Sunday, August 16, 2009

The Genius Boys Auckland

Sudah lama Ahau-Dee tidak lepak dengan 'The Bitches Group' sebab semuanya sibuk-sibuk belaka. Sedar-sedar sahaja kumpulan ini telah pun bertukar menjadi 'The Genius Boys' pulak sebab semuanya dah transformed menjadi baik-baik dan sememangnya bijak-bijak belaka.

Maka jemputan untuk makan bersama mereka yang kini menuntut di University of Auckland tidak dapat dilepaskan. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Ahau-Dee okay jer walaupun risikonya amatlah tinggi sebab akan menjejaskan my weight loss programme. Ha ha ha

Memandangkan minggu depan puasa dan semua orang begitu sibuk maka kesempatan ini bolehlah dianggap sebagai farewell dinner untuk Ahau-Dee. Thank you boys. Bro amatlah terharu. (Oh tidak! .... tissue please ... sob sob)

Bertempat di Suryani Restaurant yang baru dua minggu dibuka di Queen Street, restaurant ini menyajikan hidangan Indo-Malay yang halal dan memang sedap pun. Habis my diet programme but no complaintlah sebab orang belanja (rezeki beb!) dan Ahau-Dee makan dengan 'bersungguh-sungguh' nya... ha ha ha.

Nak tengok hidangannya?

Gado Gado

Udang masak pedas kut ... tak tahu nama dia

Ayam ???

Ni pun ayam jugak.

Daging masak??? Sorry, tak tahu nama makanan ... pandai makan jer. Memang sedap sungguh. Rasa macam nak pergi lagi ke sana tapi kena tahan nafsu.

Inilah dia The Genius Boys ... nampak tak licin pinggan : )

Bubur sagu ... complimentary dessert dari Suryani Restaurant ... sedap jugak. Sebagai menghargai jemputan & ingatan ikhlas The Genius Boys, Ahau-Dee belanja karaoke selepas makan.

Maka bermulalah adengan melalak sampai Ahau-Dee hilang suara. Gosh! Nasib baik dah ok balik kalau tidak tak boleh nak mengajar di South Island minggu depan.

Odie (kanan) : Eh! Budak-budak ni aku dah kata pitching jangan lari ... penat che'gu mengajar. Tone deaf ker dia orang ni??? Tak harmoni langsung.


Odie : Alamak Acap! Lagu apa ko nyanyi ni ? Tak cukup gali lagi ni. Muzik dah sampai Malaysia, ko masih kat Auckland lagi ni.

Dino (kiri - sebelah Acap) : Huh! Penat aku coach ko Acap. Salah lagu ker salah tok guru?

Zhariq (kanan) : Lepas ni turn aku pulak ... biaq depa terkejut beruk dengaq suara aku.


Zhariq : Cindailah mana ... (lagu Siti Nurhaliza)

Odie : Ha! Ni barulah anak didik Che'gu ... secukup rasa. Lemak, merdu, sengau, garau semua ada.. You rock Zhariq!!! Siti pun kalah macam ni.

Acap (kiri) : Ala ... suara mesin. Kalau macam ni aku pun boleh!

Buat pengetahuan kawan-kawan kat Malaysia, kat sini lagu melayu pun ada tapi amatlah terhad sebab banyak lagu Indonesia. Antaranya lagu Sembilu - Ella, Antara Anyer dan Jakarta - Sheila dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Ukays

Anyway, drama di atas bukanlah kisah benar. Ternyata The Genius Boys bukan saja bijak pandai tetapi hebat-hebat dan berbakat. Apa yang pasti 'software' Ahau-Dee dah out-dated lah, banyak lagu-lagu yang Ahau-Dee tak tahu ... ha ha ha.

Sekali lagi 'Terima Kasih Boys' sebab memeriahkan one of my saturday nites di Auckland ni sebelum pulang ke tanahair. Balik Malaysia nanti kita karaoke lagi okay.


Dari kiri Fikhri, Dino, Bali, Odie, Syamim (huh! dia ni pun dah transformed - body pun dah meletup! Jangan lupa ajar bro nanti okay. tak kan nak handsome sorang jer), Ahau Dee, Acap & Zhariq.


Ahau-Dee

8 comments:

Unknown said...

hahahahaha...lawak gle caption dialog gamba2 tu.kekeke. nway tenkiu 4 belanje karoke. kt msia kte melalak lagi =P nk bawak kie kne g karoke yg ad lagu alleycats.mesti die nyanyi sakan punye

Anonymous said...

Dee, the next time you pegi Suryani Restaurant tu, kasik feedback sket to the kitchen staff. Tell them, presentation dia kurang menarik lah. Especially the Daging Masak ____ tu. Adeke langsung tak de hiasan! Letak ler sebijik cili merah di belah-belah jadik macam bunga ke kat tetengah dish tu, some garnishing herbs or greens ke. Bugil sangat!

Udang Masak Pedas looks not too bad. Adalah jugak hirisan daun bawang and dua potong lemon nya. But Ayam Masak ??? tu, broccoli and cauliflower dia nampak macam overcooked je. Udang Masak Pedas ada broccoli, Ayam Masak ??? pun ada broccoli. Since these dishes are ordered for one table, apalah salahnya the chef letak celery ke, capsicum ke, baby corn ke, cabbage ke untuk menampakkan variation.

To summarize my views, saya percaya semuanya sedap walaupun rupanya tak begitu mengghairahkan. Dan saya sebenarnya jeless. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Anonymous said...

Enida, saya rasa hiasan makanan tu tak naik serinya disebabkan ketiadaan wizcakes menghiasi meja. Jikalau ada, kemungkinan makanan malam itu akan menyerlah lagi. Kemungkinan juga teori anda menunjukkan anda sebenarnya teringin berada disitu untuk menolong Dee menghabiskan makanan malamnya. Seperti saya yang berasa kelaparan selepas melihat makanan2 lazat seperti yang telah dipamirkan tadi. Itu saja pendapat saya. Sekian Terima Kasih.

Anonymous said...

ni kalau dah start puasa tak boleh tengok entry ni..terliur gila!

Ahau - Dee said...

You are most welcome Wan (Bali kan ni? )

Yes. Bila balik Malaysia nanti kena keep in touch & boleh melalak lagi. Honestly, I am so impressed dgn your talent :)

Keep singing ...

Ahau - Dee said...

Hi Enida,

Akan ku berikan constructive feedback kepada tuan punya restaurant tu nanti. Food presentation amatlah pentingkan. Sebab tu lah saya amatlah suka Japanese Food sebab cara dia org hidangkan tu amat menarik.

Anyway, memang sedap pun especially bila dah sekian lama duk tahan nafsu dari makan asian food ... he he he

Jangan jeless ok sebab awak kan pandai masak. Awak masak tentu lebih sedap.

: )

Ahau - Dee said...

Ha ha ha ... kalau ada wizcakes tentu bertambah sedap sinner malam tu. Tapi cake & asian food ni boleh masuk ker? Macam tak ngam jer ...

Anyway wiz, you punya cake sayang nak makan sebab terlalu cantik.

Ahau - Dee said...

Thanks anonymous ... first day puasa ni memang tak leh tengok gambar2 tu ... terliur beb!