Saturday, May 24, 2008

My First Hair Cut in Auckland

Penat mencari tempat yang paling murah - akhirnya aku jumpa jugak salon rambut yang paling murah sekali - $10 (RM26). Bukannya apa, rasa tak berbaloi kalau orang macam aku ni (yg tak lama lagi sampai ke kategori botak) untuk bayar $20 - $30 bila potong rambut. Bukannya boleh buat fesyen apa pun - sebab rambut sikit sangat.


Kat sini juga ada Barber Training Centre yang potong rambut secara percuma pada masa-masa tertentu. Normally pukul 1 - 3 ptg from Mon - Fri. Of course yang tukang potong rambut tu mestilah dalam latihan. Sebenarnya aku tak kisah tapi disebabkan time tu tengah kerja - maka kena carilah barber berbayar. So, jumpalah salon Miss & Mr di Queen Street yang tengah buat promosi.

Aku suruh potong pendek tapi dia asyik kata tak elok dan nak ikut cakap dia jugak. Aku pun mengalah walaupun tak berpuas hati dan beginilah hasilnya.


Then, selepas berjalan dalam 10 minit & bila difikirkan balik - kenapa aku harus ikut cakap dia. Ini kepala aku ... suka hati aku lah kan. So, aku berpatah balik & suruh jugak dia potong macam mana yang aku mahu. Dan inilah hasilnya ... tak payah nak sikat... cost saving lagi sebab lambat nak panjang.



Dan aku pun pulang dengan senang hati ... he he he ..

p/s : Potong rambut pun nak masuk dalam blog.

Ahau-Dee

No comments: