Saturday, August 22, 2009

The Finale - South Island Training

Firstly nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan yang diwajibkan berpuasa : )

Posting kali ini Ahau-Dee ingin bercerita mengenai pengalaman berada di South Island untuk siri Training yang terakhir di New Zealand. Sesi yang ke 38 - 40.
Programme 2 in 1 kali ini turut disertai oleh Tania. Beliau menjadi facilitator untuk Recruitment Training dan Ahau-Dee pulak untuk Leadership Training. Destinasi pertama ialah di Nelson.

Training diadakan di Arthur Wakefield Motor Inn dan sampai saja di motel, terus set-up training room untuk keesokkan harinya supaya tak kelam kabut. Selepas tu dinner di Three Rooms Restaurant. Ahau-Dee bagi 5 bintang kat restaurant ni. Sedap gilerr !!

Entree : Prawn Salad

Main Dish : Pan Fried Blue Nose

Dessert : French Tart with cinnamon ice-cream

Dan gambar di atas adalah participants di Nelson. 4 orang jer ... ha ha ha. Mamat yang tinggi tu nama dia Quentin dan tinggi dia 6 kaki 7 inci dan mereka ni memang best.Cuma Manager yang di kanan tu jer yang mencabar sikit sebab banyak songeh!

Kebetulan GM untuk TIL Group pun ada di sana dan selepas training terus sambung dinner dengan beliau. Ingat nak ambil gambar tapi segan ... tak nak nampak jakun sangat kan... ha ha ha. Rasa best bila GM secara personally ucapkan terima kasih dan memberi maklum balas positif untuk semua programme yang Ahau-Dee buat untuk staff dia. (kembang kempis hidung ... wa ka ka)

Pagi esoknya seawal 4 pagi dah bangun untuk bersiap ke Christchurch pulak sebab kena ambil flight yang paling awal. Kali ni Ahau-Dee dapat duduk di tepi tingkap dan permandangan sepanjang perjalanan ke Christchurch memang superb. Kapal tu terbang rendah jer ... ni salah satu dari puluhan gambar yang Ahau-Dee ambil. Gunung yang dilitupi salji.

Sampai di Airport jer terus bergegas ke Copthrone Hotel Commodore yang jaraknya 5 minutes dari airport tapi taxi charge kita orang sampai $20. Sekali lagi training berjalan dengan lancar dan participants kali ni yang paling best.
Selepas training, Senior Manager - Ray (tengah), bawa Ahau-Dee & Tania makan malam dan ronda-ronda di bandar Christchurch di waktu malam. Segan nak bawa camera takut nampak macam 'excited' nak berjalan tapi bila si Ray ni punyalah baik dan mesra alam, rasa menyesal pulak ... he he he. Kalau tak, adalah kenangan kan. Thanks Ray ( walaupun dia tak baca blog ni tapi rasa terharu sangat dengan layanan yang dia berikan - first class)

Pagi esoknya, kena bangun jam 4 pagi lagi untuk kejar the early flight ke Dunedin pulak.
Supaya tak buang masa, training di adakan di Conference Centre, Dunedin Airport. Participants kali ni pun okay dan baik-baik belaka. Habis training, terus pergi ke Bella Vista Motel di Mosgiel dan kemudian makan malam bersama dengan semua peserta. Memang terasa di hargai sungguh.
Di sepanjang makan malam, Ahau-Dee rasa macam jadi Duta Malaysia lah pulak sebab banyak sangat soalan pasal Malaysia. Yang kelakarnya ramai yang memuji Bahasa Inggeris Ahau-Dee walaupun hakikatnya my grammar tunggang terbalik ... (yes! I know that). Mereka kagum dan siap tanya di mana Ahau-Dee belajar Bahasa Inggeris.

Dan topik yang menjadi bualan hangat ialah mengenai part-time model Singapore yang kena rotan sebab minum arak di Cherating baru-baru ni. Berita tu keluar di surat khabar New Zealand. Jenuh jugaklah Ahau-Dee kena soal jawab ... huh!

