Monday, November 3, 2008

Cukuplah dulu ...


Sekarang ni kena duduk diam-diam. Sejak 8 minggu lalu, setiap minggu ada saja aktiviti. Dengan rumah terbuka, jalan-jalan cari makan dan meneroka New Zealand. Meriah sungguh hidup rasanya. Alhamdulillah.

Baru saja balik dari cuti -cuti hujung minggu dengan Odie, Romper, Acap dan Matyer. Canggih-canggih nama mereka. Orang-orangnya lagi hebat ... he he he. Pergi ke Northland - Paihia, Bay of Islands, Cape Reinga dan Ninety Miles Beach. Banyak gambar-gambar menarik yang hendak dikongsi tetapi semuanya dengan Odie ... esok lusa baru boleh letak di blog ini.

Memang best ... tapi satu jer yang tak best. Bila dah berada dengan kawan-kawan, selera pun bertambah dan sudahnya berat badan pun naik balik ... macam mana tu? Ada lagi 39 hari nak balik Malaysia. Kalau tak capai target kan malu dengan diri sendiri? Sempat tak?

Tapi macam mana nak duduk diam-diam lepas ni sebab dah nak mula bershopping untuk beli souvenier buat keluarga, sanak saudara, jiran dan kawan-kawan. Sibuk lagilah nampaknya selepas ni.

Ada sesiapa nak ikut shopping? Jom.

Ahau-Dee

2 comments:

Anonymous said...

zahidi !!!!!
cepat2 blek Malaysia..ehehhe...
takpe bert btmbh, as long as u happy...

Ahau - Dee said...

Wow! Dah ada blog yer ... boleh ler saya add kan dalam my list.

Tak boleh Aishah ... tak nak gemuk lagi. Ni dah start diet balik dah. Tak banyak masa dah ni ha.

Boleh ler saya singgah selalu blog anda :)