Wednesday, October 15, 2008

My Journey : Kantoi daa …

Mulanya saya bercadang untuk bercerita mengenai trip ke Hokianga tetapi memandangkan saya pun dah ‘seronok’ bercerita, apa kata saya sambung saja kisah ‘My Journey’ ini supaya jalan ceritanya tidak tersangkut-sangkut.

Ada rakan-rakan yang email saya dan beritahu mereka tidak suka saya selang-selikan dengan cerita pokok Kauri tu … he he he. Pening kata dia orang. Sedangkan slogan blog saya ni … Sekadar Berkongsi Cerita Tanpa Peningkan Kepala. Oleh itu saya sambung saja bercerita supaya tidak lari dari konsep blog ini … ha ha ha

Selepas memberi notis berhenti kerja 24 jam di P & P, barulah saya menyesal di atas sikap saya yang tidak matang itu. Mulalah risau kerana sudah jadi penganggur. Kemudian seorang rakan memberitahu saya terdapat jawatan kosong di Kilang Sunny Precision Malaysia (SPM) yang terletak di Seberang Perai juga.

Keesokkannya saya terus ke situ dan kebetulan ada ‘walk-in interview’. Alhamdulillah, dengan izin Tuhan, saya berjaya dan diterima bekerja sebagai Incoming Quality Control Supervisor dengan gaji RM940 sebulan. Kalau dah rezeki itu tidak ke mana. Jika di P&P gaji saya hanya RM700 dan dalam sekelip mata gaji saya bertambah lagi RM240. Hanya sehari saja saya menjadi penggangur terhormat. Syukur pada Tuhan.

Seperti biasa segalanya berjalan dengan lancar. Tugas saya ialah memastikan anak buah saya memeriksa kualiti barang yang dibekalkan oleh supplier menepati standard yang ditetapkan dan kami juga merupakan pembekal kepada Sony.

Selain gaji yang lebih, SPM juga menyediakan asrama kepada para pekerja. Jadi jimatlah sikit duit dan tak payah bayar sewa.

Di SPM saya berjumpa dengan sahabat baik saya sehingga sekarang, Zan. Kami bertambah rapat apabila tinggal di asrama yang sama dan saya juga kerap mengikut dia balik kampung di Pantai Merdeka. Saya juga rapat dengan keluarga beliau. Zan bekerja satu department dengan saya dan dalam ertikata lain, saya adalah supervisor dia.


Dipendekkan cerita, setelah mendapat confirmation dan bekerja hampir 9 bulan, saya melakukan satu lagi kesilapan yang sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya, kenapalah saya buat macam tu? Pasti ramai yang akan gelengkan kepala.

Hubungan saya dengan Zan bukannya seperti supervisor dengan staff tetapi dia adalah kawan baik pada masa itu. Satu hari Zan terlewat datang kerja dan saya dengan ‘bodoh’nya telah ‘punch’ kan kad kedatangan kerja dia supaya dia tidak dikenakan tindakan kerana lewat datang kerja. Padahal, sebagai supervisor saya boleh tandatangan kad tersebut dan ianya diterima oleh HR untuk kes-kes kecemasan.

Itu adalah satu kesalahan besar. Apa lagi … kantoi ler. Selepas itu kami di panggil oleh HR dan buat pertama kalinya saya dan Zan mendapat ‘warning letter’ di atas salah laku tersebut. Huh! Bodoh kan?

Warning letter dia punyalah panjang dan sampai sekarang saya simpan sebagai tanda kenang-kenangan. Bila dah dapat warning letter, maka kami berdua pun dah ‘panas punggung’ ler sebab reputasi dah terjejas. Maka mulalah babak mencari kerja baru.

Dipendekkan cerita, saya mendapat kerja baru di NSG (M) Sdn Bhd sebagai QC Supervisor juga dengan gaji RM1050 … up sikit lagi ler. Tak lama kemudian Zan pun mendapat kerja di situ sebagai Production Supervisor. Kami mula bertugas pada hari yang sama ( kalau tak silap saya) dan tinggal serumah di Juru, Seberang Perai.

Saya bekerja di NSG lebih dari 3 tahun dan NSG banyak mengubah kehidupan saya. Ada beberapa cerita menarik berlaku di sini juga. Cerita selanjutnya di posting akan datang.

Ahau - Dee

8 comments:

Wiz said...

It's nice to have a good friend kan Dee. Because of your act of trying to help him, you actually managed to get yourself a better job. Good for both of you!

...and then what happened?

la Signora said...

I pantang bab² punch kad orang lain.Skema.But I understand why you did so.These entries on your Journey is so ....suspenseful!!Mengalahkan time I was addicted to that TV3 Samarinda 'Mia Zara'.Ha ha ha.

Imran Razali said...

Haha memang klakar kisah terkantoi tu...

Ni kena compile semua entry ni dari awal, pastu bukukan, pastu jual -> My Journey to whom I am now- Ahau-Dee :p

diddy said...

gambar2 tu smart laaa. upload la taruk kat flickr. hehehe.

Ahau - Dee said...

Wiz,

Setuju sangat-sangat. Saya ni memang jenis orang yang appreciate friendship. Sekali orang baik pada saya, seribu kali saya cuba membalasnya dan menjadi lebih baik. Sekarang ni pun, saya masih mencari kawan baik in addition to yang sedia ada.

Apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan? Bila free nanti baru nak update apa berlaku seterusnya.

Ahau - Dee said...

la signora,

saya ni pun jenis mat skema jugak ... jenis yang suka follow procedure dan takut kalau keluar dari kebiasaan tapi masa tu tak tahu ler kenapa jadi macam tu. he he he

Samarinda? He he he kelakar lah. Saya rasa pengalaman org lain pun menarik jugak cuma saya ni jer jenis tak malu nak tulis dalam blog. Ha ha ha

Ahau - Dee said...

Imran,

Ada orang nak beli ker? Kalau saya Angkasawan Negara lain ler. Ni baru kerja kat Auckland dah tercungap-cungap. Belum lagi pergi ke bulan ... ha ha ha

Ahau - Dee said...

Diddy,

Flickr bukan untuk photographer yang hebat-hebat ker? Macam si Odie dan Rusydi tuh! Buat malu jer nanti.

Btw, gambar dia jer ke yg lawa ... model dia tak lawa ker? Ha ha ha