Thursday, May 29, 2008

My New Friends - Aza & Lin

Sudah beberapa kali aku edit posting yang satu ni ... dan beberapa kali juga title dia bertukar. Bukannya apa ... banyak sangat gambar yang nak diletakkan di sini dan banyaklah pulak cerita. Tambahan pulak aku dah mula sibuk ni ... maklumlah, masa untuk honeymoon telah berakhir. tapi nak jugak update blog ni ... so ... beginilah jadinya.

As I said, in my earlier posting, kawan Zul Sha datang ke sini last week for 10 days holidays. Macam Zul Sha juga ... mereka ni semuanya beruang-beruang belaka (read as berwang). So, every year pergi holiday ... oversea pulak tu dan Zul Sha pulak kat London sekarang ni ... huh! bertuahnya badan ... kalau aku, Port Dickson jer lah ... la ni pun dok kumpul duit nak pergi South Island pun tak dapat lagi.

So, as a Malaysian aku amat berbesar hati to welcome them and I've managed to take leave last Tuesday ... just to accompany them berjalan-jalan di Auckland as a finale of their holidays in New Zealand.

Their arrival di sambut dengan Pizza Salmon lagi ... maklumlah, orang bujang ...so, tak payah makan fish oil ... makan salmon banyak-banyak ... betul tak Aza?

Selepas breakfast kita mulakan perjalanan meronda di Auckland. Nasib dia orang tak baik sebab dapat tour guide yang tak ada transport. So, aku berjaya mendera dia orang dengan berjalan berpuluh kilometer... and I feel good sebab berjaya mengurangkan rasa bersalah sebab makan banyak sangat bila dia orang ada kat sini ... he he h e
The first destination is at Albert Park yang jauhnya tak sampai 5 minit dari rumah aku. This is one of my favourite place and tempat lepak aku di hujung minggu or bila boring-boring. I love this place tapi sekarang ini sedang dinaik taraf. Albert Park adalah salah satu taman yang tertua di NZ ni. Kalau tak silap di bina pada tahun 1882. Dulunya di bawah park ni ada tunnels tapi telah pun ditutup selepas perang dunia kedua.


Salah satu attraction kat Albert Park ini ialah pokok-pokoknya yang berusia beratus tahun and gambar kat bawah ni adalah salah satu tempat yang paling aku suka


.... di sepanjang jalan kenangan ...



Lin & Aza ... sedang cuba untuk posing ayu tapi tak jadi ... he he he


Sky Tower ... salah satu mercu tanda Auckland ... kalau tak silap 328 metres.


Selepas itu kami pergi ke Ferry terminal untuk ke Devonport ... kena melalui Queen Street dulu ... Aza & Lin tak henti-henti ambil gambar ... mentang-mentanglah capacity camera dia orang besau ... ambil gambar tak ingat dunia ... he he he


Sampai tengok budak sekolah pun si Aza ni nak ambil gambar. Mesti budak tu hairan ... paparazzi manalah dok ambil gambar aku nih.


Di atas Ferry pulak ada pulak one lady yang sudi nak ambil gambar kita orang ... jadi berposing lah kami bertiga seadanya....


... Lin, aku & Aza ...


Lebih kurang sepuluh minit (kalau tak silap) kami pun sampai ke Devonport. Maka, Aza & Lin meneruskan aktiviti mengambil gambar ...nama pun pelancong kan .... kalau boleh setiap sudut nak ambil gambar ...


Gambar seterusnya antara sudut yang aku rasa menarik di sepanjang jalan menuju ke North Head.... salah satu dari 2 bukit utama kat sini.


Auckland City dari pantai Devonport.


Gambar seterusnya pulak di kaki bukit North Head dan di pantai Cheltenham ... kita orang tak sampai ke kemuncak sebab Aza & Lin dah semput ... aku ok lagi ... maklumlah, tiap-tiap hari berjalan sejauh 8km ... he he he





... dan ni pulak ... minah-minah yang perasan lawa ... tak puas hati lagi ... ambil gambar sendiri ... he he he ... matilah aku kalau depa baca blog ni ... kena kutuk kaw kaw !!!

Dari Devonport kita orang bertolak balik ke Auckland. Since si Lin tu hantu choc ....sempat kita orang beli Devonport Choc yang famous tu dan ianya menjadi korban kita orang di atas ferry jugak ... sedap gilerrr


Our next destination is Auckland Domain & Museum ... selepas singgah sebentar di Warehouse & kedai souveniers di Queen Street ... apa lagi ... perempuan-perempuan tu, shopping lah ... maklumlah ... beruang ... kah kah kah

Sampai jer di Auckland Domain ... mamat ni menyambut kita orang ... dan Aza tanya satu soalan ... kenapa 'anu' dia kecik sangat ... he he he ... so, aku cakap sebab sejuk kot ... ops! actually aku yang tanya soalan tu ... he he h e


Cantik kan gambar ni ?


