Friday, October 17, 2008

My Journey : Satu Dimensi Baru

Setelah lebih kurang 16 bulan karier saya agak tidak menentu, akhirnya kerjaya saya di NSG (M) Sdn Bhd ataupun Nansin semakin menampakkan sinarnya. Nansin sebuah syarikat Jepun telah memberi satu dimensi baru di dalam kerjaya saya. Saya boleh dikatakan agak berjaya di sini dan Nansin juga memberi kesempatan untuk menambahkan lagi ‘koleksi best friends’ saya.

Selain Zan, antara nama-nama yang pernah singgah dan menjadi sahabat saya adalah Amin, Kamarul, Fauzi, Nazri, Yassin, Shukor, Kak Ina, Kak Timah, Jalina, Chin, Sugumar, Rosma, Tengku, Zul dan ramai lagi.

Saya agak rapat dengan sekumpulan sahabat lelaki seperti Zan, Amin, Kamarul (yang masih berhubung sehingga kini) dan ramai lagi. Memandangkan masa itu semuanya masih bujang dan ramai yang tinggal di asrama yang disediakan oleh syarikat, maka hubungan kami sememangnya rapat. Rasa-rasanya, hanya tinggal saya sahaja yang masih ‘terlepas bas’ … ha ha ha (faham tak?)

Kali ini asrama dah up-grade sikit. Seorang satu bilik dan fully furnished lagi. Menariknya selain kerja setempat, kami tinggal serumah / berdekatan. Masing-masing memegang jawatan penting di Nansin. Dari Engineer, Officer, QC Supervisor sehinggalah ke Production Supervisor, semuanya satu gang.Bila mesyuarat, jumpa muka yang sama dan bila balik rumah pun jumpa muka yang sama. Macam manalah tak rapat. Kalau ada problem pun boleh diselesaikan dengan mudah. Maklumlah, kawan-kawan.

Di sini juga buat pertama kalinya saya menyedari bahawa saya berbakat di dalam bidang pengacaraan. Walaupun pernah melakukannya di zaman persekolahan tetapi menjadi emcee di majlis makan malam syarikat adalah sesuatu yang baru pada saya.

Masa tu syarikat tiada budget untuk menganjurkan annual dinner di hotel. Maka lokasi yang paling sesuai hanyalah di kantin saja. Sepatutnya Amin menjadi pengacara pada malam itu tetapi beliau lewat tiba dan Zul (HR) meminta saya untuk menggantikan Amin di saat-saat akhir.

Untuk menyelamatkan keadaan dan tanpa berfikir panjang saya terus saja bersetuju untuk menjadi pengacara bidan terjun dan hanya bersandarkan kepada pengalaman menghadiri annual dinner sewaktu bekerja di Robert Bosch & SPM.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan sebaik sahaja majlis berakhir, pembekal karaoke dan sound systems, Robena telah mendekati saya dan memberi pujian pada saya. Beliau bertanya, adakah saya pernah menjadi pengacara sebelum ini? Beliau terkejut bila saya berkata bahawa itu adalah pertama kali untuk majlis makan malam dan katanya lagi, suara saya memang sesuai sebagai emcee (walaupun saya tidak suka mendengar suara sendiri lebih-lebih lagi di dalam video … he he he)

Beliau menawarkan saya untuk bekerja secara sambilan sebagai emcee / DJ untuk majlis anjuran syarikat beliau. Tanpa berfikir panjang, saya terus setuju dan sempat menjayakan beberapa acara seperti Annual Dinner di Feringgi Beach Hotel, New Year Eve di City Bayview Hotel dan beberapa majlis lagi.

Sejak itu (sehinggalah sekarang) saya sering menjadi pengacara untuk majlis makan malam samada di tempat saya bekerja ataupun secara sambilan dengan bekerjsama dengan beberapa Events Company. Selain majlis makan malam, saya pernah menjadi pengacara untuk family day, majlis pelancaran, convention, majlis perkahwinan dan sebaginya. Walaupun saya tidak sebagus dan semahal pengacara professional, tetapi saya gembira dan memang meminati tugas sebagai pengacara. Ramai yang berkata saya menjadi orang lain bila berada di atas pentas dan tidak kelihatan seperti Zahidi yang mereka kenal … he he he.

