Thursday, May 29, 2008

My New Friends - Aza & Lin

Sudah beberapa kali aku edit posting yang satu ni ... dan beberapa kali juga title dia bertukar. Bukannya apa ... banyak sangat gambar yang nak diletakkan di sini dan banyaklah pulak cerita. Tambahan pulak aku dah mula sibuk ni ... maklumlah, masa untuk honeymoon telah berakhir. tapi nak jugak update blog ni ... so ... beginilah jadinya.

As I said, in my earlier posting, kawan Zul Sha datang ke sini last week for 10 days holidays. Macam Zul Sha juga ... mereka ni semuanya beruang-beruang belaka (read as berwang). So, every year pergi holiday ... oversea pulak tu dan Zul Sha pulak kat London sekarang ni ... huh! bertuahnya badan ... kalau aku, Port Dickson jer lah ... la ni pun dok kumpul duit nak pergi South Island pun tak dapat lagi.

So, as a Malaysian aku amat berbesar hati to welcome them and I've managed to take leave last Tuesday ... just to accompany them berjalan-jalan di Auckland as a finale of their holidays in New Zealand.

Their arrival di sambut dengan Pizza Salmon lagi ... maklumlah, orang bujang ...so, tak payah makan fish oil ... makan salmon banyak-banyak ... betul tak Aza?

Selepas breakfast kita mulakan perjalanan meronda di Auckland. Nasib dia orang tak baik sebab dapat tour guide yang tak ada transport. So, aku berjaya mendera dia orang dengan berjalan berpuluh kilometer... and I feel good sebab berjaya mengurangkan rasa bersalah sebab makan banyak sangat bila dia orang ada kat sini ... he he h e
The first destination is at Albert Park yang jauhnya tak sampai 5 minit dari rumah aku. This is one of my favourite place and tempat lepak aku di hujung minggu or bila boring-boring. I love this place tapi sekarang ini sedang dinaik taraf. Albert Park adalah salah satu taman yang tertua di NZ ni. Kalau tak silap di bina pada tahun 1882. Dulunya di bawah park ni ada tunnels tapi telah pun ditutup selepas perang dunia kedua.


Salah satu attraction kat Albert Park ini ialah pokok-pokoknya yang berusia beratus tahun and gambar kat bawah ni adalah salah satu tempat yang paling aku suka


.... di sepanjang jalan kenangan ...



Lin & Aza ... sedang cuba untuk posing ayu tapi tak jadi ... he he he


Sky Tower ... salah satu mercu tanda Auckland ... kalau tak silap 328 metres.


Selepas itu kami pergi ke Ferry terminal untuk ke Devonport ... kena melalui Queen Street dulu ... Aza & Lin tak henti-henti ambil gambar ... mentang-mentanglah capacity camera dia orang besau ... ambil gambar tak ingat dunia ... he he he


Sampai tengok budak sekolah pun si Aza ni nak ambil gambar. Mesti budak tu hairan ... paparazzi manalah dok ambil gambar aku nih.


Di atas Ferry pulak ada pulak one lady yang sudi nak ambil gambar kita orang ... jadi berposing lah kami bertiga seadanya....


... Lin, aku & Aza ...


Lebih kurang sepuluh minit (kalau tak silap) kami pun sampai ke Devonport. Maka, Aza & Lin meneruskan aktiviti mengambil gambar ...nama pun pelancong kan .... kalau boleh setiap sudut nak ambil gambar ...


Gambar seterusnya antara sudut yang aku rasa menarik di sepanjang jalan menuju ke North Head.... salah satu dari 2 bukit utama kat sini.


Auckland City dari pantai Devonport.


Gambar seterusnya pulak di kaki bukit North Head dan di pantai Cheltenham ... kita orang tak sampai ke kemuncak sebab Aza & Lin dah semput ... aku ok lagi ... maklumlah, tiap-tiap hari berjalan sejauh 8km ... he he he





... dan ni pulak ... minah-minah yang perasan lawa ... tak puas hati lagi ... ambil gambar sendiri ... he he he ... matilah aku kalau depa baca blog ni ... kena kutuk kaw kaw !!!

Dari Devonport kita orang bertolak balik ke Auckland. Since si Lin tu hantu choc ....sempat kita orang beli Devonport Choc yang famous tu dan ianya menjadi korban kita orang di atas ferry jugak ... sedap gilerrr


Our next destination is Auckland Domain & Museum ... selepas singgah sebentar di Warehouse & kedai souveniers di Queen Street ... apa lagi ... perempuan-perempuan tu, shopping lah ... maklumlah ... beruang ... kah kah kah

Sampai jer di Auckland Domain ... mamat ni menyambut kita orang ... dan Aza tanya satu soalan ... kenapa 'anu' dia kecik sangat ... he he he ... so, aku cakap sebab sejuk kot ... ops! actually aku yang tanya soalan tu ... he he h e


Cantik kan gambar ni ?


Ada gak pelancong yang minta jasa baik aku untuk ambil gambar dia orang ... aku pun layan lah ...

Disebabkan minah-minah tu asyik dok bershopping, kita orang sampai lambat ke Musuem ... dah nak tutup. Jadi ambil gambar dari luar lah. Lagi satu, perjalanan banyak terhenti sebab setiap sudut dia orang nak ambil gambar. Lepas tu, dalam setiap gambar nak jadi subject utama. Kata nak ambil gambar pokok & permandangan tapi nak jugak muka dia orang besar-besar.

Bagi aku, gambar yang ideal macam gambar yang aku ambil kat bawah ni ... ha ha ha ... Aza & lin - geram jangan engkau geram !


So, Aza membalas dendam sebab aku ambil gambar dia orang kecik ... maka penat jer aku control macho ... diambilnya gambar seluar aku yang terlondeh ni ha ...

Lepas tu kita orang makan kat Ayutthaya sebelum berjalan lagi ke Queen Street.


Our Menu : -

Popia Goreng

Fried Chicken Wings

Mango Curry Prawn

Sayur/Daging Goreng ... tak ingat daa nama dia


Bersambung selepas ini .... (jika ada masa)


Ahau - Dee

4 comments:

Wiz said...

I was wondering about the temperature over there now? Aound berapa ye dee? I dont want to overselimut myself neither do I want to under selimut myself too, especiallly the kids. Thanks for sharing tips on the where to go in Auckland. Will keep some of the venues in mind.

Ahau - Dee said...

Hi Wiz : )

Kalau malam sampai 5 degree tapi daytime 15 - 18 degree jer. Memang sejuklah for me. Anyway, I ada email to you some info. Please let me know kalau u tak receive ya. Hope to see you kat sini.

Ahau-Dee

Wiz said...

Dee, I didnt get any email pun.

Ahau - Dee said...

Aduhai ! Something wrong with my server ke ... I dah re-send beberapa kali ... hopefully you received it.