Saturday, February 14, 2009

Musim Panas Ahau Dee

Dah lama tak bercerita pasal Jalan-Jalan Ahau Dee. Asyik terperuk dalam rumah sehingga tidak menikmati musim panas di sini. Akhirnya, minggu lepas Ahau Dee berkesempatan untuk keluar jauh sikit dari bandar Auckland sebagai warm-up sebelum menyambung siri Jalan-Jalan Ahau Dee untuk 2009 ... he he he


Kali ini, Ahau Dee keluar dengan NAUTY 1 ... kawan daa. Bila ada orang sudi nak bawa kita jalan-jalan, apa lagi - bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Perancangan asal hendak ke Matakana tetapi perjalanan terbantut kerana jalan sesak disebabkan ada konsert di sana. Maka kami pun berpatah balik dan singgah di Wenderholm Regional Park.


Tidak ada apa-apa yang menarik. Permandangan yang biasa sahaja. Tidak seperti yang diwar-warkan, tidak ramai orang bersidai di tepi pantai. Ramai yang buat khemah sendiri atau berada di bawah pokok ... hmmm ... pelik. Bukan mat salleh suka berjemur ker?


Wenderholm Regional Park ni dipenuhi dengan pokok-pokok pohutukawa ataupun lebih dikenali sebagai New Zealand Christmas Tree. Sayangnya, bunga-bunga dah gugur ... kalau tidak tentu lebih cantik permandangannya.


Selepas berjalan-jalan di Wenderholm Regional Park, kami berpatah balik ke Auckland dan singgah di Bastion Point untuk makan tengahari sebelum pergi ke pantai-pantai lain pula. Memang cantik landscape di sini dan seperti biasa tempat ini menjadi tumpuan untuk berkelah di hujung minggu.


Di sini terdapat sebuah monument yang dibina khusus untuk Micheal Joseph Savace, the First Labour Prime Minister.


Disebabkan ramai sangat orang, terpaksa cari tempat yang jauh sikit untuk menikmati makan tengahari sambil menikmati permandangan bandar Auckland dengan angin sepoi-sepoi bahasa ... ha ha ha ... lebih kurang sejam juga lepak di sini sambil makan, sembang-sembang, ber'sms' dan dengar lagu.
Kemudian kami pergi pula berjalan-jalan di beberapa pantai di Mission Bay dan St.Heliers Bay sambil makan ais krim dan sempat bertemu beberapa orang kawan baru. Barulah nampak ramai mat salleh bersidai kat sini.
Yang bestnya, mereka semua sangatlah suka dengan kulit Ahau Dee yang hitam manis ni ... kata mereka, kulit mereka macam orang sakit. Ha ha ha ... nama pun manusia kan. Tak pernah bersyukur ... yang kita nak putih dan depa pulak nak hitam ... ha ha ha
Di sebelah malam pula kami singgah di Albert Park untuk melihat kemeriahan Auckland Lantern Festivals. Tak payahlah nak cerita apa dia Lantern Festivals tu kan sebab di Malaysia pun ada. Punyalah ramai orang ... bagi Ahau Dee yang menarik hanyalah Lanternnya sahaja. Kalau setakat show opera Cina tu ... rasanya kat Malaysia best lagi ... he he he. Berikut antara gambar yang sempat diambil sebelum kamera habis bateri.

Siri Jalan-Jalan Ahau Dee agak terbatas tahun ini. Tak boleh pergi jauh sangat sebab cuti kena simpan untuk 3 trip utama untuk tahun ini.
1. Taupo, Wellington & Napier pada bulan April nanti ... kononnya nak drive dari Auckland. Kalau ada sesiapa ada idea yang lebih baik ke mana Ahau Dee boleh pergi dalam masa 4 hari pada bulan April ni, jangan lupa tinggalkan komen. Yang ni masih belum pasti.
2. Sydney pada bulan June nanti - dah pun beli package holiday (flight + hotel)
3. South Island Trip pada bulan September nanti selama 2 minggu ... tahun ni nak berpuasa dan sambut hari raya di South Island. Huh! Musafir Di Aidil Fitri ler jawabnya.
InsyaAllah, jika diizinkan Tuhan semua perancangan di atas akan menjadi kenyataan dan untuk weekend punya trip bergantung kepada kesibukan kerja, cuaca dan juka ongkosnya ... ha ha ha
Ahau-Dee

6 comments:

narz said...

waaa besh nye oliday......
nak ikott

Anonymous said...

Dee, what's the temp like over there?

Kulit mu menjadi pojaan ramai Dee? Muahahaha, belum tgk kulit ku ini yang lebih tanned dari tan. Tu sebab depa bersidai tu Dee sebab nak kulit ala2 hitam sitampok manggis mcm kiter ni.

Ahau - Dee said...

Narz,

Itu belum holiday lagi holiday yang sebenar-benarnya ... baru weekend getaway jer ... kalau holiday lagi best. Jom lah datang sini ... he he he

Ahau - Dee said...

Wiz,

Temp biasanya between 24 - 28 celcius. Ada sekali tu sampai 30. Memanglah nothing kalau nak dibandingkan dengan Malaysia tapi matahari dia rasa terik. UV dia strong ...kulit rasa tak selesa. As usual, angin di Auckland memnag kuat lah.

Eh! Oh ya kulit you lebih tanned dari Tan Ah Loy tu ya ... yg jual tepung kek tu ... ha ha ha

You tahu tak .. I pulak suka putih. He he he

la Signora said...

Well, rakyat Kiwi lebih cerdik dari rakyat Tanah Kanggaru.Time heatwave kat sini, smua cam dugong kat tepi pantai.Sungguh best cuaca summer di NZ, here it reached to a scorching 46° at one time, sampaikan yours truly kene pegi ER sebab heat exhaustion.Buat malu status rakyat Malaysia jer.

Nevertheless, missed your jalan-jalan Ahau Dee entries!

p.s Sydney?Aiseh.Patut 'extend' ke Adelaide.Takpe, insyaAllah, kalau ader rezeki lebih, kan?

Ahau - Dee said...

Hi Lisa,

Wow! sampai 46 degree !!! Kalau saya pun kalah ... ha ha

Kalau ada onkosnya boleh ler nak ke Adelaide tapi poketnya banyak lobang lah pulak ...

Bukan you jer yang miss jalan-jalan ahau dee ... saya ni pun dah tak sabar nak berjalan2 lagi ... kerja tak siap, tapi duk sibuk nak berjalan ... nak kena halau balik malaysia. Ha ha ha