Tuesday, October 14, 2008

My Journey : Zaman Darah Muda continues ...

Setelah selesai adegan tidak tidur selama 60 jam, saya memulakan kehidupan baru di Seberang Perai. Sebelum ini saya menumpang dirumah my Aunty selama lebih 3 tahun. Lagipun masa itu saya sudah membeli motor, maka langkah pun semakin panjang lah. Motor kapcai saja.

(Kepada kawan-kawan baru di Auckland, my Aunty ialah nenek kepada Fikhri, anak saudara saya yang sedang belajar di University of Auckland ketika ini)

Setelah penat mencari rumah atau bilik, akhirnya saya menyewa disebuah rumah kampung di Bukit Mertajam. Memang murah rumah tu sebab bila buka tingkap jer nampak kubur. Betul-betul di sebelah kubur. Rumah pun amatlah tidak selesa tapi saya sudah biasa susah, jadi tiada masalah.
Di P&P, kerja sebagai QC Supervisor amat mencabar. Lebih-lebih lagi kami merupakan supplier kepada kilang Sony. Segalanya berjalan dengan begitu baik sekali dan saya amat menyerlah ketika itu walaupun dalam jangka waktu yang singkat.

Di sini saya tidak dapat lupa seorang teman yang memang pakar menggunakan satu alatan mengukur yang agak ‘complicated’ sikit … CCM kalau tak silap saya. Punyalah kedekut nak ajar orang lain sebab dia takut ada orang lain yang akan lebih pandai dari beliau. Kali terakhir saya mendengar mengenai dia … tak ke mana pun. Saya pasti ramai yang setuju bahawa tidak rugi kita berkongsi ilmu pengetahuan ni.
Selepas sebulan bekerja saya pun dapat menyewa sebuah bilik di kawasan taman perumahan yang lebih selesa. Tuan punya rumah ialah Peggy yang membuat perniagaan ‘sub-kontraktor’ iaitu memasang wayar untuk kilang-kilang besar. Saya agak rapat dengan beliau ketika itu.

Konflik bermula apabila sampai masanya untuk pengesahan jawatan saya. Semasa temuduga, saya dijanjikan dengan kenaikan gaji sebaik sahaja mendapat ‘confirmation’. Bila sampai masanya, boss saya ketika itu memberitahu yang semua kenaikan gaji telah dibekukan sejak 6 bulan lalu.
Padahal semasa temuduga lebih kurang 3 bulan yang lalu beliau sendiri yang berjanji mengenai kenaikan gaji tu kerana gaji yang ditawarkan lebih rendah dari Komag. Kononnya beliau hendak melihat prestasi kerja saya dulu.

Setelah penat saya berhempas pulas bekerja sehingga mendapat pujian dari Sony dan boss Jepun, saya rasa seperti 'tipah tertipu' ... he he he. Secara peribadi saya seorang yang cukup berpegang pada janji. Sampai sekarang saya cukup pantang kalau orang melanggar janji. Kalau tak boleh, kata saja tak boleh … tak payah saya ternanti-nanti … eh! Lain macam jer ayat nih! He he he

Pertelingkahan berlaku di antara saya dengan my immediate boss tu. Tambahan pula ada beberapa masalah kerja, syaitan pulak dah masuk jarum …akhirnya berlakulah adegan yang tidak sepatutnya.

Saya bergaduh besar dengan my immediate boss itu sehingga saya membaling kerusi ke arah beliau dan saya memang naik angin sehingga terpaksa diredakan oleh kawan-kawan.

Terus saya berhenti kerja 24 jam. Kalau di Komag takut kena saman tapi kali ini berani pulak berhenti kerja 24 jam. Tidak berfikir panjang dan mengikut kata hati dan perasaan marah saya sahaja.

Selepas sampai di rumah barulah saya sedar apa yang saya buat dan menyesal. Tak mungkin saya akan kembali ke P & P dan tak tahu nak kerja apa lagi. Lagipun saya sudah malu dengan my Uncle yang marahkan saya sebab suka tukar tempat kerja.

Jadilah saya penganggur … untuk berapa lama? Saya akan bercerita di posting yang seterusnya.

Ahau Dee

8 comments:

Anonymous said...

Your working experiences at all these places made what you are today Dee. It's a blessing kan.

Anonymous said...

wah ! tak sangka u will baling kerusi. i worked with you .... tak pernah tgk u marah sampai gitu. So the dahsyat.

lina

Ahau - Dee said...

Betul tu Wiz. Selagi tak buat silap, selagi tu lah tak belajar. Sebenarnya bila bercakap tentang 18 tahun pengalaman ... sepatutnya disebut ...18 years of mistakes.

Ha ha ha

Ahau - Dee said...

Yay! Akhirnya Lina bersuara.Masa kerja di CS tu dah agak matang dah. Tu yang dah boleh control emosi dah tu.

Panjang lagi cerita sebelum sampai ke Zaman CS Group, salah satu tempat kerja yang paling bermakna in my life.

My next posting pun ada satu cerita yang pasti make you laugh at me ... ha ha ha

Imran Razali said...

Hmm mmg bahaya btul bila kita x dpt control perasaan marah ini.... reminds me of Anger Management.. mmg I can't imagine a person like you now baling2 kerusi :P bbut anyway everyone has their own moment of tantrum

Something to ponder over:
Drpd Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorg lelaki berkata kpd Nabi s.a.w."Berikanku wasiat". Baginda bersabda," Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali dan baginda tetap bersabda "Janganlah engkau marah." (Riwayat Bukhari)

la Signora said...

"Saya bergaduh besar dengan my immediate boss itu sehingga saya membaling kerusi ke arah beliau dan saya memang naik angin sehingga terpaksa diredakan oleh kawan-kawan."-->Macam HULK.

But I suppose when you've worked that hard, went through all the hardships, sometimes we slip a bit...ira furon brevis est (that's latin for WITH ANGER COMES MADNESS).Oh do continue,best baca your past experiences!

Ahau - Dee said...

Thank you for sharing Imran. Alhamdulillah sekarang ni dah boleh kawal perasaan. Kalau tak berubah lagi sajer lah kan. Dalam proses mengawal panas baran saya ni, benda lain pulak yang berlaku ... itu kena cerita kat posting yg akan datang ler ... he he he

Ahau - Dee said...

la signora,

Eh! macam mana you tahu I pernah jadi Incredible Hulk? He he he ... Actually I pernah pakai costume Hulk tu in one of the event di Sime Darby last year. Siap cat muka warna hijau lagi. He he he.