Friday, September 19, 2008

Adakah Cinta?

Sejak akhir-akhir ini, aku telah memulakan misi untuk untuk menjejaki kawan-kawan lama yang pernah hadir dalam kamus hidup aku. Terima kasih dunia cyber yang memudahkan segala-galanya. Lebih-lebih lagi apabila sudah ada facebook sekarang ini. Terima kasih Mas dan Caroline.

Memang teruja bila dapat menyambung kembali apa yang telah tertinggal sekian lama. Banyak cerita suka dan duka. Secara kebetulan ada rakan-rakan yang sedang diduga dengan dunia cinta masing-masing. Ada yang sedang bertarung untuk mempertahankan mahligai yang dibina dan ada juga yang telah memilih untuk membawa haluan sendiri.

Terfikir sejenak, mengapa sukar sekali untuk mencari cinta sejati sekarang ini? Apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendoakan agar rakan-rakan berkenaan dapat mengatasi segala kemelut yang melanda dan semoga sinar kebahagiaan akan menjelma kembali.

Bagi aku, adakah cinta? Aku sudah lelah mencari dan aku hanya pasrah. Teringat satu pepatah yang lebih kurang bunyinya begini ...

berikan hatimu yang baik kepada kekasih
dia akan menghancurkannya
berikan hatimu yang hancur kepada TUHAN
DIA akan mengubatinya

Ahau - Dee

7 comments:

Rush Murad said...

semoga misi berjaya..... :D

Anonymous said...

Dee, whenever D One is found, you know where to order D wedding cake yea?

Sometimes you don't have to look that hard, it's nearer than you thought.

Ahau - Dee said...

Shidy,

Happy giler dapat contact ko balik. Thanks for the wish ... nampak gayanya macam suram dan kelam jer ... he he he.

Wiz,

Sudah pasti. Bukan setakat my wedding tapi kaum kerabat punya wedding sekali. Dah kira sign life time contract ni. Shidy, nak order cake ... boleh order kat Wiz ... sure no regrets!

Masalahnya Wiz, yang dekat tu semakin menjauh :(

Anonymous said...

Good timing kinda post, Dee. Just yesterday, Bibik shared with me what her Bibik once told her to never forget:
"Mencari rejeki lebih gampang dari mencari lelaki."

Oh saya sangat-sangatlah bersetuju with my Bibik's bibik's words of wisdom! It applies to both genders, of course.

I used to say, and as I have seen it for myself...some people do grow up, many just grow old.

It's easier to have what we want than to want what we have. So I am going to stop looking for love. I am just going to love - all that I have (especially Enida and the two monchies). Perhaps that's what all of us should do. Love ourselves more.

Semoga Tuhan mempermudahkan jalan kita.

Ahau - Dee said...

Enida, setuju 100% ... saya pun dah penat.It's complicated sometimes ... ops! most of the time and the best way is just go with the flow.

Terima seadanya, terus memberi dan never expect anything in return ... kalau ada pun, abggaplah sebagai additional Bonuslink points ... he he he

Yes. Love ourselves more. Jangan lupa our birthday celebration nati okay :)

Anonymous said...

lain macam je ayat..heheh~
thanks for e-card...terasa syahdu lak membacanya..dgn intro yg bt i tersedak seketika...nk gelak pun ada gak..heheh~

well as for me..mencari tht sacred word..tak la serik tp..yeah capai pe yg kita nk capai dulu..
itukan lebih bagus..
"dia" akan dtg tanpa kita sedar pun..=)

cheers..

Ahau - Dee said...

ha ha ha Enny, maknanya my objective tu berjayalah. Nak hantar e-card yang syahdu tapi kelakar.Sekali sekala merapu apa salahnya.

Ko tak per lah Enny oi ... muda remaja. Banyak masa lagi. Den ni dah penat dah ni. He he he