Walaupun penat sebab kena travel, bangun awal dan kemudiannya training sampai pukul 7 malam tapi siri terakhir training di South Island ini adalah yang paling best sekali. Ianya menjadi pelengkap kepada misi Ahau-Dee di New Zealand dan telah membuatkan secondment ini satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Keesokkannya kena bangun awal lagi untuk kejar the first flight ke Auckland tetapi Ahau-Dee kena transit di Wellington dulu. Ni salah satu gambar di Wellington yang di ambil dari kapal terbang. Tak sabar nak ke Wellington pada 12 September nanti.
Dan ini pulak permandangan di Auckland ... satu permandangan yang cukup biasa di New Zealand.
Dan kini tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk Ahau-Dee bekerja di sini sebelum bercuti ke South Island dari 12 September hingga 28 September. Rasa sedih pulak nak tinggalkan Auckland ni sebab memang BEST tinggal dan kerja di sini. Perasaan bercampur baur. Arghhh !!! Apapun, kena berpijak pada bumi yang nyatakan?
Ahau-Dee

6 comments:

la Signora said...

Hi sifu!Hope your first day of Ramadhan was as memorable and meaningful as it should be.Wah, gempaknye posting kali ni!Mesti rase cam artis--naik turun kapal terbang-- ha ha ha.

Nevermind Dee, mane tahu next time rezeki Dee kat tempat lain, may not be Malaysia, but it could be a faraway land as well.

It is, afterall, KEMBARA AHAU-DEE and that kembara never ends!Yay!

Ahau - Dee said...

Bukan jer macam artis Lisa, macam VIP pun ada jugak ... kah kah kah. Lebih-lebih lagi dengan jadual back to back. Pehh! Mental & Fizikal kena kuat gitu... wah! Perasan nyer.

First puasa ok jer. Macam biasa. Harap yours pun memorable & meaningful gak.

Eh! Betul jugak kata you, my kembara should never end because I thought I should stop blogging bila dah sampai Malaysia sebab dah tak ada cerita menarik. Rezeki manalah tahu kan.

Ok ... I will continue my kembara walaupun di Bumi Malaysia yang terchinta tu ha.

Anonymous said...

Dee, lepas ni tak leh ke mintak hantar ke South Africa ker, Spain ker, sebab bukan apa untuk kepentingan I juga, boleh melawat you kat sana ha ha ha. Ada la kawan nak bwk jalan2.

Iye la mcm artist plak you ni jet setting bagai. Sib baik participants tak mintak autograph kan, if not mesti kembang kimpis hidung tu jadi automode kah kah kah. Dah sudah, gi pack baju balik kampung! Kayu api byk lagi nak kena cari ni. Mana mau lari...aaaaaa?

Ahau - Dee said...

Wiz,

I memang harap sangat kalau dihantar ke mana-mana lagi selepas ni tapi apa kan daya, ekonomi merosot maka kena kembali ke tanahair.

Jangan katakan autograph, gambar pun dia org tak nak. I jer yg duk pastikan ada gambar untuk setiap training. Sebab tu lah masa dinner I segan nak ambil gambar ... he he he.

Eh! cam ner you tahu yang I sedang pack barang untuk balik ni? Punyalah malas rasanya ... macam tak nak balikkkkkkk ....

Sob sob ...nak kena cari kayu api lepas ni.

Jean said...

Wow...you have done it again! No worries, whatever will be, will be...Live the Present Moment and be happy.. No matter what, all good things have to come to an end. We await your return, welcome back to Malaysia soon! :))

Ahau - Dee said...

Thanks Jean : )

Yes! You are right ... live for the moment & be happy. Can't wait to be back to soon & too sad to leave Auckland jugak ... its a mixture feelings.

Yes. Move on Zahidi ... ha ha ha