Sunday, October 19, 2008

The Facebook Buddies & 'B ...Nites'

Seperkara lagi mengenai ‘Ahau-Dee’ ini, saya suka menganjurkan majlis, meraikan tetamu dan juga meraikan apa jua ‘occasion’ yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim, menghargai ahli keluarga, orang-orang yang rapat dengan saya, berkenalan dengan kawan baru dan kesimpulannya, melakukan apa saja yang boleh membuatkan orang lain gembira. Bagi saya ianya satu kepuasan apabila melihat senyuman dan gelak tawa setiap orang yang hadir di dalam apa jua majlis yang saya anjurkan atau uruskan.

Memandangkan saya agak tidak berpuas hati dengan Rumah Terbuka Ahau-Dee di Mutiara Malaysian Restaurant baru-baru ini dan juga sebab tidak dapat meraikan lebih ramai kawan-kawan baru saya, maka semalam saya menganjurkan sekali lagi rumah terbuka yang lebih santai di studio apartment saya dan di namakan ‘The Facebook Buddies & ‘B … Nites’ … apa makna B tu? Mereka yang hadir pasti tahu.

Pada mulanya saya agak ragu untuk menganjurkan majlis ini kerana sebelum ini saya tidak pernah melakukan seorang diri. Lagipun rumah saya kecil sahaja. Biasanya saya hanyalah ‘master mind’ dan untuk ‘operasi’nya, kakak-kakak saya akan menjadi mangsa … he he he. Maka untuk merealisasikannya, saya telah memilih menu yang paling simple dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Seramai 30 tetamu hadir dan menjadikan majlis begitu meriah . Kepada semua yang hadir, terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis dan semoga hubungan kita akan bertambah erat selepas ini. Friends are Forever : )

Starters :-

Nancho & Crackers di makan bersama Mackerel Ahau Dee, Sour Cream, Cheese, Cream Cheese dan Sweet Chilli dan bergantung pada creativity tetamu macam mana nak menikmatinya.It was fun.

Desserts :-

Mixed Muffins
Choc Cake Mud
Cadbury Tiramisu
Gold Kiwi
Grapes
Main Dish - Spaghetti Seafood Ahau-Dee ... Alhamdulillah, menjadi jugak. Takut tak menjadi. Lebih-lebih lagi bila saya masak dalam kuantiti yang banyak.
Bersama tetamu pertama yang hadir ... Dzul
The second group. Kebetulan mereka baru balik dari open house, maka hidangan seperti tak terusik pun. Shah & Zati juga turut hadir tetapi tak perasan tak ambil gambar mereka.
Bunga-bunga yang sudi memeriahkan majlis ... kecuali syamim dan shafeq ler .. ha ha ha dan kemudian the 'B ... Nites pun bermula' ... dan menjadikan majlis lebih meriah. Setiap orang perlu menjawab the one million question dan membuatkan suasana menjadi riuh. Pasti jiran saya tu bengang ... he he he

Gambar beramai-ramai sebelum majlis tamat dan semua akan sibuk dengan tugas masing-masing sebagai pelajar dan saya dengan kerja, kerja dan kerja.

Ahau - Dee

10 comments:

Anonymous said...

Your house looks big la Dee and your spaghetti looks soo yummmmm. Rajin betul la bujang sorang ni. Untung future wife you nanti.

Ahau - Dee said...

Studio apartment jer Wiz. Kena buat 2 session. Kalau tak sempit jugak.

He he he ... beruntung ker? Tu lah, sampai la ni tak dak orang nak pun. Kesian kan? Ha ha ha

I buat yg paling senang, tak payah buat preparation banyak2.

Anonymous said...

wah2..memanjang je open housenyer...
hehehhe...nape la i lambat sgt nk gi sana...=P
hey..hgetting closer with my ex scandal nmpk..
ahh..i tau "b" stands for wht..
hikhik~

Imran Razali said...

Lol I was wondering why was I invited during that night too...I don't have a facebook page... and I didn't know that I am now also declared as one of the Auckland B......

Anyway the food was really nice :D

Makanan sedap senang hati
Lain kali boleh buat lagi :p

Ahau - Dee said...

Enny,

Dah penat tunggu ko datang ler ... dah beberapa kali potong rambut dah ni. Ko tak muncul-muncul jugak. Ha ha ha

Your scandal tu budak baik ler. Semua student kat sini baik-baik belaka.

B ... tu just for fun. He he he

Ahau - Dee said...

Imran,

You are invited because you are special. Bukan sebab facebook dan bukan sebab B...

Thank you & InsyaAllah ada rezeki & diizinkan Tuhan kita buat lagi.

Pasal makan ... memang no problem punya.

unknown said...

ye. trimas karena sudik menerima kunjungan kami bunga2 :p

sedaaaaaap. thanks again. len kali wt lagi ley jmpt lagi.

Ahau - Dee said...

You are most welcome Shanis.At least berseri gak majlis saya bila ada bunga-bunga ... he he he.

No worries. Ada rezeki kita makan lagi :)

Anonymous said...

ahahha~
takyah la tggu i dtg...i tggu balik je...=P
haih~..emo nmpk..leks la..ingt sng nk petik bunga sekuntum kt sini ke?
huhuhu

dia mmg sgtttttt baik...=P
u ckp kat dia statement "maut" yg u nk ckp tuh?

Ahau - Dee said...

Alamak! Lupa lah Enny! Soriiiii

Ok ok ... ko tunggu Den balik ya. Lepas tu terus Den hantaq rombongan bulan 12 nanti.

Cheers!