Sudah lama Ahau-Dee tidak lepak dengan 'The Bitches Group' sebab semuanya sibuk-sibuk belaka. Sedar-sedar sahaja kumpulan ini telah pun bertukar menjadi 'The Genius Boys' pulak sebab semuanya dah transformed menjadi baik-baik dan sememangnya bijak-bijak belaka.
Maka jemputan untuk makan bersama mereka yang kini menuntut di University of Auckland tidak dapat dilepaskan. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Ahau-Dee okay jer walaupun risikonya amatlah tinggi sebab akan menjejaskan my weight loss programme. Ha ha ha
Memandangkan minggu depan puasa dan semua orang begitu sibuk maka kesempatan ini bolehlah dianggap sebagai farewell dinner untuk Ahau-Dee. Thank you boys. Bro amatlah terharu. (Oh tidak! .... tissue please ... sob sob)
Bertempat di Suryani Restaurant yang baru dua minggu dibuka di Queen Street, restaurant ini menyajikan hidangan Indo-Malay yang halal dan memang sedap pun. Habis my diet programme but no complaintlah sebab orang belanja (rezeki beb!) dan Ahau-Dee makan dengan 'bersungguh-sungguh' nya... ha ha ha.
Nak tengok hidangannya?
Gado Gado
Udang masak pedas kut ... tak tahu nama dia
Ayam ???
Ni pun ayam jugak.
Daging masak??? Sorry, tak tahu nama makanan ... pandai makan jer. Memang sedap sungguh. Rasa macam nak pergi lagi ke sana tapi kena tahan nafsu.
Inilah dia The Genius Boys ... nampak tak licin pinggan : )
Bubur sagu ... complimentary dessert dari Suryani Restaurant ... sedap jugak. Sebagai menghargai jemputan & ingatan ikhlas The Genius Boys, Ahau-Dee belanja karaoke selepas makan.
Maka bermulalah adengan melalak sampai Ahau-Dee hilang suara. Gosh! Nasib baik dah ok balik kalau tidak tak boleh nak mengajar di South Island minggu depan.
Odie (kanan) : Eh! Budak-budak ni aku dah kata pitching jangan lari ... penat che'gu mengajar. Tone deaf ker dia orang ni??? Tak harmoni langsung.
Odie : Alamak Acap! Lagu apa ko nyanyi ni ? Tak cukup gali lagi ni. Muzik dah sampai Malaysia, ko masih kat Auckland lagi ni.
Dino (kiri - sebelah Acap) : Huh! Penat aku coach ko Acap. Salah lagu ker salah tok guru?
Zhariq (kanan) : Lepas ni turn aku pulak ... biaq depa terkejut beruk dengaq suara aku.
Zhariq : Cindailah mana ... (lagu Siti Nurhaliza)
Odie : Ha! Ni barulah anak didik Che'gu ... secukup rasa. Lemak, merdu, sengau, garau semua ada.. You rock Zhariq!!! Siti pun kalah macam ni.
Acap (kiri) : Ala ... suara mesin. Kalau macam ni aku pun boleh!
Buat pengetahuan kawan-kawan kat Malaysia, kat sini lagu melayu pun ada tapi amatlah terhad sebab banyak lagu Indonesia. Antaranya lagu Sembilu - Ella, Antara Anyer dan Jakarta - Sheila dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Ukays
Anyway, drama di atas bukanlah kisah benar. Ternyata The Genius Boys bukan saja bijak pandai tetapi hebat-hebat dan berbakat. Apa yang pasti 'software' Ahau-Dee dah out-dated lah, banyak lagu-lagu yang Ahau-Dee tak tahu ... ha ha ha.
Sekali lagi 'Terima Kasih Boys' sebab memeriahkan one of my saturday nites di Auckland ni sebelum pulang ke tanahair. Balik Malaysia nanti kita karaoke lagi okay.
Dari kiri Fikhri, Dino, Bali, Odie, Syamim (huh! dia ni pun dah transformed - body pun dah meletup! Jangan lupa ajar bro nanti okay. tak kan nak handsome sorang jer), Ahau Dee, Acap & Zhariq.
Ahau-Dee