ... malas nak pergi office Sabtu lepas. Dalam erti kata lain ... ikutkan hatilah tu.Pagi ni gabralah jadinya ... kerja tak siap ... apa nak jawab dengan boss? Hmm ... tanggung sendiri lah.

2. Projek-projek aku menemui jalan buntu ... masalah budget, tak cukup support, etc ... or aku yang gabra sebenarnya ... again, my self-confidence berada di tahap yang bahaya sekarang ni.

3. Sembelit ... ha! agaknya banyak sangat toxic dalam badan nih ... terus fikiran pun tak betul ... ingat ker dah ok dah ... tapi dia datang balik. Mana nak cari julap kat Auckland nih?

4. Argument dengan my best buddy .. of course lah through email & sms but it disturb my mind ... bulan puasa ni, jangan gaduh-gaduh! Kalau aku salah, aku minta maaf tapi I just tell the truth. Salah ker?

5. Jerawat !!! Dah tua-tua macam ni jerawat tumbuh lagi ... kat tengah-tengah hidung pulak tu ... sakit yang amat sangat. Bila hormon tak betul, mulalah jerawat tumbuh ... period : (

6. Last weekend hanya tengok tv dan tido saja kerjanya ... cuma buka puasa kat surau sebelah rumah jer on saturday. Buka puasa pulak, melantak macam tak ingat dunia ...sebab mungkin kurang makan kut ... jadi tak cukup untuk diproses. Sudahnya tak keluar jugak ... haru biru jadinya.

7. Kulit kering, tergaru sana ... tergaru sini. Hari-hari sapu losyen pun tak ada perubahan. Siap makan fish oil lagi ... memang lah kulit khatulistiwa ... he he he

Cukuplah tu ... kena stay focus balik nih ... ni dia sambungan gambar yang di ambil di North Piha pulak. Tak menarik sangat. Next posting, aku akan letakkan gambar di Waitakere Rangers pulak.



Ahau - Dee

4 comments:

Anonymous said...

Dee, you are doing great! Confidence issue shouldn't bother you right now coz you are already there and making it happen alright. You are just tired maybe pindah office and all. And being alone bulan Ramadhan ni memang mengujikan. Adat la tu Dee, sometimes we can't help but switch off ourself. It's like an automatic mode. Only a few weeks left till Kl touch down Dee, come on, keep it going skit je lagi.

Ahau - Dee said...

Wiz,

Tu lah yang dok bagi semangat kat I ni ha. Tu kat side bar tu dok mengira hari jer.

As you said, memang mencabar posa sorang2 ni ha. Kena bounce back balik nih & stay focus. Thanks a lot for reminding me. Yes! I'm doing great! Berat pun dah turun 23kg dah ni.I will stay positive :)

Ni pun curi-curi update my blog ni ha. Office baru heavy traffic sket ... he he he

I ni bukan jer 'switch off' ... kadang-kadang mengulat gak ... ha ha ha

Anonymous said...

I kan Dee, sometimes tu, not sometimes jugak la but most of the times,if i worry bagai nak demam, sudahnya memang demam but the things yang i worry about tu tak de bende pun. Things will take their own course eventually. Tapi tu lah, most of the times. You worry because you know yourself, and because you know you could have done better. :) And kadang tu, you worry because you know there's nothing you can do pun, macam jerawat you tu hehe.

These obstacles test you about yourself i believe. But i'm sure you'll come out stonger. You know it too.

Ahau - Dee said...

Mas,

You know me very well ... he he he.Tulah, pagi tadi I gabra giler sebab tak tahu macam mana nak update kat boss kerja yang tak siap tu.

Sudahnya, tak der apa benda pun ... boss selamba jer. macam kes demam you tu lah... ha ha ha

Masalahnya kita tahu tapi still macam tu jugak. Huh!