Tuesday, November 4, 2008

Jalan-Jalan Ahau-Dee : Northland

Pelawaan Rod Cunningham, Marketing Manager dari Sime Darby Automobiles NZ Ltd (Peugeot Importer) untuk ‘test drive’ model terbaru Peugeot 308 AT tidak dapat ditolak untuk melengkapkan misi jelajah New Zealand. Tidak payah sewa kereta dan minyak pulak diisi dengan penuh … rezeki beb!

Bertemankan ‘kawan-kawan facebook’ yang merupakan Raja Fotografi (ditengah) , Raja Lompat@Raja Karaoke, Raja Selamba & Lawak dan Raja Cool & Macho (berkacamata hitam tu) benar-benar memeriahkan perjalanan ke Northland pada weekend yang lalu.

Menaiki cruise untuk melihat pulau-pulau di Bay of Islands, bertemu dengan Dolphin, melalui ‘Hole in The Rock’, berada di Cape Reinga, menyusuri the Ninety Miles Beach yang terbentang luas benar-benar menakjubkan.

Seterusnya, biarlah gambar-gambar yang dirakamkan dari lensa kamera Raja Fotografi untuk bercerita. Enjoy the view : )

Bersama Raja Selamba & Lawak ... berlatarbelakangkan the famous 'Hole in The Rock'. Beliau tak banyak bercakap tetapi sekali bercakap boleh buatkan kita ketawa terbahak-bahak dan nadanya begitu selamba ... ha ha ha

Pose melompat adalah wajib bagi anak-anak muda ini ... siapa Raja Lompat?

Tu dia Raja Lompat dengan satu lagi pose hebat.

Kononnya kami bertuah kalau Dolphin muncul padahal memang tiap-tiap hari ada pun.
Black Rocks
Ruang tamu & dapur Admiral Lodge di Paihia.

Bilik yang dikhaskan untuk Raja-Raja.

Dan ini bilik Raja yang perasan muda ... ha ha ha

Berbasikal di Paihia ... dah bertahun tak naik basikal ... best !
Bersama the new Peugeot 308 AT

Raja Lompat in Action .. Jet Li pun kalah.
Berikut adalah gambar-gambar di Cape Reinga yang terkenal dengan Lighthouse serta dapat melihat bagaimana Tasman Sea & Pacific Ocean tidak bercampur dan hanya ombak saja yang bertemu. Besarnya kuasa Tuhan.
Selain itu cerita menarik mengenai kepercayaan Maori yang berkaitan dengan Cape Reinga :-

On death, the Māori believe that the spirit travels to the Pohutukawa tree which sits on the very tip of Cape Reinga, at the top of the North Island - as far as man may go in New Zealand. The spirit then slides down a root of the Pohutukawa, to the sea below. The spirit emerges onto Ohaua, which is the highest tip of the Three Kings Islands, for a final farewell before rejoining the ancestors.
Bangga menjadi anak Malaysia.
Di sinilah kami menghabiskan masa hampir 2 jam ... ber 'picnic' dan sambil dihiburkan oleh Raja Lompat @ Karaoke dan Raja Fotografi
Berkat tunjuk ajar Raja Lompat dan kuncu-kuncunya ... dapat jugak merealisasikan aksi Lompat di Cape Reinga.

Ninety Miles Beach ...
Petikan dari sebuah filem yang tidak mendapat pelepasan Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

Terima kasih kepada semua Raja-Raja yang sanggup luangkan masa untuk berjalan-jalan dengan Ahau-Dee. Ada rezeki kita berjalan lagi okay : )
Ahau - Dee

7 comments:

Imran Razali said...

Wah.. motel tu nampak grand betul :p

memang masyuk ar jalan-jalan ahau-dee kali ni ek... dah xde kisah-kisah tragis lemas ke, jatuh2 ke... hehe

And yeah the car looks flashy too.. mmg sakan jalan :D

diddy said...

menjawab soalan yang akhir itu: okay!

meriah betul trip ni kan. rasa sangat enjoy. pasti akan menjadi salah satu kenangan terindah, lebih-lebih lagi trip ini saya berpeluang berjalan dengan housemate-housemate yang saya tak lagi akan tinggal bersama tahun depan. pasti satu memori indah buat kami. terima kasih banyak-banyak bro sebab menaja percutian ini. =)

Ahau - Dee said...

Imran,

Memang masyuk pun. Alhamdulillah, memang rasa puas dengan penutup Jalan-Jalan Ahau Dee di NZ untuk tahun ini. Tak ada lagi drama ... ha ha ha

Memang selesa Motel tu. Boleh muat 6 orang lagi.Alangkah baiknya kalau kereta tu saya punya kan ... ha ha ha.

Ahau - Dee said...

You are most welcome Odie. I should thank you guys sebab kalau tak mati kutu sorang2 ... he he he

Paling best aksi melompat-lompat tu & the karaoke session dalam keta.Lepas ni wajib kena lompat selalu.... ha ha ha

Wiz said...

Gosh the pictures are just beautiful Dee. Ni kawan you tangkap ke or your facebook friends tangkap?

Memang sungguh berbakat Raja Lompat itiew, tapi dia belum berjumpa dgn Permaisuri Lompat lagi KKKKK ha ha ha ha.

Ahau - Dee said...

Guna kamera Raja Fotografi tu ler ...untung jalan dengan orang yang pandai ambil gambar ni ... he he he

Raja lompat tu bukan terror lompat jer ... semua lagu dia tau ... macam 'kotak merah' tu ... he he he

you pun kaki lompat jugak ker Wiz?

la Signora said...

omg.aksi lompat yang memang kelassss giteww.dolphin tu cam tau jer ader raja lompat on the trip.ha ha ha.nevertheless, gorgeous pictures.Love the view.Of course, the trip was more memorable because of the people involved.