Wednesday, October 1, 2008

Syawal di Auckland - 1 ... updated

Pada mulanya saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya menyambut hari raya di perantauan buat kali pertama. Semalaman tidak tidur kerana sibuk ber ‘sms’ raya. Lebih-lebih lagi perbezaan waktu di antara Auckland dan Malaysia ialah 5 jam. Maka kami di Auckland menyambut hari raya terlebih dahulu dan hanya berpuasa selama 29 hari sahaja.

Namun setelah melaluinya … best jugak. Mungkin saya bernasib baik kerana tinggal bersebelahan dengan surau yang menjadi tempat pertemuan para jemaah.

Kemeriahan hari raya di Auckland bermula dengan majlis berbuka puasa malam sebelumnya apabila lebih ramai yang mengambil kesempatan berbuka di surau. Mungkin kerana hari terakhir berpuasa. Lebih memeriahkan suasana apabila terdapat 2 versi bacaan takbir raya … versi Malaysia dan Arab … namun kemeriahan hari raya sudah mula terasa.

Kemudian jemaah bergotong royong membersihkan surau untuk mendapatkan lebih ruang untuk sesi sembahyang raya pada pagi ini.

Antara jemaah yang tiba seawal 7 pagi.

Seawal jam 7.00 pagi jemaah sudah mula memenuhi ruang surau dengan pakaian tradisi masing-masing. Pak Arab dengan jubahnya, anak melayu segak dengan berbaju melayu, bersampin dan bersongkok. Ramai juga yang berpakaian moden dan santai. Masing-masing dengan kamera untuk merakamkan saat-saat beraya di perantauan, termasuklah saya.

Pelajar-pelajar Malaysia di University of Auckland. Dari kiri Syed, Azri, Ridhwan, Saya dan Zulfadli.

Sembahyang raya bermula pada jam 8.00 pagi dan ramai juga yang mengambil kesempatan akhir untuk membayar zakat fitrah. Khutbah hari raya pula disampaikan dalam Bahasa Arab dan English.

Sheikh Arfad (entahlah betul atau pun tidak ejaan nama dia) ... Imam yang dihormati di sini. Aktif menganjurkan pelbagai aktiviti untuk umat Islam di Auckland ni.


Selesai saja khutbah hari raya, bermulalah sesi berhari raya sesama rakan taulan. Saling bermaaf-maafan dan berpelukan demi mengeratkan lagi silaturrahim. Terdapat dua versi juga …. Orang Malaysia dan Pak Arab. Sesi bergambar diteruskan dan pada saat ini sesungguhnya perasaan ‘berhari raya’ itu amat dirasai.
Sesi bermaafan
Sesi bergambar
Antara Pak Arab yang hadir
Sebahagian dari pelajar-pelajar Malaysia di Auckland. Kebanyakannya belajar di Univeristy of Auckland dan AUT.


Tepat jam 9.15 pagi saya terpaksa beredar ke pejabat untuk bertugas seperti biasa. Thanks Peter kerana memberi keizinan untuk masuk lewat hari ini.

Sampai sahaja di pejabat, Caroline telah bersiap sedia dengan dua biji cheese cake yang dibeli oleh rakan-rakan ‘pejabat lama’ yang ingin meraikan hari raya bersama-sama saya. Saya sungguh terharu di atas ingatan mereka. Caroline juga tahu yang saya ni hantu ‘cheese cake’. Inilah juadah pertama saya untuk hari raya ini menggantikan ketupat rendang seperti selalunya.



Passionfruit Cheese Cake dan Jamaican Choc Baked Cheese Cake

Dari kiri Danielle - Customer Service, David-Accountant, Caroline - Recruitmnet Advisor, Saya dan Chan our payroll Manager.


Bersama Angela dan Rob ... mereka berdua ni kalau bercakap susah nak berhenti.

Craig yang selalu bagi Salam walaupun bukan Muslim. Assalamualaikum dia perfect sekali.

Kemudian saya belanja Nikki dan Caroline di Seirra Café untuk makan tengahari. Makan Chicken Teriyaki Noodles yang amatlah tidak sedapnya. Walaupun masing-masing sibuk dengan jadual kerja yang padat tetapi masih sudi untuk menemani saya di hari raya ini. Bertuahnya saya.

Petang raya saya pergi meeting ke Manukau City. Dari sana kembali ke rumah dengan perut yang amat lapar. Masa inilah teringin yang amat sangat nak makan rendang dan tak ada student Malaysia pun yang jemput ke rumah ... kesian kan ... he he he. Cari Brahim punya Instant rendang pun tak jumpa ... maka saya pergi ke Angie's Kitchen di sebelah rumah untuk makan Nasi Lemak dengan Rendang Ayam.




Selesai makan baru baca sms dari Halim sebab handphone habis bateri (gambar di atas). Halim menjemput saya beraya di rumah dia di tingkat 11 ... rugi makan nasi lemak tadi.Nasib baik Halim tidak menjamu rendang ... ha ha ha.Disebabkan masa tu dah nak maghrib, maka saya hanya sempat berada di rumah dia selama 10 minit jer.

Malam hari raya pertama dah tak tahu nak buat apa ... masa ni baru terasa 'tension' nya ... he he he dan apa lagi ... tidur lah jawabnya sebab tension tak dapat beraya. He he he

Kesimpulannya … memang ‘not bad at all’ (cuma malam jer yang tak best). Beberapa agenda telahpun berada di dalam jadual untuk hujung minggu ini dan Isnin depan saya akan mengadakan rumah terbuka … tunggu ceritanya di posting akan datang.

Selamat menikmati kemeriahan hari raya kawan-kawan : ) Terima kasih Azman dan Kamal kerana sudi talipon dari jauh untuk menceriakan hari raya saya. Terima kasih Caroline … walaupun dia tidak membaca blog ini. Terima kasih kepada kawan yang sudi sms, email, ucapan melalui blog dan facebook di atas tanda ingatan dan ucapan Selamat Hari Raya.

Terima Kasih Tuhan di atas segala ‘rezeki’ yang dikurniakan ini. Alhamdulillah

Hari ini ... 2 October. Bertugas macam biasa. Saya dah tak fikir lagi pasal raya sebab kena fokus pada kerja. Bukan boleh dilayan sangat ... ha ha ha

Ahau - Dee

4 comments:

la Signora said...
This comment has been removed by the author.
la Signora said...

Wha...?Adoih, my server ni ader gile-gile lah.Takpelah.oh well, just made a panjang lebar komen ...neways, Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Ahau - Dee said...

Alamak ... tak boleh nak baca your comment lah ... Macam mana raya Tahun ni? ...ops! I should read your blog the.

Selamat Hari Raya :)

ramzul ihsan said...

Ahau-dee masih bljar di Auckland? ??