Monday, February 2, 2009

Cerita Lama ...

Permulaan bulan February diceriakan dengan email dari one of my best friends - Mazlizan (Zan) yang telah mengimbau kembali kenangan dulu. Terima Kasih Zan kerana mengirim gambar ini. Lalu terpanggil untuk berkongsi cerita di dalam blog ini yang sejak akhir-akhir ini sudah menjadi suam-suam kuku … he he he. Sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog.


Ini adalah petikan dari NST mengenai majlis makan malam anjuran NSG pada tahun 1997 (kalau tak silap) di mana kami merupakan tulang belakang untuk majlis tersebut. Ahau Dee juga merupakan pengacara pada majlis tersebut. Kurus tak masa tu? Sekarang ini tengah berhempas pulas untuk kembali ke saiz itu … ha ha ha

Banyak kenangan di sebalik majlis ini di antaranya perselisihan/pergaduhan di antara Ahau Dee dengan Mukai (salah seorang boss dari Jepun) sebelum majlis berlangsung. Ahau Dee telah menengking beliau sebab tidak sabar dengan karenahnya.Darah muda lah kononnya. Apapun, itu adalah perkara yang tak patut dilakukan … buat malu jer … he he he. Hampir-hampir hilang semangat untuk mengacara majlis tersebut tapi diteruskan jugak sebab professional lah kononnya … ha ha ha.

Baju Melayu yang dipakai itu pula telah terkoyak di bahagian butang (terpaksa dilekatkan dengan cellophane tape) kerana seorang rakan yang cuba membantu menyemat butang melayu telah menggunakan pisau untuk membesarkan lubang tapi telah terpotong kainnya sekali. Nama dia Hafizah kalau tak silap. Maklumlah, baju baru siap untuk majlis tu … benganglah jugak kan … ha ha ha

Buat pertama kali ada budget untuk mengundang orang luar membuat persembahan. Sebelum itu tak habis-habis dengan karaoke saja sampai naik bosan. Apa lagi, nak ambil yang murah … Ahau Dee berjaya mendapatkan paper dolls dengan harga yang cukup berpatutan. RM2,000 (lebih kuranglah) untuk sejam persembahan dan mutu persembahan mereka memang tip top!

Siap dengan ular sawa lagi dan ada satu part tu … one of the performer tu buka baju / bra ketika lagu ‘I have Nothing’ by Whitney Houston tu sampai kena buat disclaimer yang ianya hanya untuk hiburan semata-mata. Tapi dia kan lelaki …apa nak diheran kan bila lelaki buka baju kan … he he he. Kecoh jugak lah audience masa tu.

Apa yang pasti, dengan kerjasama semua orang terutama committee members; majlis berjalan dengan lancar dan secara peribadi ianya telah memberikan satu kepuasan kepada Ahau Dee dalam pengalaman menjadi pengacara majlis.

Sesungguhnya apabila sama-sama bertungkus lumus untuk menjayakan majlis seperti itu telah membuatkan hubungan kami bertambah rapat dan erat. Jika ada rakan-rakan di NSG yang terbaca blog ini, jangan lupa untuk menghubungi Ahau Dee di zahidi.ishak@simedarby.co.nz atau mzi_zahidi@yahoo.com .

Macam jejak kasih lah pulakkkk … ha ha ha. Bukankah friends are forever … bukan diamond jer forever kan … kah kah kah.

Sekali lagi, terima kasih Zan. Aku tahu hang baca blog ini … he he he : )

Ahau Dee

2 comments:

Wiz said...

Dee, mcm artist la you berpakaian baju melayu yang kena cellophane tape tu. Klakar i baca but I bet it was fun, fun, fun kan? Seronok mengimbau peristiwa2 lama ni and I'm sure you have lots of stories to tell behind each event you organised.

Bukak lah criter Dee.

Ahau - Dee said...

Tu lah Wiz,

Masa tu punyalah bengang kat awek tu ... nasib baik awek. So, control macho lah ... di mulut kata ... tak per tapi di hati Tuhan jer yang tahu. ha ha ha

Memang ada banyak citer tapi tak der gambarnya. Tak syok citer tanpa gambar.

Ops! baru teringat, yg masa performer tu buka bra ialah ketika dia nyanyi ... I have nothing, nothing if I don't have you ( lebih kurang) ... kononnya nak tunjuk yang dada dia leper ler tak ada breast ... ha ha ha

memang kelakar & meletup !!!