Saturday, June 13, 2009

Lesson of the week : )


Group ke 11 - 11 June 2009

Setiap kali ada training, Ahau-Dee akan menjadi ‘nervous’ especially bila melihat senarai peserta yang terdiri daripada senior managers dan juga mereka-mereka yang agak ‘dingin’ dan selalu memandang Ahau-Dee dengan sebelah mata. Lebih pening jika ‘level’ setiap peserta agak jauh berbeza, contohnya ada bakal supervisor, foreman, junior executive, senior executive dan senior manager. Jika terlalu advance, yang si junior akan ketinggalan dan kalau buat terlalu basic, senior manager akan bising – nothing new … maka terpaksalah mencari keseimbangan yang sememangnya amat sukar.

Walaupun dah 10 kali mengadakan Leadership Fundamentals Training tetapi untuk sesi yang ke 11 & 12 baru-baru ini, Ahau-Dee benar-benar rasa tercabar disebabkan faktor di atas sehinggakan terpaksa merombak hampir keseluruhan material dan akibatnya tidur pun tak lena sebab asyik duk fikir pasal training. Gelisah dan menggelabah tidak tentu pasal.

Group ke 12 - 12 June 2009

Maka hasilnya, untuk sesi ke 11, Ahau-Dee kurang berpuas hati (rasa macam ada yang tak kena) tetapi tetap mendapat maklum balas yang baik terutamanya daripada Senior Managers sehingga ada yang menghantar email memuji sesi tersebut. Bila membaca komen mereka di dalam Evaluation Form pun membuatkan Ahau-Dee tersenyum.

Untuk sesi ke 12, Ahau-Dee cuba buang jauh-jauh perasaan ‘nervous’ dan hasilnya benar-benar menakjubkan. Ahau-Dee amat berpuas hati dan mendapat maklum balas yang cukup positif. Pengajarannya ialah – kena selalu yakin pada diri sendiri dan jangan terlalu fikir atau risau tak tentu pasal. Buat yang terbaik dan pasti akan membuahkan hasil yang baik. Perasaan ‘worry’ tu telah membuatkan Ahau-Dee stress dan sebab tu lah rambut makin tak ada … ha ha ha.

Lagi satu pengajaran yang Ahau-Dee dapat ialah tak kenal maka tak cinta – Managers yang selama ini begitu dingin dengan Ahau-Dee, rupa-rupanya mereka begitu mesra cuma sebelum ini tidak ada peluang untuk kenal dengan lebih rapat sebab semua orang sibuk dengan kerja. Bila mereka mendapat tahu yang Ahau-Dee akan kembali ke Malaysia lagi 3 bulan ... ramai yang berkata Ahau-Dee patut terus bekerja di sini : )

Pengajarannya, janga terlalu mudah ber prasangka buruk dengan orang lain ... he he he. Bukannya tak tahu tapi kadang-kadang Ahau-Dee ni ada inferiority complex dan low self-esteem. Itu lah cabarannya.

Lagi satu Ahau-Dee ini terlalu mahukan yang terbaik sehinggakan benda yang dah okay pun nak diubah lagi ... ha ha ha . Berikut adalah beberapa komen yang Ahau-Dee terima dari para peserta yang memberi semangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap sesi yang akan Ahau-Dee buat selepas ini.


Komen di atas ialah dari salah seorang senior manager yang membuatkan Ahau-Dee rasa begitu terharu.

Ahau-Dee

6 comments:

la Signora said...

Awww, bestnyer.Dee, your entries always inspire me to be more confident, walaupun dah beratus surat rejek diterima (perhaps wrong time to look for a job).Ikot hati nak gak ngamok, but why waste my energy lah kan...ha ha ha.

...amacam, kalau orang NZ petisyen suruh Dee maintain kat NZ, tak nak ke?

Anonymous said...

I sokong petisyen itu, sebab I still need you to tour guide me kat sana nanti.

Sooooooo proud of you Dee! keep it up k. Kumpul duit byk2 balik Msia pastu kahwin, pastu gi balik NZ and make many babies for me to aunt around with he he he.

Ahau - Dee said...

He he he ... betul ker Lisa? Saya cuma tulis apa yang saya rasa & apa yang saya belajar dari setiap pengalaman. Memang susah untuk sentiasa menjadi confident ni ... kena berperang dengan diri sendiri.

Pasal cari kerja tu, jangan risau ... ada rezeki tentu dapat nanti. La ni memang susah ... kat NZ pun teruk ... semua orang cakap pasal kegawatan ekonomi.

Petisyen? He he he ... buat malu jer ... agaknya, depa tu nak ambil hati Ahai-Dee jer ...

Eh! Tak nak datang Auckland ker?

Ahau - Dee said...

Wiz,

Bukan tak nak kahwin tapi tak ada sapa yang hendak ... dah penat dah ni ... tapi kan, sejak kenal you I have one dream ... my wedding cake kena suruh Wiz yang buat ... betul ni.

Tapi tu lah ... orang yang nak buat cake dah jumpa tapi calon nyer saja tak ada ... hu hu hu ... sedih kan?

Tapi kalau tak kahwin pun, my birthday cake this year I nak order from you ... you tak boleh decline my order this time okay !!!

Ha ha ha

la Signora said...

Dee, saya sronok sangat baca entri pasal kehidupan dan pengalaman ...terutamanya bila berhadapan dengan cabaran.Especially, bila proverb bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian memang dalam DNA saya (ni Bonda terchenta punye favorite mantra).

Ish, kalau nak ikutkan nafsu mengembara, dari Moscow sampai ke Papua New Guinea memang nak explore.Tapi kene buat reality financial check.Bukan jer diet makan, financial diet pun kene observe gak.Tapi insyaAllah, ape salahnyer.Teringin gak nak tengok langit biru Auckland dan burung kiwi (buleh makan ke?).

Ahau - Dee said...

Saya pun suka pasal hal-hal berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan ni. Banyak yang dapat kita belajar dari pengalaman orang lain.

Financial Diet ... he he he ... sama lah kita ... sebab tu hanya sempat sampai ke Sydney jer ... kalau boleh nak juga sampai your place.Ni duk berjimat cermat untuk pergi ke South Island ... ha ha ha

Burung Kiwi? Ops! Ahau-Dee pun tak pernah tengok secara live lagi ... ha ha ha