Tuesday, October 14, 2008

Jalan-Jalan Ahau Dee : The Giant Kauri


Permandangan di dalam perjalanan ke Dargaville

Dari The Kuari Museum, kami bertolak ke Dargaville untuk bermalam di situ sebelum pergi ke Waipoua Kauri Forest dan bertemu dengan ‘Lord of the Forest’ dan ‘Father of the Forest’.
Dargaville ialah sebuah bandar kecil yang juga terkenal sebagai Kumara (sweet potato) Capital of New Zealand. Sampai saja di Dargaville, Chan bawa kami ke Museum lagi. Nasib baik dah ditutup … he he he … jadi hanya hanya ambil gambar di luar sahaja.

Permandangan dari Museum di Dargaville
Bandar Dargaville yang sungguh sunyi

Kemudian berjalan- jalan di sekitar Bandar Dargaville sebelum ‘check-in’ di Hobsons Choice Motel. Besar, luas dan selesa serta lengkap dengan kitchen facilities. Hanya $185 satu malam dan cukup untuk memuatkan sehingga 7 orang.

Susah juga nak mencari makan dan akhirnya kami sepakat untuk makan di Lyrik’s Family Restaurant & Bar.

Kumara Chips

Makan malam saya ... Scallops yang dihidangkan dengan mushroom mentah ... he he he $22 sepinggan ... mahal sungguh... he he he

Saya, Chan & Ang ... disebabkan tak kenyang kami pergi mencari Pizza pulak selepas makan malam di sini

Keesokkannya, selepas sarapan kami pun bertolak ke Waipoua Kauri Forest dan saya rasa biarlah gambar-gambar berikut sahaja yang bercerita. Mulanya saya agak hairan kenapalah Chan bersungguh-sungguh ajak kami ke sini … hmmm … memang tidak sia-sia walaupun hujan agak lebat.

Four sisters ...

Besar dan Menakjubkan ... Father of the Forest


Saya bersama Yakas ... nak ku peluk tapi tak tercapai ... huh!


Gambar Tane Mahuta dari jauh. Nampak tak betapa kecilnya dua orang yang berada di dalam gambar tersebut? Tane bermaksud Tuhan di dalam bahasa Maori.


Saya bergambar dengan pokok Kauri yang hampir seusia dengan saya ...cuma dia lebih tua dua tahun sahaja : )

Ahau Dee

2 comments:

Anonymous said...

If only I could have that big huggable tree at the back of my house, kan best. Boleh buat tree house, main kejar kat keliling tu. Nyaman je.

Ahau - Dee said...

Ya ya ... good idea. Sebenarnya ... tree house tu my dream house jugak. Boleh jadi Tarzan ... he he he