Thursday, October 9, 2008

My Journey : The Intro ...


“Dulu belajar kat Universiti mana?”

Satu soalan yang sering diajukan kepada saya oleh sesiapa saja yang baru mengenali Ahau Dee terutama di tempat kerja dan jawapan jujur saya selalu disalah ertikan.

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk berkongsi dan merakamkan perjalanan kerjaya saya yang berusia 18 tahun di dalam blog ini. Tiada maksud tersirat … sekadar berkongsi pengalaman. Lebih-lebih lagi usia saya akan bertambah setahun lagi pada 23 December ini. Maka mengenang cerita lama adalah sesuatu yang menarik.

Banyak pengalaman manis, pahit, masin, masam, kelat dan tidak ketinggalan juga yang ‘bodoh’ … nama pun kehidupan kan dan tiada manusia yang sempurna.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada setiap insan yang pernah hadir di dalam perjalanan karier Ahau Dee. Sayangnya, gambar-gambar saya semuanya di Malaysia. Kalau tidak, bolehlah disertakan sekali.

Tidak mungkin 18 tahun punya cerita boleh dimuatkan di dalam satu posting. Kena buat cerita bersiri lah ni … he he he. Harap-harap ada yang sudi membacanya. Di samping itu saya akan selang selikan dengan kembara saya di New Zealand ini.

Ahau Dee - 1990

Saya belajar di aliran Sains di Sekolah Menengah Darul Ridwan, Aulong, Taiping Perak. Nama saja aliran sains tetapi saya lebih cenderung kepada aliran sastera.

Menjadi Pengawas, Presiden Persatuan Bahasa Malaysia, Naib Presiden Kelab Kaunseling dan merupakan salah seorang yang aktif berpidato dan menyertai pertandingan syarahan di peringkat sekolah dan daerah. Penulis skrip dan pengarah drama sekolah, Pertandingan berpantun, Pengacara Majlis Hari Guru dan macam-macam lagi.

Macam budak baik saja kan? He he he. Memang baik pun cuma masalah saya hanyalah satu. Saya tidak minat aliran sains.

Sebaik saja tamat SPM dengan Pangkat 2, saya nekad untuk bekerja. Saya juga menolak tawaran ke tingkatan 6 dan tidak membuat sebarang permohonan untuk sambung belajar. Arwah ayah saya begitu marah dan saya masih ingat lagi kata-kata beliau sehingga sekarang,

“Ayah nak tengok sejauh mana Dee boleh pergi dengan SPM!”

Masa tu tak fikir panjang. Lelaki kan pantang dicabar. Terus sahut cabaran ayah walaupun saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan… Ha ha ha. Maka saya mulalah mencari kerja dan berikut antara pengalaman menarik yang masih saya ingat.


Saya tidak diterima bekerja di petrol station walaupun masa pergi interview tu saya bawa satu folder penuh dengan sijil-sijil yang saya dapat disekolah. Maklumlah, Naib Presiden Kelab Kaunseling dan Kerjaya. Pakai baju punyalah ‘smart’ tapi tak dapat kerja sebab tak layak. Huh!




Saya usung sijil saya tu merata-rata terutamanya kilang-kilang untuk jawatan operator pengeluaran tetapi satu pun tak dapat

Sepupu saya ‘recommend’ kan untuk bekerja di sebuah bank sebagai kerani tetapi gagal kerana masa tu (sehinggalah sekarang) saya menaip dengan dua jari sahaja … walaupun speed sekarang ni lebih cepat. Saya curi-curi baca surat recommendation dia pada Manager bank tersebut dan isinya …. bantulah saya kerana saya orang ‘miskin’ … huh! So pathetic kan?




Masa itu terasa amat perit nak cari kerja dan sijil-sijil yang saya usung ke sana sini tu seperti tidak bernilai. Mula terasa malu dengan ayah tetapi saya tetap tak mahu mengaku kalah.

Akhirnya dengan pertolongan seseorang saya diterima bekerja di sebuah syarikat kecil bernama Leema Enterprise di Jelutong, Penang sebagai General Worker dengan gaji sebanyak RM8 sehari.

Seperti biasa, datang interview dengan kemeja dan sijil-sijil saya tu tapi satu pun boss tak tengok. Terus di suruh buat kerja dan kerja pertama saya ialah koyak kotak. Ketika itu saya tak pasti apa dia kerja general worker tapi saya enjoy basuh kereta boss, cuci toilet, angkat barang, buat plastic mengisi panadol dan apa saja yang di suruh termasuk lah check nombor ekor boss di surat khabar … sekali dia beli nombor ekor beratus-ratus ringgit maka kerja sayalah untuk check samada dia menang ataupun tidak.



Pergi kerja naik bas dan balik kerja dengan Aunty saya yang mengajar di Sekolah Cina di Jelutong. Itulah rutin saya selama enam bulan.

Disebabkan kerajinan saya, dari gaji hari, saya dibayar gaji bulan iaitu RM260 sebulan dan kemudiannya setiap bulan gaji saya dinaikkan RM20 sehinggalah saya terpaksa berhenti sebab tidak tahan dengan bau getah asli yang di proses.

Akhirnya saya dapat kerja di kilang besar dan itupun di atas pertolongan kakak kepada isteri sepupu saya … kena guna kabel jugak.

Next posting ialah pengalaman saya bekerja sebagai Process Technician ataupun Quality Control Inspector di Robert Bosch (M) Sdn Bhd.

Apa macam? Ok tak permulaan cerita bersiri ni? Anda berminat untuk mendengar cerita seterusnya?

Ahau – Dee

9 comments:

Rush Murad said...

permulaan yang baik.... macam baca novel... ala-ala dairi...

la Signora said...

Are you kidding me?I'm inspired.Do go on!

Ahau - Dee said...

Shidy,

Bila aku baca balik, rasa kelakar lah jugak tapi belasah jer lah ... he he he. Nama pun blog.

Nak tulis pasal benda lain tak reti. Tulis pasal diri sendiri ler ... walaupun bukan celebrity. ha ha ha.

Ahau - Dee said...

la signora,

tiada yang tidak benar selain yang benar-benar belaka. Kisah benar lah kiranya ni ... he he he

Biasa-biasa saja kisah saya ni ... banyak sangat benda2 'bodoh' yang saya buat. He he he

Terima kasih kerana sudi nak baca cerita seterusnya.

diddy said...

sambung jangan tak sambung.

Ahau - Dee said...

Thanks Odie ... tengah dok karang nih!

Wiz said...

Keep on writing Dee.

sue.anne.na said...

hey! good one! good idea :D

thanks for sharing. worth reading dearie..

Ahau - Dee said...

Thanks Wiz & Anne :)