Thursday, November 27, 2008

Susahnya ...

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi sebelum kembali ke Malaysia untuk menghabiskan cuti musim panas bersama keluarga dan kawan-kawan. Maka tinggal 2 minggu lagi untuk terus berusaha menurunkan berat badan ... tapi nampak gayanya, semakin sukar dan amat mencabar. Dah tak larat dah ... pelbagai usaha dibuat tapi dok lagu tu jugak. Period!

Setelah turun dan naik beberapa kali, akhirnya terpaksa akur dengan hanya berjaya menurunkan sebanyak 20 kg sahaja setakat ini. Tersasar dari matlamat asal. Salah siapa? Salah diri sendiri ler sebab tak displin dan terlalu ikutkan hati. Maka tak mungkin akan berlaku keajaiban dalam masa 2 minggu ini. Terlambat!

Selain itu, baru saja selesai siri Leadership Fundamentals Training untuk sesi yang ketiga. Hanya 5 peserta yang hadir. 2 orang terpaksa menarik diri disaat-saat akhir ... beginilah nasib Training Department : (

Dari kiri Jack, John Kendall, Neill Macfarlane, Valerie dan Jocelyn

Apapun, sesi berjalan dengan lancar dan selepas ini kena berfikir untuk follow-up pulak. Pening kepala daa ... kalau tak nanti orang kata training tak effective pulak.

Tapi yang bestnya, petang tadi salah seorang Division Manager minta tolong conduct 'Customer Service Training' untuk Service Advisors di City Nissan, Takapuna setelah mendapat maklum balas yang baik dari Service Manager yang menghadiri kursus Leadership sebelum ini.

Dia mahukan 'Ahau-Dee' sebagai facilitator ... hmmm ... sudah ada business baru untuk tahun depan ... he he he. Tahun ni dah tak sempat sebab ada 4 sesi lagi selepas ini sebelum tarikh yang ditunggu-tunggu tiba ... balik kampung daa.


Semalam pulak birthday Katie, salah seorang HR Team yang agak rapat ... maka sempat hadiahkan beliau Chocolate dan Cookies jer dan lepas tu makan tengahari bersama-sama. Macam mana nak kurus!

Rasa malu dengan diri sendiri sebab GAGAL kali ini ... tapi nak buat macam mana dah ... terpaksalah terima kenyataannya : ( Adalah pihak-pihak yang akan ketawakan Ahau-Dee sepuas-puasnya ( you know who you are ... he he he ) Arghhhh !!!!

Ahau-Dee

No comments: