Friday, May 23, 2008

1st Official Results

Seperti yang tertulis dalam my profile ... aku adalah orang yang tidak pernah jemu untuk menguruskan badan. Dulu .... pada tahun 1997 aku 'pernah' berjaya menurunkan 20kg dalam masa 6 bulan dan mendapatkan berat yang ideal. Selepas itu ... aku seperti yo-yo ataupun bak kata abang aku ... macam pasaran saham - turun naik dan semenjak 2 - 3 tahun yang lalu ... ianya terus naik & naik. Pelbagai produk dah aku cuba - pil diet, sendayu tinggi, teh buang lemak & toksid ... macam-macam daa. Huh!

Sebaik saja datang ke Auckland - 'perang' aku yang pertama ialah untuk menguruskan badan ... again ! Tiada lagi ubat-ubatan. Just exercise & have a good diet.

Dan semalam, aku beli weighing scale yang baru sebab tak dapat nak bawa dari Malaysia. Maka dengan rasminya, tidak sampai 2 bulan aku telah berjaya menurunkan berat badan aku sebanyak 10kg. Huh!

Ini adalah gambar aku pada 30 March 2008 & berat badan aku pada masa itu = 107 kg

Dan ini pula gambar yang terbaru pada 20 May 2008 dan semalam (22 May) berat badan aku = 97 kg!


Nampak tak perbezaannya?

So, 1st phase dah berjaya & aku perlu turunkan lagi 22kg untuk mendapatkan berat badan yang ideal = 75 kg.

2nd phase telah bermula minggu ini dimana aku telah mula berjalan kaki sejauh 8km setiap hari (1 jam 15 minit) dan makan lebih banyak buah (buah & sayur di sini murah). So, boleh jimat duit & jadi sihat ... he he he

Aku akan update the progress dari masa ke semasa. Wish me All The Best Ya !

Ahau - Dee

5 comments:

Anonymous said...

wuhuuuu...caya la...
bravo2..friends give a huge claps for dee..
wah..konpem balik m'sia nnt jd of most hensem guy...
huhuh~

Ahau - Dee said...

Tengkiuk Enny : )

I tak boleh happy sangat ... bukan saja susah nak turun ... nak maintain lagi susah.

Apa nak buat ... nafsu makan sentiasa membara ... he he he

Ahau - Dee

Anonymous said...

Great for you Dee! By the way is that the Luge? Best tak naik. I have that in my itinerary.

Anonymous said...

setuju dgn enny. balik m'sia nanti sure malatop! lepas tu jgn x nampak member sudah...tapi pasal gunting rambut tu kelakar jugak yer. u boleh patah balik suruh buat balik. x kena re-charge ke?
:)azman

Ahau - Dee said...

Hi Wiz : )

Yup ... luge lah tu ... best ... you should go for advance track ... he he he

Hi Man : )

Actually dia kata kena bayar tapi sebab that was my first time ... kira diampunkanlah ... he he he

Ahau-Dee