Sunday, June 21, 2009

Petua Ahau Dee 2 – Self-Branding


Di Coogee Beach, Sydney

Penjenamaan Diri? He he he … bukan barang-barang saja yang ada ‘brand’ … diri kita pun ada ‘brand’ juga. Ianya memberikan ‘aura’ yang tersendiri kepada seseorang individu. Aura yang dapat membantu dalam banyak perkara terutamanya di dalam karier kita dan kehidupan peribadi.

Walaupun perkara ini very subjective tetapi ianya tetap menarik untuk diperkatakan. Setiap orang ada cara yang tersendiri di dalam proses ‘self-branding’ ni kerana setiap manusia itu berbeza. Yang penting setiap perbuatan itu ikhlas dan mempunyai niat yang baik, pasti akan berhasil.

Di sini Ahau-Dee ingin berkongsi amalan-amalan Ahau-Dee di mana Ahau-Dee percaya dan yakin ianya memberi impact yang tersendiri di dalam kehidupan Ahau-Dee
Keindahan landscape dan bangunan di Sydney.

1. Sentiasa menetapi waktu samada di tempat kerja ataupun ketika membuat temujanji dengan kawan-kawan. Kalau boleh, cuba sampai di sesuatu tempat itu 15 minit sebelum waktu yang dijanjikan. Ini adalah titik permulaan untuk membina kepercayaan orang lain terhadap kita dan seterusnya akan membantu membentuk penjenamaan diri kita. Kita perlu menghormati orang lain kerana ‘masa’ mereka juga amat berharga.
2. Don’t leave people in the dark !!! Yang ini Ahau-Dee belajar dari my Sifu, Jean. Sentiasa balas setiap email, sms ataupun phone call. Jangan biarkan orang tertanya-tanya samada kita terima message tersebut ataupun tidak. Perkara ini juga Ahau-Dee tekankan di dalam setiap training yang Ahau-Dee buat di Auckland ni dan berikut adalah salah satu email yang Ahau-Dee dapat dari salah seorang peserta.

Hi Zahidi

No Problem, if it wasn't for your training i wouldn't have e-mail you back that i received your e-mail, but due to your training i will acknowledge that i have received your e-mail

Cheers Glenn........

3. Menjadi sukarelawan apabila diperlukan. Tak kisahlah untuk aktiviti apa pun. Walaupun hanya menjadi committee untuk menganjurkan sesuatu majlis. Yang penting kita lakukan tugas dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab tanpa mengharap sebarang balasan.

4. Sentiasa ceria bila bersama orang lain terutama di pejabat ataupun di majlis keramaian. Sebarkan ‘positive energy’ di sekeliling anda. Di pejabat Ahau-Dee dikenali sebagai ‘The Happy Man’. Jangan rosak majlis ataupun mood orang lain dengan cerita-cerita sedih kita kecuali kawan-kawan rapat yang sanggup mendengar. Orang lain pun ada masalah sendiri yang perlu diselesaikan. Sehingga kini Ahau-Dee masih belajar untuk sesuaikan diri mengikut majlis.
Di dalam Queen Victoria Building, Sydney.

5. Menjaga harta awam atau barang orang lain seperti menjaga barang sendiri. Hormati hak orang lain. Ahau-Dee agak terkejut apabila seorang rakan yang amat mementingkan hal-hal agama berkata – Aku gunakan ‘machine tu’ sampai maksimum, kalau rosak pun, bukan barang aku! Sebab itulah Ahau-Dee sedaya upaya tak nak pinjam barang orang lain tetapi kadang-kadang tu … terpaksa jugak … he he he.

Banyak lagi amalan lain tetapi ianya mungkin sesuai untuk masuk kategori petua yang lain pula … so, cukuplah dulu dengan lima petua di atas dan posting berikutnya ialah petua untuk menambahkan keyakinan diri.

Apa macam ok tak siri petua ni? He he he

Komen jangan tak komen : )

Ahau-Dee

9 comments:

Mazlizan bin Mohamed said...

Bagus2,memang itu cara pemikiran 1st class citizen tuh...orang negara maju memang tak rosakkan harta awam.

Ahau - Dee said...

Zan,

Hang nak tahu tak sejak duduk di sini, selepas guna tandans awam ... aku siap ambil tisu & lap tempat duduk lagi for the benefit of the next person yang nak guna.

It just come naturally :)

la Signora said...

Stuju sangat dengan petua² 'self-branding' Dee.Sebenarnya, petua² ni dah lama di 'pasaran' infact, kelima-lima perkara diatas memang sering dinasihati oleh Bonda terchenta.It's common courtesy, but too bad, some people just don't have it,kan?

Ahau - Dee said...
This comment has been removed by the author.
Ahau - Dee said...

Betul tu Lisa.

Semua petua yang dikongsi dalam blog ini adalah 'siaran ulangan' dan bukan original dari 'Ahau-Dee'.Kebanyakannya dari orang-rang lama yang lebih banyak makan garam dari kita.

Cuma nak guna kesempatan ini untuk mengingatkan diri kita dan adik-adik yang baca blog ini.

Towards the end of my siri petua ni nanti ialah nak highlight betapa our attitude is the most important factor in our life.

Bukannya our degree, master, phd or how many language we can speak ataupun betapa bagusnya bahasa Inggeris kita.

Sebenarnya ada cerita di sebalik kenapa saya start siri ni ... he he he

Ops! Thank you for your comment & mengikuti siri ni :)

Jean said...

Wow, great guy with great philosophy..hehehe No.2 is deeply remembered n in practise.. U know, this brings back sweet memories of our PDT training.. Keep up your good work!

Ahau - Dee said...

Thanks Jean :)

Tengoklah siapa sifu dia ... ha ha ha. In fact PDT is one of the best things that happened in my life.

I've learnt a lot from the programme. Do you know that we have conducted 32 PDT Programme for CS. What a great achievement :)

The best part is those games are still relevant until today ... even in Auckland.

Thank you for being my sifu & big sister.

Cheers :)

maskjask said...

salam Ahau-Dee,

Sangat bagus tajuk ni..walaupun katanya tajuk ni banyak ada di pasaran, tapi pada saya kalau petua itu datang dari org yang kita kenal dan pasti dia menggamalkannya adalah lebih baik dari beribu buku di pasaran.

Teruskan memberi petua kerana saya amat lemah la bab2 self branding ni sebab pada kebiasaannya kita selalu jumpa org buat self-branding ni dgn cara me'mual'kan so tak gamak/kuasa pulak nak den ikut!!

Ahau - Dee said...

Thanks Maskjask : )

Petua ni lebih merujuk kepada diri sendiri sebab saya selalu percaya bahawa di dalam apa perkara pun kita mesti melihat diri sendiri dulu. Ubah diri sendiri dulu sebelum berhasrat mengubah dunia.

Anyway, yang sebenornya ... dah tak ada idea dah untuk memblog ... ha ha ha

Nakberjalan, poket asyik duk berlobang jer ... besau pulak tu ... he he he