Friday, October 31, 2008

Jalan-Jalan Ahau-Dee : Mt. Ruapehu – The ceritanya … Part 2.


Saya dengan Syamim

Hari terakhir kami di Ohakune, Mt.Ruapehu memberikan masa yang amat terhad untuk bermain ski. Alhamdulillah cuaca baik dan kawasan bermain Ski di Turoa di buka. Kami bertolak ke sana jam 8 pagi dan perlu turun pada jam 12.30 petang.

Bagi saya Turoa lebih cantik dan saljinya jauh lebih halus. Disebabkan masa agak suntuk, kami cuba mengejar masa. Sampai saja di sana terus bergegas ke kaunter untuk membeli pass dan menyewa peralatan ski.

Saya telah maklumkan kepada cashier bahawa kami adalah ‘beginner’ dan beliau terus beritahu berapa harganya, maka saya pun terus bayarlah. Rupa-rupanya kami tersalah beli pass.

Sepatutnya pergi ke beginner level dulu ataupun intermediate mountain tapi kami telah terbeli pass ke upper mountain – advance level punya. Saya sudah mula rasa lain macam bila naik lift chair ke atas sebab bila lihat ke bawah semua yang main ski tu hebat-hebat belaka.

Maka kesudahannya, dengan tunjuk ajar dari Syamin yang tidak sampai ½ jam, berlakulah adengan-adengan yang sepatutnya dirakamkan … he he he.

Berkali-kali saya jatuh dengan aksi yang berbeza-beza & hebat-hebat belaka. Pertama kali dalam hidup jatuh macam ni. Tersembam, tergolek, terlentang, terkangkang dan macam-macam gaya lagi. Itu baru nak turun from upper mountain ke stage yang berikutnya. Belum sampai bawah lagi.

Saya sorang jer yang menongkah arus .. he he

Daripada nak jatuh gaung, maka saya nekad untuk menjadi satu-satunya orang yang menaiki lift chair untuk turun ke bawah …. Ha ha ha … kelas kan? Enjoy jugak naik lift chair ni sambil ambil gambar dan time tu saya tak pedulikan orang lain pun walaupun ramai yang senyum sinis pada saya.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil semasa menaiki lift chair untuk turun ke bawah.




Pengajarannya … baca betul2, tak pasti tanya, jangan kelam kabut dan akhirnya saya terima kenyataan yang saya ni lembab! Kaki dah keras … ajar berkali-kali pun susah jugak … ha ha ha.

Nasib baik saya suruh Syamin turun dulu … kalau tidak buang masa dia jer tengok saya jatuh berkali-kali.

Ahau - Dee

2 comments:

Wiz said...

The experience that matters. Sakit tak? he he he

Ahau - Dee said...

betul tu Wiz ... pertama dan terakhir rasanya ... he he he

Selepas dua tiga hari baru terasa sakit badan, Minggu ni pergi kerja naik bas sebab tak larat nak jalan kaki ... ha ha ha