Wednesday, June 24, 2009

Ada masanya ...

Ada masa-masanya Ahau-Dee stress ... bila apa yang dirancang tak jadi dan bila banyak buat silap dari buat benda yang betul ... especially bila tidak dapat menepati standard yang Ahau-Dee tetap kan ... he he he. Apa pun, kena belajar dari pengalaman.

Tapi kalau tak stress pun tak best jugak hidup ni kan? Bila stress, mulalah fikir nak makan itu nak makan ini ... tapi la ni tak boleh makan banyak sebab duk pulun nak kurus. Itu pun terbabas jugak sikit ... nasib baik sikit jer. Semalam makan ikan cod panggang lagi ... patutnya sedap tapi jadi tak sedap ... tak tahu pasal apa.

Bila stress, kadang-kadang duduk depan computer tak tahu nak buat apa walaupun kerja berlambak nak kena buat. Mula lah buka file, tutup file dan akhirnya jumpa gambar lama ni ... gambar tahun 2007. Hilang stress kejap.

Hmmm .... I miss my son sebab dia tahu teknik untuk menghilangkan stress Ahau-Dee ... I need a hug !!! Anyone?

p/s : my boss cakap ... don't take it so serious ... ok boss!

Ahau-Dee

6 comments:

scrlett said...

salam bro... hmm.. actually nak turunkan berat badan bukannya susah.. tapi kemahuan dan disiplin yang perlu... tapi izan nk bagi satu tips.. jgn makan berat2 waktu malam terutama pada hari2 biasa.. klau ada kursus tu lain lah... rajin makan apple sbb apple hijau boleh membantu anda... hehehheehhehehe... good luck, bro..

Mazlizan bin Mohamed said...

Makan lah apa rasa nak makan dee oii cuma jangan berlebih-lebih, kalau stress senyumlah, kalau stress juga memang kena cari anak-anak dengar cerita mereka dan memang u need a hug la.heheheh...

Ahau - Dee said...

Hi Izan,

Thanks for the tips & sudi tinggalkan comment. Ok ... I'll try and hopefully it works for me.I banyak makan apple merah jer ... so, kena tukar lah lepas ni.

Dugaan sungguh kan ... he he he

Ahau - Dee said...

Zan,

Masalah aku masih macam dulu, bila makan susah nak stop.

Memang 'Hug' is a good theraphy untuk hilangkan stress ni ... peluk bantal peluk jer lah ... ha ha ha

Effa Mas said...

Dee, ape kata time stress tu kan, awak kemas umah? Kalau umah awak dah ala-ala kemas pun kan, cuba awak tengok bawah2 katil dan bawah2 gobok...musti ada saki baki habuk 2 hari lepas untuk di lap. Mengemas umah boleh kurus tau. So, you bukan sahaja kill 2 birds in one stress, malah berbird-bird. Ce-cobe.

Ahau - Dee said...

Oh yer ker Mas?

Saya ni bab kemas mengemas ni lembab sikit.Semuanya serba lembab lah .

Ok. Akan kucuba weekend ni dan akan kuupdate berapa banyak bird yang mati ... ha ha ha