Tuesday, October 14, 2008

My Journey : Zaman Darah Muda

Di atas permintaan Wiz, saya sambung kembali cerita ‘My Journey’ saya ni ha. Sambil tu saya selang-selikan dengan gambar-gambar terbaru yang saya ambil dengan kamera murah saya ni di dalam perjalanan ke Dargaville dan juga di Bandar tersebut. Barulah tak bosan membaca cerita ni.

Selepas berhenti dari Robert Bosch kerjaya saya menjadi tidak menentu dan ditambah pula dengan usia yang masih muda ketika itu, banyak perkara-perkara yang saya sifatkan sebagai ‘bodoh’ telah saya lakukan. Darah muda kata orang.

Permulaan kerja di Komag memang menarik. Sebagai Technician, saya menjalani latihan lebih kurang sebulan dan buat pertama kali saya menjalani latihan yang lebih sistematik seperti kelas SPC (Statistical Process Control), English dan lain-lain lagi. Saya masih ingat ketika itu, saya amat meminati tugas pengajar yang mengajar kami sehingga saya beritahu pada kawan bahawa satu hari nanti saya pun nak kerja macam tu … menarik saya rasa. Kawan saya hanya tersenyum sinis.

Waktu kerja di Komag ialah 12 sejam sehari. Dalam seminggu, kerja 4 hari dan cuti 3 hari. Minggu berikutnya pula, kerja 3 hari dan cuti 4 hari. Mula-mula memang seronok tapi selepas itu saya mula rasa bosan dan tidak suka apa yang saya buat.

Hanya sempat bertahan selama 4 bulan, saya mendapat kerja baru di Progress & Precision, sebuah syarikat Jepun di Seberang Perai. Walaupun gajinya murah sikit iaitu RM700 tetapi jadual kerja lebih tetap, 8.00 pagi sehingga 5 petang. Biasalah kan bila dah tak suka, ada saja alasannya. Kononnya saya tak boleh bekerja 12 jam sebab tak boleh duduk …. asyik berdiri jer …He he he

Yang menarik pada masa itu ialah apabila saya kena beri notis berhenti kerja selama 2 minggu kepada Komag dan pada masa yang sama P & P mahukan saya melaporkan diri secepat mungkin. Ada seminggu pertindihan waktu. Kalau tidak jawatan itu akan diberikan pada orang lain. Kalau tak bagi notis, kena saman … masa tu saya tak tahu sangat procedure-procedure HR ni. Dengar nak kena saman jer … kecut perut.

Takut terlepas peluang kerja di P & P, maka saya pun ikut kata-kata kawan yang kononnya dia pernah kerja di 2 tempat pada satu masa. Saya pun terpercaya kata-kata dia. Jadual kerja saya seperti berikut :-

Day 1 - 8.00 am – 5 pm : Mula bertugas di P & P
7 pm – 7 am : Sambung kerja di Komag (Shift Malam) untuk 'served notice'
Day 2 - 8.00 am – 5.00 pm : Hari kedua bekerja di P & P
7 pm – 7.00 am : Sambung kerja di Komag
Day 3 - 8.00 am – 5.00 pm : Hari ketiga bekerja di P & P
7 pm - 7.00 am : Sepatutnya kerja di Komag tapi ambil MC

Minggu itu saya patut kerja 3 hari di Komag, terus MC sebab tak tahan daulat.… ha ha ha. Gila kan? Bila naik motor di Jambatan Pulau Pinang, saya hampir kemalangan dan terhoyong-hayang. Saya hanya tidur masa rehat di dalam toilet.

Selepas itu baru kawan saya kata yang dia hanya reka cerita saja dan dia tak sangka yang saya buat macam tu. Nak tahu apa dia kata pada saya?

Ko gila! Terpinga-pinga saya dan saya masih ingat nama dia … Jasni. Terima kasih Jasni : )

Rasa macam nak bagi penumbuk kat dia tu tapi sekurang-kurangnya selesai masalah saya walaupun sebenarnya ada cara yang lebih baik lagi. Tak kena 'saman' dan boleh start kerja di tempat baru. Padahal kalau saya ambil unpaid leave pun boleh.

Masa tu saya memang mudah percayakan orang sehingga tak tidur sampai 60 jam.


Posting seterusnya, pengalaman bekerja di P & P pulak. Zaman darah muda bersambung nanti ...

Ahau - Dee

5 comments:

Imran Razali said...

Wah2.. tak sangka cerita yang begitu menarik.
keep on writing. I didn't expect you to go through such hardships looking at what you are now... hehe

Benarlah firman Allah: Kerana sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan. (94:5-6)

Dua kali lagi statement yang sama diulang dalam surah As Sharh ni :D

Ahau - Dee said...

Terima Kasih Imran ... sekadar berkongsi cerita dan nak memeriahkan blog ni jer.

Siapa yang boleh menidakkan firman Allah SWT ... sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan, dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Wiz said...

Dee, did you get the job at the new place? and did you get the saman letter, continue!!!!!

Pop Corn dah nak abis dah ni, ending mcm jauh lagi je. he he he.

Ahau - Dee said...

Wiz,

Memang panjang cerita saya ... 18 tahun daaa

Maybe my ceritatak jelas kut. Yes. I've got the job. Tu yang kerja di 2 tempat pada satu masa.

Di P&P, saya mulakan tugas baru dan malam pula serve notis di Komag. Sudahnya saya kerja 60 jam tanpa henti.

So, tak kena saman lah. Actually tak ada apa pun, saya jer yang takut terlebih. Ha ha ha

Ahau - Dee said...

Wiz,

I dah edit sket my posting supaya lebih jelas ... he he he maklumlah, bukan pandai sangat bercerita sampai org baca pun confuse.

Sorry.