Saturday, August 16, 2008

Satu Bulan daa ...



Selepas berbincang dengan boss, insyaAllah aku akan bercuti lebih kurang sebulan di Malaysia hujung tahun nanti. Cuti aku dipercepatkan dari 18 Dec kepada 13 Dec dan aku akan kembali ke Auckland pada 10 Januari. Habiskan my annual leave. Asalnya cuti aku dari 18 Dec sampai 9 Jan jer.

Nak tahu betapa excitednya aku? Aku dah siap plan apa yang nak dibuat dalam masa sebulan tu ... walaupun hampir sebulan tapi macam tak cukup masa... macam-macam nak buat dan banyak tempat nak kena pergi. Pasti meriah dan mungkin akan jadi macam amazing race... ha ha ha .

Sayangnya, aku kena kerja pada Hari Raya nanti sebab annual leave dah habis... Huh! Inilah kali pertama dalam hidup aku kena kerja pada hari raya pertama, berada di di luar negara dan jauh pulak dari family.

Ops! Puasa pun belum lagi daa .... ha ha ha

Ahau-Dee

2 comments:

Anonymous said...

Dalam plan u ada i tak?

Ahau - Dee said...

Bukan saja ada tapi on top of the list ... he he he.

Tak sabar nak balik !!!