Thursday, October 23, 2008

My Journey : Di sebalik ...

Kerja sebagai Consultant ni memang menarik. Nampak macam bagus saja. Selalu dapat layanan VIP bila berada di tempat Client dan selalu makan di restaurant yang hebat-hebat. Saya memang suka makan ... sebab tu lah tembam selalu... he he he.

Sebenarnya syarikat Tony ni kecil sahaja. Hanya ada Tony, saya dan adik beliau yang bertugas sebagai kerani di KL. Saya pula base di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Selain pergi ke tempat Client dan mengadakan public program di hotel, kami juga menganjurkan kursus di pejabat kami di Seberang Jaya. Pada masa itu kami menganjurkan Diploma in Quality Management dan bekerjasama dengan University of Portsmouth, UK.



Office kami tidak besar. Ada satu training room, pejabat Tony, meja kerani & meja saya serta satu bilik rahsia. Ramai pelajar yang bertanya bilik apakah itu dan jawapan yang saya berikan ialah store room.

Yang sebenarnya itu adalah bilik saya … he he he. Ya, saya tinggal di situ. Kira macam hostel lah. Disebabkan tidak cukup kakitangan, saya kena multi tasking. Selain menjadi consultant dan trainer saya juga perlu membuat kerja-kerja berikut :-



1. Housekeeping - membersihkan pejabat dan juga toilet (mana ada consultant basuh toilet kan?)

2. Membayar bil-bil pejabat

3. Memandang saya tinggal di situ, saya juga bertindak sebagai security guard … ha ha ha

4. Melakukan kerja-kerja kerani – segala paperwork untuk Tony, menyediakan certificate untuk peserta kursus dan lain-lain.

5. Bertindak sebagai driver beliau bila kena hantar ke airport dan sebagainya.

6. Membeli tiket kapal terbang, booking bilik hotel atau buat reservation bila ada dinner dengan client

7. Menyediakan refreshment untuk training session di pejabat dan kemudian membasuh cawan. Kena pastikan segala stock makanan mencukupi seperti biskut dan minuman 3 in 1 tu.

8. Menghantar training material ke supplier untuk di photostat ( nasib baik saya tak kena photostat sendiri)

9. Membeli hadiah untuk client bila kami dijemput ke majlis makan malam dan sebagainya

10. Berurusan dengan trainer jemputan bila perlu dan apa saja yang disuruh oleh Tony.

Saya juga menjadi salah seorang pelajar Diploma In Quality Management yang kononnya akan di sponsor oleh Tony tetapi bila saya berhenti kerja dengan beliau terus kena bayar balik segala kos ... he he he. Tapi tak per lah … at least ada jugak diploma kan daripada tak ada apa langsung.

Yang best tu bila di depan client kena berlakon kononnya segala urusan administration akan dilakukan oleh kerani di pejabat tetapi yang sebenarnya, saya lah yang kena buat semua tu.


Apa macam? Tak rugi kan kalau anda berminat untuk mengambil saya bekerja. Macam-macam saya boleh buat … he he he

Ahau - Dee

4 comments:

Anonymous said...

Yes, looking at your resume I am hiring you as my cake executive cum driver cum washer cum cream mixer cum trainer cum interior designer and cum engineer, ha ha ha. No la Dee, you are just a person who just can't say no to requests and orders. That makes you a great worker cum person.

Anonymous said...

setelah 2 hari, akhirnya berjaya juga saya khatamkan blog ini. huhuhu. menarik betul perjalanan hidup dee dan izinkan saya utk terus mengikutinya lagi.

Ahau - Dee said...

Wiz,

You sanggup ker ambil I kerja dengan you ... nanti kek habis masuk perut I jer ... bukannya sampai kepada customer ... ha ha ha.

Ahau - Dee said...

Cik Sue,

Terima kasih kerana sudi singgah blog saya ni dan singgah lah selalu ... tapi cerita dah habis dah ... he he he

Saya tak rasa nak sambung lagi sebab panjang sangat ... takut org bosan pulak.

Cerita pasal New Zealand pun tak habis-habis lagi nih!