Thursday, May 8, 2008

Hilang ...


Salah satu sebab mengapa aku mula mem'blog' ni ialah untuk memastikan aku ada 'ruang' untuk meluahkan apa yang terbuku dan apa yang terasa di hati. Lebih-lebih lagi berada jauh dari keluarga dan jauh dari yang ter'sayang'. Keadaan tidak semudah yang aku jangkakan. Menjadi diri aku yang sentiasa dikelilingi keluarga, yang ter'sayang' dan kawan-kawan - amat sukar untuk aku sesuaikan diri sekarang ini.

Maka diari alam cyber ni menjadi platform yang terbaik untuk aku 'cerita'kan apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Bukan membuka pekung di dada jauh sekali meremeh-temehkan benda-benda yang mungkin kecil pada pandangan orang lain. Tetapi sekadar menjadi 'diri sendiri' dan juga untuk menenangkan diri.

Sehingga kini aku masih mencari rentak yang dah 'hilang' sekian lama dan masih tercari-cari diri aku yang sudah lama 'hilang' itu. Secara fizikal aku telah mula membiasakan diri tetapi emosi aku masih terumbang-ambing dan masih mencari apa yang 'hilang' itu.

'Perang' telah pun bermula tapi 'progress'nya amat perlahan ... sedangkan masa tidak lagi mengizinkan aku untuk hanya mengatur strategi atau membuat perancangan. Apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah 'ACTION'. Aku dah bazirkan terlalu banyak masa yang tak mungkin akan kembali lagi. Terlalu banyak 'esok' bagi aku sehinggakan akhirnya menjerat diri sendiri.

Setakat ini salah satu perkara yang ingin aku 'perangi' telah mula menunjukkan hasil tapi yang selebihnya masih ditakuk lama. Pagi tadi aku melakukan satu lagi kesilapan yang amat bodoh. Lebih nampak akan kebodohan itu apabila ianya berlaku di hadapan 'boss' sendiri. Dah terlanjur dan tak boleh berpatah balik. Entah apa yang akan dia fikir pasal aku selepas ini aku pun tak tahu tapi ianya benar-benar mengganggu aku saat ini.

Bila aku fikirkan semula dan kaji diri aku ... banyak benar 'benda' yang semakin 'hilang' dari aku dan situasi ini amat menakutkan. Jika sebelum ini aku aku merasakan 'faktor-faktor luaran' adalah penyebabnya tapi kini yang pasti 'akulah' puncanya. Akulah dalang selama ini.

Atas dasar itu ... aku nekad melancarkan peperangan ke atas diri sendiri ... peperangan untuk mengeluarkan aku dari segala belenggu yang membuatkan aku jadi begini.

Terlalu banyak yang semakin hilang dan terus menghilang ... aku hilang arah tuju, hilang keyakinan, hilang fokus. hilang 'positive mental attitude' yang aku amalkan sekian lama dan hilang semangat juang yang aku miliki selama ini. Hal-hal yang dulunya 'petik jari' saja ... turut hilang. Seringkali aku menjadi 'kosong' padahal perkara-perkara itu menjadi 'makanan' aku dulu ... dulu. Sehingga menampakkan aku tidak layak untuk berada di mana aku berada sekarang ini. Aku bukan lagi aku 5 atau 10 tahun yang lalu. Aku telah hilang 'aku'.

Adakah aku semakin 'hilang' dari arus perubahan yang sungguh pesat ini? Adakah apa yang aku ada tidak lagi relevan pada masa kini? Adakah aku semakin ketinggalan? Adakah aku sudah hilang daya saing? Adakah aku akan terus hilang apa yang aku miliki selama ini?

Adakah akan 'terus' hilang 'AKU' ?

Aku sudah 'hilang' kata-kata.

Ahau - Dee

4 comments:

Anonymous said...

i used to keep this quote from a brother "jika rasa sesat, berpatah balik la pd yg asal"...it means a lot to me...even now i'm handling kinda hard situation...but believe me...this quote holds me up..its up to u how to expend teh meaning..=) cheers!

Anonymous said...

hi dee...rasa terpanggil to leave some comments kat hang punya blog...

aku tulih comments ni dah pukul 12.07 tgh mlm....blum tido lagi...

keep searching apa yg "hilang" tu....dah dekat nak jumpak dah tu....

Anonymous said...

hi dear, this is my first comments kat ur blog. actually if u need advice definately not frm me. i pun manusia biasa yg x sempurna. tapi i percaya kalau nawaitu itu kita ikhlas dan sentiasa berpegang pada keesaan NYA insyaalah yg hilang itu akan muncul kembali dlm diri kita. bermuhasabah diri adalah jalan terbaik. sayang selalu dari...A

Ahau - Dee said...

Thanks Enny ... memang betul pun ... back to basic ... which I'm doing now.

Kamarul,

Thanks Bro ... kelakar lah hang ni ... thanks for the confidence dan sudi singgah.

... dok cari lah ni !

Syg,

Thanks ... I will.

Ahau-Dee