Thursday, June 18, 2009

Siri Baru - Petua Ahau-Dee 1

Kita lupakan sejenak programme mission impossible Ahau-Dee dan jika anda ingin tahu perkembangannya, sila lihat counter di side bar blog ini. Ahau-Dee akan cuba update in daily basis.

Seperti yang dijanjikan di dalam posting sebelum ini, kali ini Ahau-Dee ingin berkongsi petua-petua ataupun amalan yang selalu Ahau-Dee praktikkan di dalam kehidupan ini. Bukannya bertujuan nak ajar orang lain atau nak tunjuk hebat tapi sajer jer … just for fun dan mencari kelainan … sebab dah tak ada cerita lain sebenarnya … he he he.

Sambil tu, Ahau-Dee letakkan gambar-gambar yang diambil semasa bercuti di Sydney baru-baru ni … tak banyak gambar yang menarik sebab cuaca buruk dan banyak gambar yang kelam dan suram. Guna pulak kamera murah … macam tu lah jadinya.

View dari bilik hotel - Marriott Sydney, Tingkat 13

Perlu diingatkan di sini bahawa semua petua yang ditulis di dalam blog ini adalah pandangan PERIBADI Ahau-Dee. Maka tiada kajian saintifik dapat membuktikan samada ianya berkesan ataupun tidak … ha ha ha. Semuanya berdasarkan my common sense and based on my personal values + my belief system + my experience + my observation.

Tajuk siri ‘Petua Ahau-Dee’ yang pertama ini ialah ‘Petua Murah Rezeki’. Mengikut ‘kamus’ Ahau-Dee, rezeki bukan sahaja bermaksud wang ringgit ataupun harta benda tetapi apa sahaja perkara baik yang berlaku terhadap diri kita dan yang memudahkan kehidupan kita. Alhamdulillah, rezeki Ahau-Dee sentiasa murah dan tidak pernah berhenti.

Contohnya bila kita tidak ada idea untuk buat sesuatu, ada sahaja kawan-kawan yang sudi tolong. Walaupun Ahau-Dee ini bukan kategori orang yang bijak pandai tetapi Ahau-Dee mempunyai kawan-kawan yang banyak pengalaman dan yang paling best, mereka ini tidak kedekut berkongsi ilmu pengetahuan dan sentiasa membantu Ahau-Dee. Itulah rezeki namanya.

Maka Petua Murah Rezeki Ahau-Dee adalah seperti berikut :-

1. Sayangkan makanan. Bila makan mesti kena makan sampai habis. Biar licin pinggan tu dan jangan biar tertinggal sebutir nasi pun. Kalau tak boleh makan banyak, ambil sedikit sahaja. Jangan membazir. Ahau-Dee akan pastikan apa yang terdapat di pinggan Ahau-Dee akan licin termasuklah hiasan-hiasannya sekali … he he he. Jangan sesekali buang makanan yang masih elok. Arwah mak Ahau-Dee selalu berkata …rezeki tu menangis : (

p/s : Dulu Ahau-Dee pernah dapat gelaran “Majlis Perbandaran’ sebab selalu habiskan makanan yang tidak habis.

Art Gallery - Gambar dari depan & belakang ... cantik-cantik building kat Sydney

2. Rezeki jangan ditolak. Jika ada sesiapa yang mempelawa Ahau-Dee makan, contohnya bila seseorang pelawa makan kacang … Ahau-Dee tidak akan menolak walaupun Ahau-Dee tidak suka makanan tu … at least ambil sedikit sahaja sebagai menghormati pelawaan orang tersebut. Jangan fikir apa pandangan orang, yang penting dari rezeki sekecil itulah akan mendatangkan rezeki yang lebih besar.

Harbour Bridge yang famous di Sydney

3. Sentiasa buatkan orang lain ‘Happy’ terutamanya orang-orang yang kita sayang dan baik dengan kita. Contohnya jika hendak belikan hadiah buat seseorang, Ahau-Dee akan dapatkan hadiah yang terbaik walaupun kos mencari hadiah itu lebih tinggi dari harga hadiah tersebut tetapi yang penting hati terasa puas dan si penerima akan gembira. Omputih kata … go extra miles. Ahau-Dee juga suka melakukan kejutan atau buat sesuatu yang berlainan dan bila si penerima tersenyum riang, itulah kepuasan yang tidak terhingga. Berikan yang terbaik di dalam apa saja yang dilakukan jika ianya melibatkan orang lain.

Di Circular Quay ... jalan-jalan cari makan ... punyalah mahal.