Ada gak pelancong yang minta jasa baik aku untuk ambil gambar dia orang ... aku pun layan lah ...

Disebabkan minah-minah tu asyik dok bershopping, kita orang sampai lambat ke Musuem ... dah nak tutup. Jadi ambil gambar dari luar lah. Lagi satu, perjalanan banyak terhenti sebab setiap sudut dia orang nak ambil gambar. Lepas tu, dalam setiap gambar nak jadi subject utama. Kata nak ambil gambar pokok & permandangan tapi nak jugak muka dia orang besar-besar.

Bagi aku, gambar yang ideal macam gambar yang aku ambil kat bawah ni ... ha ha ha ... Aza & lin - geram jangan engkau geram !


So, Aza membalas dendam sebab aku ambil gambar dia orang kecik ... maka penat jer aku control macho ... diambilnya gambar seluar aku yang terlondeh ni ha ...

Lepas tu kita orang makan kat Ayutthaya sebelum berjalan lagi ke Queen Street.


Our Menu : -

Popia Goreng

Fried Chicken Wings

Mango Curry Prawn

Sayur/Daging Goreng ... tak ingat daa nama dia


Bersambung selepas ini .... (jika ada masa)


Ahau - Dee

Monday, May 26, 2008

Quotes of the Week

As usual, at the end of our HR Weekly Meeting, we will choose our weekly quotes to inspire us to be a better person and I have chosen this quotes :-

Every calling is great when greatly pursed

by Oliver Wendell Holmes, Jr

Again .... the Universe is talking to me now ... he he he
Ahau - Dee

Saturday, May 24, 2008

My First Hair Cut in Auckland

Penat mencari tempat yang paling murah - akhirnya aku jumpa jugak salon rambut yang paling murah sekali - $10 (RM26). Bukannya apa, rasa tak berbaloi kalau orang macam aku ni (yg tak lama lagi sampai ke kategori botak) untuk bayar $20 - $30 bila potong rambut. Bukannya boleh buat fesyen apa pun - sebab rambut sikit sangat.


Kat sini juga ada Barber Training Centre yang potong rambut secara percuma pada masa-masa tertentu. Normally pukul 1 - 3 ptg from Mon - Fri. Of course yang tukang potong rambut tu mestilah dalam latihan. Sebenarnya aku tak kisah tapi disebabkan time tu tengah kerja - maka kena carilah barber berbayar. So, jumpalah salon Miss & Mr di Queen Street yang tengah buat promosi.

Aku suruh potong pendek tapi dia asyik kata tak elok dan nak ikut cakap dia jugak. Aku pun mengalah walaupun tak berpuas hati dan beginilah hasilnya.


Then, selepas berjalan dalam 10 minit & bila difikirkan balik - kenapa aku harus ikut cakap dia. Ini kepala aku ... suka hati aku lah kan. So, aku berpatah balik & suruh jugak dia potong macam mana yang aku mahu. Dan inilah hasilnya ... tak payah nak sikat... cost saving lagi sebab lambat nak panjang.



Dan aku pun pulang dengan senang hati ... he he he ..

p/s : Potong rambut pun nak masuk dalam blog.

Ahau-Dee

Friday, May 23, 2008

1st Official Results

Seperti yang tertulis dalam my profile ... aku adalah orang yang tidak pernah jemu untuk menguruskan badan. Dulu .... pada tahun 1997 aku 'pernah' berjaya menurunkan 20kg dalam masa 6 bulan dan mendapatkan berat yang ideal. Selepas itu ... aku seperti yo-yo ataupun bak kata abang aku ... macam pasaran saham - turun naik dan semenjak 2 - 3 tahun yang lalu ... ianya terus naik & naik. Pelbagai produk dah aku cuba - pil diet, sendayu tinggi, teh buang lemak & toksid ... macam-macam daa. Huh!

Sebaik saja datang ke Auckland - 'perang' aku yang pertama ialah untuk menguruskan badan ... again ! Tiada lagi ubat-ubatan. Just exercise & have a good diet.

Dan semalam, aku beli weighing scale yang baru sebab tak dapat nak bawa dari Malaysia. Maka dengan rasminya, tidak sampai 2 bulan aku telah berjaya menurunkan berat badan aku sebanyak 10kg. Huh!

