Friday, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan yang sudi berkunjung ke laman Ahau-Dee ini.

Semoga Hari Lebaran yang mendatang ini akan membawa sinar kebahagiaan kepada kita semua dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

Dikesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa, tersalah laku dan terusik rasa. Semoga jalinan persahabatan yang sedia ada ini akan terus berkekalan sampai ke akhir hayat.

Kepada kawan-kawan yang baru saja berkunjung ke laman ini, Salam Persahabatan dari saya - Ahau Dee.



Ahau - Dee

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Aran dan Nieta semoga keriangan dan kemeriahan seperti di malaysia dapat di rasakan di sana (kalau tak silap raya kat sanakan?)Walau dimanapun sekali lagi kami ucapkan selamat hari raya dan maaf jika ada terlanjut kata ke terkasar bahasa ke ... mungkin diluar kesedaran ... sekali lagi maaf zahir batin.

Ahau - Dee said...

Terima Kasih Aran & Nieta.Dapat tak my e-card?

Sama-samalah kita ya. 0 - 0 lah kononnya ... he he he

Yes. Raya kat sini jer.