Friday, May 16, 2008

Recruitment in New Zealand


Dua hari aku tak masuk office. Rasa tak sabar-sabar nak 'memblog' ... maklumlah dah mula kemaruk dan jatuh cinta dengan blog ni... he he he. Sebelum tu, camera aku yang sepatutnya sampai minggu depan setelah masuk hospital ... menghadapi masalah dan hanya akan sampai penghujung bulan Jun. Arghh!! Aku dah tak sabar nak ambil gambar-gambar menarik di sini dan postkan dalam blog ini.

Apapun, kelmarin aku hadiri 'Recruitment Training' di SDA, Vesty Drive, Mt.Wellington. Tak sampai 10 peserta pun sebab sesi ni untuk mereka di Auckland / North Shore yang ketinggalan. Sesi ini juga merupakan sesi terakhir Nikki sebelum aku ambil alih 100% tugas dia sebagai Training Manager (People Performance Manager) kat sini.

Selain bertindak sebagai co-facilitator (utk energizer & role play) ... penyertaan aku lebih kepada 'train the trainer' sebab lepas ni aku kena mengajar subject ini untuk untuk Recruitment Manager di Palmerston North under the Truck Investments Ltd. Group.

Gambar kat bawah ini (dari kiri) Nikki dan Caroline ( HR Recruitment Advisor)



Apa yang menarik pasal recruitment di New Zealand?

Yang paling aku suka ialah dia punya legal compliance - Human Rights Act 1993, section 21 di mana konsep 'No discrimination' perlu di patuhi dan ada senarai panjang apa yang tidak boleh dilakukan oleh penemuduga atau syarikat.

Maknanya, sebagai interviewer atau bakal majikan - tidak boleh membuat keputusan berdasarkan perkara berikut (bukan senarai penuh) dan sekiranya ianya berlaku .... see you in court lah jawab nyer.

Marital status

Apa kena bujang, janda, duda, balu, bersekedudukan, andartu ke, bujang terlajak ke dan sebagainya dengan kemampuan seseorang untuk buat kerja. Kat sini tak boleh sama sekali tanya marital status ... apatah lagi di dalam borang minta kerja. Kalau di Malaysia? He he he ...

Family Status

Tak boleh sama sekali jika calon tu gagal hanya kerana dia janda anak 5 ... takut-takut lah nanti selalu datang lambat atau absent sebab masalah family.

Sexual Orientation

Tak kisahlah kamu gay ke, lesbian ke, bisexual ke atau straight ke - yang penting boleh buat kerja. Syarikat tak berminat dengan your personal life dan ianya tidak akan menjejaskan saham syarikat pun. Jadi anda akan boleh menjadi 'diri sendiri' dan pada masa yang sama tetap produktif.

Dan antara yang lain seperti religious belief, race, ethnic or national origins dan banyak lagi. Bagi aku, Malaysia perlu amalkan konsep ni ... semua benda tu tidak ada kaitan dengan produktiviti atau kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugas mereka. Yang penting pengalaman, pengetahuan dan kemahiran seseorang dalam pekerjaan.

Anda akan dapati borang untuk minta kerja kat sini lebih mudah. Tak ada soalan, adakah anda mengandung? Berapa adik beradik - siap kena tulis nama, umur, kerja dan sebagainya. Bagi mereka itu semua tidak relevant. Bukan bapak dia yang nak mintak kerja.

Dan kalau seseorang melakukan jenayah dan telah menerima hukuman, maka dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa ada discrimination. Jika beliau berkebolehan maka majikan tidak boleh menunjukkan yang beliau gagal kerana dia adalah bekas penjenayah.

Jauh sekali dalam iklan jawatan kosong tertera ... Bumiputera are encouraged to apply : )

Ahau - Dee

2 comments:

Anonymous said...

Wow....Zahidi....I'm impress with recruitment kat sana....dashyat lah....ni baru betul2 professional kan....personal is personal....keje is keje....alangkah bagusnya! Betul jugak....kalau orang tu ada masalah peribadi x semestinya dia x boleh keje kan?...Kalau kita professional enough we can differentiate semua benda tu kan...

Good...very good lah! At least kalau orang tu bekas banduan pun akan diberi peluang untuk hidup semula...baru betul...orang jahat x semetinya jahat selamanya...baik x selamanya baik...kan? People change anyway....

-Ad-

Ahau - Dee said...

Ya betulllll !

Cabarannya pada interviewer ... tak boleh salah tanya. So, planning before interview tu penting especially apa soalan yang nak di tanya.

Ahau - Dee