Ini adalah gambar aku pada 30 March 2008 & berat badan aku pada masa itu = 107 kg

Dan ini pula gambar yang terbaru pada 20 May 2008 dan semalam (22 May) berat badan aku = 97 kg!


Nampak tak perbezaannya?

So, 1st phase dah berjaya & aku perlu turunkan lagi 22kg untuk mendapatkan berat badan yang ideal = 75 kg.

2nd phase telah bermula minggu ini dimana aku telah mula berjalan kaki sejauh 8km setiap hari (1 jam 15 minit) dan makan lebih banyak buah (buah & sayur di sini murah). So, boleh jimat duit & jadi sihat ... he he he

Aku akan update the progress dari masa ke semasa. Wish me All The Best Ya !

Ahau - Dee

Tuesday, May 20, 2008

Posing sakan nampak ...

Tiba-tiba dapat email dari HQ (Motor Division) untuk hantar my latest picture dengan kiwis sebab dia orang nak masukkan dalam Employee Portal & bercerita pasal job rotation and bla bla bla ... Apa lagi ... ambil kesempatan lah ... Dia orang minta satu keping jer tapi aku ambil gambar lebih sikit ... he he he
Gambar ni di Ferrari & Maserati Reception Area. Chrissy, Bryan Keating, Aku & Caroline. Jadi gambar ni yang aku hantar kat HQ.

Aku dengan one of the new Maserati Model ... bergambar jer lah ... nak beli tak mampu.
Caroline & Aku in my office.... dia ni dah jadi kawan baik aku dah ... once in a while dia hantar aku balik dengan kereta Audi dia tu. She's a nice lady : )
Caroline pun tumpang sekaki bergambar dalam Ferrari ... aku yang seret dia dari office sebab nak suruh jadi model ... he he he

Angela tukang ambil gambar pun nak berposing jugak
Dan akhir sekali, permandangan dari office aku ... semua belongs to Sime Darby - dari kanan, Audi, Porsche and Volkswagen.
Di posting akan datang akan aku ceritakan business Sime Darby kat sini.
Ahau - Dee

Ole - Ole from Malaysia


Aza & Azlin sampai NZ semalam untuk percutian selama 10 hari. Dia orang singgah kat apartment aku untuk mandi-manda & berehat sebelum bertolak ke Rotorua dan seterusnya ke South Island.

Kita orang tak pernah berjumpa sebenarnya. Dia orang ni kawan Zul Sha tapi since aku dah ada kat sini maka aku cuba lah tolong jadi part time travel agency ... he he he. Plan dia orang punya percutian, dapatkan info dan buat reservation mana yang patut. Boleh jugak aku belajar apa yang menarik kat New Zealand ni dan boleh plan my own holiday nanti ( entah bila ? )


Pada masa yang sama dia orang tolong bawa barang-barang aku yang tertinggal di Malaysia.
And now we become friends ... kebetulan pulak satu kepala. And let's see apa yang dia orang bawa untuk aku : )




Barang yg aku pesan sebab mahal sangat kat Auckland ni :-

1. International adaptor

2. Payung - Auckland selalu hujan & tak menentu pulak tu.

3. Malaysian extension wire

4. My camera yang baru keluar hospital tu

5. Ladam kasut - mahal sangat kat sini ... harga dia sampai $10 (RM26) untuk sepasang kasut. Kalau kat Malaysia lebih kurang RM2 - coz aku ni jalan senget, jadi kasut selalu haus kat belakang dulu.

Dan yang lain-lain tu, ole-ole dari Malaysia. Dia orang berjaya seludup masuk makanan tu dan paling best Sambal Ikan Bilis ... huh! rasa macam balik kampung. Susah nak cari sambal kat sini yang rasanya macam kat Malaysia.

Dan aku tambah nasi sampai 3 pinggan ... ha ha ha & bagi aku itu adalah ole-ole yang paling best sekali

Ahau - Dee


Monday, May 19, 2008

Kebetulan lagi ...

Seperti biasa, sejak minggu lepas HR Weekly Meeting akan diakhiri dengan Thoughts For Week Card (TFW) dan kali ini pun macam terkena dengan batang hidung aku lagi.

Nikki cakap ... Zahidi, looks like the Universe is talking to you ... he he he . Quote for this week bukanlah sesuatu yang baru tetapi begitu relevant dengan aku sekarang ini. So, bertukarrrr !!!

There is nothing permanent except
CHANGE
Heraclitus - Ahli Falsafah Grik
Ahau - Dee