Tuesday, October 7, 2008

The Finale ... Rumah Terbuka Ahau-Dee

Bertempat di Mutiara Malaysian Restaurant, Ponsonby, Auckland; akhirnya Rumah Terbuka Ahau-Dee berjaya dilaksanakan dengan hanya 14 orang tetamu yang hadir. Alhamdulillah. Sekali lagi kami beramai-ramai menaiki bas menuju ke destinasi. Saya suka naik bas beramai-ramai ... ha ha ha. Sesuatu yang tidak pernah saya buat di Malaysia semasa hari raya.
Sabar menanti hidangan.
Prawn Crackers membuka tirai
Appertizer - Satay & Spring Roll ... untuk per person tu.
Kuah kacang & sos spring roll. Sedap kuah kacang dia.

Main course dihidangkan untuk 4 orang. Ada 4 hidangan semuanya. Ada pertukaran menu di saat akhir. Saya tidak begitu berpuas hati dengan kuantiti makanan ... rasa macam sikit. Tapi semua tetamu kata cukup ... or mereka hendak jaga hati tuan rumah ... he he
Chef dia asyik meyakinkan saya yang dia buat untuk 20 orang makan ... hmm ... apapun, nak kata apa kan ... Ni dia gambar main course ...sepinggan untuk empat orang.

Ikan Bakar - agak pedas tapi sedap
Sayur Masak Lemak - Everyone's favourite
Ayam Kapitan - rasa macam rendang pun ada gak.
Mango Beef - tapi macam masak paprik jer.
Tom Yam Chicken - satu mangkuk sorang. Tak best sangat.
Makan time ... yay!
Dessert - Fruit Salad & Ice Cream dan Coffee or Tea
Hanya Imran saja yang tidak tahan pedas ... kesian dia. Berpeluh-peluh. Saya pula tersilap minta dia masak pedas sikit sebab Malaysian Restaurant di sini dah 'adjust' kepedasan dia mengikut citarasa orang sini.
Sebagai tanda kenangan, saya bergambar dengan setiap tetamu ...

Fikhri - anak saudara saya.
Imran
Ridhwan Ali
Azmir
Rusydi

Romper - tak tahu apa nama sebenar dia.
Lokman
Halim dan Isteri, Husna
Zhariq... saya suka nama ni ... he he he
Dino
Asraf or Acap
Ayu or Ikhwan
Syamim
Puas hati bila habis ...

Berikut gambar-gambar yang diambil oleh Rusydi ... memang berbakat dalam hal-hal ambil gambar ni.

Kebetulan semalam birthday Halim ...

Bergambar beramai-ramai sebelum balik ... naik bas lagi... he he he

Terima Kasih kepada semua tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis. Harap-harap semua tetamu berpuas hati dengan hidangan yang disediakan. Seperti selalu, saya tidak pernah berpuas hati ... huh! Bila nak ubah perangai ni ... he he he

Ahau - Dee

11 comments:

la Signora said...

Mak ai...appetizer so comel.takpe, everybody's gain unwanted Syawal weight, so yours was a good meal that went accordingly.

..at least takyah cuci pinggan-mangkuk ye tak?

i pun suke naik bas ramai-ramai.memori zaman kanak² riang.

Ahau - Dee said...

Tu lah ... 2 cucuk satay jer dia bagi. Sedih betoi! Dia charge per person ... bukannya per plate sebab I ambik banquet. Tapi kira alrite lah jugak sebab kat Auckland kan.

I think of having another session ... kali ni nak masak spaghetti pulak ... Ahau Dee punya version.

Wiz said...

Ye la Dee, mcm sikit je kan. Sebab kiter ikut standard orang Malaysia sumernya byk. Standard Mat Salleh appetizer memang sikit Dee, just to fill up the cavities in your teeth je.

Next time maybe you can really ask in detail to the content and the amount of each meal or per person. So that you won't be dissapointed kan.

Ahau - Dee said...

I dah tanya pasal main course cuma lupa tanya appertizer jer.

Bermati-matian dia kata cukup dan kononnya akan terlebih kenyang. They charged me $30 per person. I think kalau order ala-carte lebih baik.

Huh! tak per ... belajar dari pengalaman.

Memang tak puas hati bila kita belanja org makan, tapi makanan macam sikit kan. It's not me.

Rush Murad said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.... meriah sungguh beraya sakan kat sana... dah ramai kawan2 ekkk....? :D

diddy said...

the food was verry nice la pakcik, eh silap, uncle, eh silap lagi, bro. bro, dont worry, we were all really happy and contented. cant wait for the so-called spaghetti ahau-dee's version hehe.

p/s: romp's real name: romper stomper. hehe acah je. izuan bakar.

sue.anne.na said...

wah wah wah.. lagi meriah raya dia ye.. hari2 open house nampak? hahahaha..

Ahau - Dee said...

Selamat Hari Raya Shidy ... memang meriah. Setahun sekali kan ... apa salahnya ... ha ha ha

Alhamdulillah, bila buat muka tebal dapatlah kawan kut ... he he he

Ahau - Dee said...

Odie,

Glad to hear that :)

Pasal Spaghetti Ahau Dee tu, bro sedang tunggu Chief De Bitches untuk organise. Just let me know the date & berapa orang. Email me okay. Then we discuss the details.

Ahau - Dee said...

sue.anne.na,

Rezeki jangan di tolak ... hal-hal makan ni, no problem jer. ha ha ha

btw, I singgah your blog tadi tapi tak dapat nak trace siapa empunya nama sue.anne.na ni?

Siapa ya?

sue.anne.na said...

ya tuhannnnnn.... ko siap punya simpan kat favourite. siap jadik link lagi tapi tidak kenal tuan punya blog.. ko ni karanggggg.....