Thursday, October 30, 2008

Jalan-Jalan Ahau-Dee : Mt. Ruapehu – The ceritanya - Part 1


Kali ini saya ingin berkongsi pengajaran yang saya perolehi dari trip ke Mt.Ruapehu baru-baru ini. Sekali lagi, ianya mungkin cliché tapi tetap menarik bagi saya untuk diceritakan.

1. Jangan terlalu ‘excited’ bila hendak melakukan sesuatu. Takut terjadi yang sebaliknya. Saya memang teruja untuk menaiki keretapi Trans Scenic ke Ohakune kerana digembar-gemburkan dengan permandangan yang cantik di sepanjang perjalanan. Sebelum ini hanya tengok di tv saja kan. Jadi, siapa yang tak excited.

Sudahnya, keretapi Overlander mengalami masalah dan tidak dapat meneruskan perjalanan. Kami berhenti di Hamilton dan dibawa ke Ohakune dengan bas yang amatlah tidak selesa. Tidak sempat melihat permandangan yang cantik-cantik. Kami juga tiba lewat 2 jam dari jadual asal. Maka pengajarannya .... senyum ajer lah. Kalau dah bukan rezeki nak buat macam mana kan walaupun terpaksa bayar lebih tapi tetap kena naik bas ... he he he. Penumpang yang pergi ke Wellington lagilah kesian.
2. Tidak semua ‘mat salleh’ tu pandai. Buat pertama kalinya saya berjumpa dengan tuan punya motel (or mungkin pekerja) yang punyalah blurr … macam tak tahu apa-apa. Setiap soalan kami disambut dengan muka yang blurr, gabra , muka terkejut sehingga saya rasakan … eh! teruk sangat ke english saya ni ha. Jawapan dia pulak ... huh! Baik saya baca brochure jer.

3. Kemalangan berlaku dimana-mana. Saya sudah bersedia untuk jatuh tergolek-golek semasa bermain ski nanti tetapi tak payah tunggu bermain ski, awal-awal lagi dah 'accident'. Semasa menikmati hot jacuzzi di motel sesuatu yang pelik berlaku pada saya. Tiba-tiba saya tidak sedarkan diri dan bila tersedar jer saya hampir lemas.

Menurut kata syamim, saya tiba-tiba ‘dive’ ke dalam jacuzzi yang hanya muat 4 orang tu dan kemudiannya bangun dan badan saya terhentak di bucu Jacuzzi sebelum bangun seperti orang baru lepas dari lemas. Yang saya sedar hanyalah bila saya sudah berdiri dan tidak tahu di mana saya berada. Terdapat kesan lebam di bahu kanan dan pinggang akibat hentakan yang kuat. Nasib baik tidak terhentak kepala. Sakitnya sampai sekarang.

Saya kerap juga ke spa tetapi inilah kali pertama perkara ini berlaku. Sedangkan airnya bukanlah panas sangat. Macam mimpi rasanya. Nak kata penat ... belum main ski pun lagi.

4. Keesokkannya, Turoa (tempat bermain ski) di tutup kerana cuaca buruk dan kami terpaksa ke Whakapapa. Mamat blurr tu siap salah bagi info lagi bila hendak bertolak ke Whakapapa. Sepatutnya pukul 10.30 am dan dia beritahu kami pukul 8.00 am. Nasib baik saya terbaca di notice board ... kalau tidak kami tunggu ler macam orang bodoh. Hampeh sungguh mamat tuh! Sementara menanti shuttle bus, kami menyusuri Mangawhero River dan berjalan di sekitar bandar Ohakune yang sunyi dan sepi.



Sampai saja di sana pukul 12.30 pm, Whakapapa pulak di tutup. Sekali lagi keterujaan untuk bermain ski terbantut.

Maka, terpaksalah ‘enjoy’ kan diri dengan cara tersendiri seperti gambar-gambar di bawah ini. Pengajarannya, kalau tak ada rezeki tu … tak ader lah tapi kena enjoy dengan apa yang ada. Life must goes on. Saya juga sempat merasa ‘salji turun’ … at least something kan.
Cuba nak bertahan ler kononnya ... tapi tak tahan daulat ... sejukkkkkkk.
Ni satu kaedah untuk menghilangkan stress ... cuba lah ... ha ha ha
Next posting, pengalaman pertama bermain ski di Turoa pada hari berikutnya. Lagi satu, bagi sesiapa yang hendak datang ke New Zealand ... mesti kena sewa kereta sebab susah tak ada kereta di sini. Saya tidak akan naik bas / train lagi ... he he he.

Ahau - Dee

2 comments:

Anonymous said...

I love train rides Dee. Tapi like you said susah jugak kan kalau berlaku kerosakan.

Rasa mcm nak kena pergi lagi skali je ni. Byk tempat tak lawat lagi, bila you dah crite mcm ni teruja plak saya.

Careful bila step into the hot water spring tu k, it's slippery!!!

Ahau - Dee said...

Datang jangan tak datang Wiz ... kena pergi South Island.

Actually bukan sebab licin tapi saya just tak sedar & macam bermimpi kononnya saya berenang & then lemas ... ha ha ha

Mana ada org dive dalam jacuzzi ... nasib baik depan Syamim jer. Kalau ada org lain ... tak ker malu. He he he