Wednesday, August 12, 2009

Minah Arab Perasan


Ada seorang minah arab ni yang selalu Ahau-Dee jumpa di gym.Minah ni memang lah lawa. Tak dapat dinafikan. Badan pun cantik. Kulit putih dan bertudung. Tapi bukan nak cerita pasal kecantikan dia. Nak cerita pasal betapa perasan nyer dia.

Fyi, gym tu kecik jer. Setiap equipment ada satu jer. Biasanya treadmill menjadi pilihan ramai. Semua orang nak guna treadmill. Kena tunggu giliranlah.

Kali pertama jumpa, dia tengah guna treadmill dan Ahau-Dee pun gunalah equipment lain. Tak sampai 5 minutes macam tu, dia berhenti dan terus keluar. Ahau-Dee pun cepat-cepat guna treadmill tu. Tak rasa apa-apa lagi.

Pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya (tak ingat berapa kali), bila dia masuk dan nampak Ahau-Dee guna treadmill, terus dia keluar. Tak kisah lagi sebab mungkin dia nak guna benda tu jer.

Baru-baru ni, bila Ahau-Dee masuk gym, dia sedang guna treadmill dan bila dia tengok muka Ahau-Dee saja, terus dia berhenti dan keluar dengan muka yang masam dan tergesa-gesa. (memang dia tak pernah senyum pun). Kemudian, perkara yang sama berlaku lagi selepas tu. I read her read body language macam dia rasa Ahau-Dee ni duk nak kacau dia. Macamlah Ahau-Dee teringin sangat kat dia tu.

Maka semalam, Ahau-Dee dapat balas dendam. Bila masuk gym, dia tengah guna treadmill dan bila bertentang mata dengan dia; Ahau-Dee buat macam nampak hantu dan terus keluar dari gym dengan muka ala ala terkejut beruk nampak hantu sambil buat balik muka yang dia selalu buat pada Ahau-Dee

Ha ha ha! Macam budak-budak kan? Tapi hati rasa puas dan seronok dapat balas dendam. Cuma yang geramnya, tak dapat exercise semalam sebab sentiasa ramai orang. Tak bagus untuk my weight loss programme.

Ahau-Dee cukup pantang dengan minah-minah perasan macam ni. Macam lah kita ni nak mengurat dia sangat. Please lah. Ahau-Dee sanggup membujang sampai tua daripada nak kejar minah-minah perasan. Cantik macam mana pun, kentut busuk jugak kan? Ha ha ha

Ahau-Dee

10 comments:

la Signora said...

Kentut juga yang sering dikatakan. HA HA HA.Nasiblah my gym ni takde plak sindrom PERASAN, plus it's an all-women gym.Unless some of the women there are homosexuals, wallahu'alam lah kan.

I'm glad the environment at my gym is very positive.Takdelah plak adegan kutuk²,jeling² (tau-tau jerlah kaum perempuan bila dah berkumpul).It's such a nice gesture to have people greet you with a smile, walaupun berpeluh dan tercungap2.It's nice to have people going, "Wow, you look great!" walhal baru jer sebulan + buat aksi senam maut di gym.

If only positivity can come in a pill.

Jean said...

Hahahaha.....that's funny. Guess, probably ter-jumpa, her heart ber-de-dup-de-dup and tak larat nak carry on or she is trying to catch ur attention the "conventional way"...macam in hindi movie...running round the coconut tree..hehehe! Hei, woman thinks very complicatedly at times..

Nxt round, wear your SMILE tag...remember that "magical stuff" we did last time at CS?

Anonymous said...

Good for you Dee, pandai you balas dendam tanpa berkata2 kan. Jgn tak suka tak suka Dee nanti you bawak balik Malaysia minah Arab tu kang!

Anonymous said...

Oh I am so bangger lah with your achievement Dee! Both, the weight loss and the balas dendam. You look great and I bet you feel great too now. Just like I felt when I snuggled comfortably into size 27 skirts! Ooohh bebeh!

Speaking of balas dendam, there is one I would like so much to do to this person yang sangat sombong dan perasan bagus. Guess who? Tak lain dan tak bukan, Mrs. X! Tak percaya, cubalah baca her blog. Hehe.

Persoalan nya: Haruskah aku? What do I achieve if I balas that dendam? Will I gain happiness? Will I lose weight? Or will I make good moolah from the royalty if I write and publish a book about her?

Hmmm... believe it or not, it has been a year since I first thought of balas-ing the dendam. Akan tetapi ubiku ini masih tak berbatas. Plus, I am sure Mrs. X is suffering enough from her own doing - that's why she has to cover herself by telling all the 'hebat' stories about herself. Oh how sad!

Ahau - Dee said...

Ha ha ha .. apa lagi benda yang boleh disamakan di antara orang cantik & orang yang biasa selain kentut dan s*** yang busuk tu Lisa.

Gym kat tempat I ni free punya jadi pandai-pandailah kongsi. Kalau minah tu nak guna sorang-sorang, belilah equipment sendiri dan letak kat apartment dia kan.

Orang lain okay jer. Minah Salleh yang lagi lawa dan seksi pun tak macam dia. Bak kata org mesra alam.

Anyway, kalau positivity can come in a pill, susah lah trainer macam I ni nak cari makan ... ha ha ha

Ahau - Dee said...

Good idea Jean. I should find T'shirt with smile face besar-besar and pakai masa work-out.

Ini perempuan bukan jantung dup dap dup dap lah Jean ... memang something wrong. She thought that I am hitting on her ... huh! Tak nak lah cakap besar kan tapi she cak keep it to herself.

Attitude does count!

Ahau - Dee said...

Oh tidak Wiz, I sanggup makan cake you banyak-banyak daripada nak fall in love dengan perempuan macam tu.

Kalau lah I boleh rakam her face expression, you can judge by yourself. Her face tells that she hate me kongsi gym dengan dia. Macam I ni kacau privacy dia.

Too bad, I read bood language.

Ahau - Dee said...

Thanks Enida. Yes I feel great dan rasa macam orang baru. Baru habis work-out ni & bila timbang badan, dah masuk zon 77kg. Sungguhlah bersemangat bila duk tengok scale semakin turun.

You pun nampak mengancam sangat. I called Mas semalam & said to her yang you nampak sangatlah kurusnya. Welcome to the club babe!

Pasal Mrs.X tu, sekali sekala ada juga I baca blog dia & I agreed with what you said.Very the DIVA.

But in your case, mengalah bukan bererti kalah kan? With your transformation lagi membuatkan dia menggelabah even though dia pun dah start cakap pasal weight management ... he he he.Lagipun you dah MENANG!!!

Btw, I kesian kat husband dia lah.

pijankodok said...

salam.. hahahaha... kelakar lah.. ada jugak minah arab yg perasan lawa erk... hehehehehe... oklah teruskan usaha utk turunkan weight.. klau xdpt guna treamill g jogging kat luar n leh 'cuci mata'
hahahahahah

Ahau - Dee said...

Hi Scrlett,

Nak jogging kat luar sejuk daa ... he he he Terima kasih di atas sokongan okay.

Selamat Berpuasa.