4. Jangan berkira sangat dari segi duit ringgit, harta benda, tenaga, ilmu dan apa saja yang kita ada. Kalau boleh berkongsi dengan orang lain, apa salahnya? Selagi boleh tolong orang, kita tolong. Asalkan tidak melebihi batasan dan jangan sampai orang lain mempergunakan diri kita. Sekali orang buat baik dengan Ahau-Dee, seribu kali Ahau-Dee akan cuba membalasnya dan sentiasa ingat setiap kebaikan orang lain pada Ahau-Dee. Kadang-kadang stress jugak sebab sentiasa nak balas budi baik orang lain sebab terlalu ramai orang yang baik terhadap Ahau-Dee ni. Apapun, Ahau-Dee akan tetap cuba sedaya mungkin.

Apa macam? Logik tak? Ha ha ha ….. Komen jangan tak komen.


Tak ingat dah bangunan apa ni ... ha ha ha

Ahau-Dee

11 comments:

Anonymous said...

Bagus betul petua2 Pak P Ramdee ni. I think we have more things in common than we ever knew. Interesting. When's your horoscope?

Tapi Dee kan, bila dah ada anak, you tend to finish their food plak and itulah antara sebab penyebabnya kaum wanita ni terlebih makan. I keep on finishing my kids' food so much so I never ordered mine.

Anonymous said...

what is your horoscope, I meant.

la Signora said...

Oh yes, sungguh lojik dan rasional.Satu lagi, nawaitu mesti elok dan ikhlas.

Ikhlas mencuri adalah bukan konsep 'ikhlas' dimaksudkan disini.Malahan, perkataan 'ikhlas' memang clash abis dengan 'mencuri'.--ni refer to the pencuri yang telah berjaya meranapkan rumah pakcik saya.Siap dengan aircon dan grill pagar skali dia curi tau.Keji.

Imran Razali said...

Dah lama tak komen di sini.. :D

Btul2 petua tu memang make sense dan diakui.Cuma saya sendiri yang memang sangat cerewet dari segi makan, tu sebab petua satu dan dua susah btul nak buat. (tu sebab rezeki mahal kot.. wallahu'alam)

p/s: The very last pic, if my memory serves me right, that was the Railway Station in Sydney

Ahau - Dee said...

Kalau macam tu Wiz ... 'kita serupa' ... tapi pasal apa you tetap slim and voque walaupun sama gang dengan I? (Majlis Perbandaran)

Apa kah rahsia anda? Lebih2 lagi dengan baking cake ... satu makanan yang sukar untuk I elakkan ... he he he

Btw, I'm capricornian ... kalau calendar cina ... Tahun Tikus ... so, adakah sama?

My petua bila bawa my son & anak saudara pergi makan ... ada satu condition, order apa yang mampu di makan, kalau makan tak habis, they have to pay ... kalau habis baru I bayar ... kah kah kah ... tapi selalunya tak sampai hati ... last last masuk dalam perut Ahau-Dee ... he he he

Ahau - Dee said...

Betul tu Lisa, apa-apa pun niat kena ikhlas ... contohnya bila mencari hadiah terbaik untuk kawan2, jangan harapkan balasan ... just kena ikhlas.

Sorry to hear about your uncle ... dahsyat sungguh pencuri zaman sekarang ni ye? Huh! Memang Keji !!!

Ahau - Dee said...

Hi Imran,

Lama tak berjumpa walaupun duduk dekat kan ...korang sibuk dengan exam la ni kan ... all the best okay.

Thanks for the info pasal building tu ... banyak sangat gambar ambil ...lepas tu tak tulis note pulak, maka lupa lah ... ha ha ha

Pasal bab makan tu susah nak komen ... tapi at least you still makan bila datang rumah saya kan ... walaupun sikit ... ok lah tu : )

maskjask said...

salam,

aiseh...sangat jeles dgn ahau -dee pasai dah berjaya turunkan berat. Nak jugak join cabaran tuhh... tapi tak tau buat lagu mana...tolong bagi petua boleh? Saya nak kurus before balik malaya bulan 11 nihh...15 kg ...huhhuuu.. kena bayaq pengeras ker?? kalau yer sila e-mail okudika@hotmail.com hehee thanks bro!

Ahau - Dee said...

No problem 'maskjask' ..(eh! nak panggil apa yer?)

Kalau setakat 15kg dalam masa 5 bulan tak ada masalah. Sat lagi saya email the petua - specially for you walaupun ianya akan dimasukkan di dalam siri Petua Ahau-Dee.

So, marilah kita sama-sama kuruskan badan ... ha ha ha

No worries ... tak ada pengeras yang penting kena bersungguh dan fokus!

Mazlizan bin Mohamed said...

Ada satu lagi Ahau Dee Lupa bagitau dlm blog ini.Petua murah rezeki- Ahau Dee sangat baik melayan orang tuanyer,doa orang tua dia pun yang menyumbang murah rezeki.Puas hati tengok Ahau Dee layan arwah ayah dier dulu.

Ahau - Dee said...

Thanks Zan :)

Siapalah kita tanpa ayah dan ibu kan? You are so lucky sebab masih ada ayah dah ibu :)

Memang betul - doa ibu bapa amatlah penting untuk kesejahteraan anak cucu dan keturunannya :)