Bidang pengacaraan memberi ruang pada saya untuk melebarkan lagi my ‘networking’ dan membuka lebih peluang kepada saya. Saya merasa amat berpuas hati bila melihat customer gembira dengan kerja saya dan semua orang gembira setelah majlis tamat. Ada juga syarikat yang memanggil saya 2 hingga 3 tahun berturut-turut.

Saya juga merasa amat berbesar hati bila diberi kepercayaan sebagai pengacara di majlis perkahwinan /pertunangan rakan-rakan saya yang pelbagai kaum seperti Darren, Elisa, Shafinaz dan beberapa orang lagi sebagai hadiah perkahwinan/pertunangan dari saya kepada mereka dan tanda persahabatan kami.

Saya menjadi Pengacara / Incredible Hulk di majlis makan malam sempena Sime Darby Group Treasure Hunt di Awana Kijal Resort.

Tugas sebagai pengacara juga menjadikan saya lebih sponton dan dapat berfikir dengan lebih pantas apabila berlaku sebarang masalah kerana perkara-perkara yang tidak di duga sering berlaku di majlis-majlis sebegini.

Selain menjadi pengacara saya juga mula belajar bagaimana untuk menjadi Event Manager dan menganjurkan beberapa majlis untuk syarikat tempat saya bekerja seperti Treasure Hunt, Family Day, Launching dan sebagainya. Semua ini menambahkan lagi pengalaman saya dan benar-benar membuka satu dimensi baru bagi kerjaya Ahau Dee.

Terima Kasih dan syukur kepada Tuhan di atas bakat yang dikurniakan ini dan memungkinkan segalanya. Alhamdulillah

Nota : Semua gambar kecuali Hulk tu adalah dari lensa kamera Ang. Thanks Ang.

Ahau - Dee

7 comments:

Anonymous said...

Wow Dee, ada bakat terpendam rupanya. Mesti best bila orang appreciate your work kan? And I'm sure you get paid for it too. Why didn't you pursue this kerjaya professionally mcm Mahadzir lokman tu?

Sambung lagi k.

la Signora said...

Bila nampak gambar Hulk tu, tingat kes baling kusi.I agree with what Wiz said,who knows you could be se-ranking with Mahadzir Lokman.

Ahau - Dee said...

Hi Wiz & la signora,

Mahathir Lokman? He he he ... jauh panggang dari api. Saya ni amatur jer. Bayaran pun ciput. Mungkin sebab minat dan lebih kepada self satisfaction. Memang betul wiz, macam your baking ler ... bila orang appreciate our work. Itu yang paling best.

Banyak tawaran saya tolak sebab bertindih dengan jadual kerja. Who knows one day nanti saya jadi emcee for your event ker. Tak mahal. Harga kawan-kawan ... he he he.

Thank you sebab terus sudi mengikuti cerita bersiri yang tak akan laku di pasaran ni. He he he

Imran Razali said...

Tak akan laku di pasaran?

haha I thought with all the things you have gone through all this while, you certainly know that nothing is certain in this world, right? (apart from death)

belum try belum tau...tapi kalau jual mahal sangat mmg x laku ar kot haha

but anyway, keep on writing :D

anne rafei said...

org dah tertinggal ketapi. kena baca few postings sekali gus.. bes sikitlah daripada tertunggu2. hahahahaha...

i enjoy reading your JOURNEY. worth reading. life is great, right?

one thing for sure: there's always an ANT in every GIANT. :D

Ahau - Dee said...

Imran,

Betul tu ... tapi yang ni confirmed tak laku. Tanpa ragu lagi. He he he

Terima kasih : )

Ahau - Dee said...

Anne,

tak per singgah sekali sekala ... yg penting terus sudi singgah.Yes. Life is great walaupun kadang-kadang perit tapi apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

there's always an ANT in every GIANT ... baru dengar ni. Nak kena cari maknanya dulu ... he he he