Friday, October 10, 2008

My Journey : Zaman QC

Saya bekerja di Robert Bosch (M) Sdn Bhd, Bayan Lepas, Pulau Pinang selama lebih 3 tahun. Bermula sebagai Process Technician ataupun QC Inspector dengan gaji RM320 sebulan. Kerja saya ialah memeriksa kualiti ‘car radio’ yang di hasilkan di ‘production line’ supaya menepati kualiti yang di tetapkan.

Bermulalah zaman ‘mat kilang’ dan juga zaman QC di mana saya mula membentuk sikap cerewet dan teliti saya ni ha. Sebab tu lah membujang sampai sekarang. Robert Bosch banyak mengajar saya dalam pelbagai perkara dan juga menjadi titik tolak untuk melakukan sesuatu untuk mengubah taraf kehidupan saya.

Pekerja di sini (lebih 4 ribu orang) dibeza-bezakan mengikut uniform masing-masing. Maka yang berada di atas akan sentiasa memandang orang dibawah dengan sebelah mata sahaja. Banyak perkara berlaku sehingga membuatkan saya berjanji pada diri sendiri untuk menjadi supervisor dalam masa 2 tahun.

Saya pernah dihina dan dimalukan hanya kerana saya seorang pekerja bawahan. Saya masih ingat lagi seorang hamba Allah bernama Ridwan, supervisor yang ketawakan saya apabila mendengar cita-cita saya untuk menjadi supervisor (masa tu Supervisor pun dah dikira besar sangat … he he he). Katanya pada saya, “Jangan haraplah ko nak dapat kerja tu!”.


Belajar English di British Council adalah satu permulaan. Dengan gaji yang rendah memanglah susah untuk membayar yuran yang agak mahal maka hanya sempat belajar satu sesi saja – Intermediate level. Masa tu (sehinggalah sekarang) bahasa inggeris saya memang tunggang terbalik dan berterabur tetapi saya redah sahaja. Yang penting orang faham apa yang ingin disampaikan.

Mungkin saya ini jenis yang ‘muka tebal’ ataupun ‘tak tahu malu’ dan prinsip saya ialah ‘belasah jer’. Maka dipendekkan cerita, dengan keizinan Allah SWT, saya dinaikkan pangkat kepada QC Supervisor di bahagian packing room. Dan saya berjaya mencapainya dalam masa 18 bulan. Alhamdulillah.

Yang menarik di sebalik kenaikkan pangkat ini ialah :-

- 2 minggu saya dipulaukan oleh rakan-rakan sekerja yang tidak berpuas hati di atas kenaikan saya. Tidak ada seorang pun yang mahu bercakap dengan saya dan dengan muka yang tak malu ni, saya terus mendekati mereka demi tugas. Akhirnya, mereka mengalah dan lebih menggembirakan saya bila salah seorang dari mereka berjumpa saya dan meminta maaf. Kata beliau, saya memang layak dan rupa-rupanya ada jarum yang menyucuk.

- Bila dinaikkan pangkat, gaji saya dinaikkan kepada RM480 sahaja. Saya tidak dibenarkan buat ‘overtime’ kerana boss kata kalau buat OT saya adalah Supervisor yang tidak competent. Maka pendapatan bulanan anak buah saya adalah 2 ½ kali ganda dari saya kerana sebagai QC banyak OT.

- Untuk fresh graduate (diploma), gaji permulaan pada masa tu ialah RM1200 dan memandangkan saya naik dari bawah, maka rezeki saya hanya RM480 sebulan sahaja walaupun tugasnya sama sahaja malah lebih lagi.

Bila dinaikkan pangkat, tanggungjawab bertambah dan secara automatik, boss mahukan saya menjadi lebih baik, lebih pandai, lebih cekap tetapi tidak disediakan training. Semua kena buat sendiri dan belajar sendiri. Memang tertekan. Kena buat trouble shooting dan macam-macam lagi. Dengan initiative sendiri, saya mengambil kursus Basic Electronics tetapi ianya masih tidak membantu.

Maka jadilah saya seorang supervisor yang tidak ‘competent’ dan ‘lari dari masalah’ adalah jalan yang terbaik pada masa itu. Tidak mahu berfikir panjang. Ketika itu juga, Komag (USA) baru ditubuhkan dan tengah hangat di pasaran. Mengambil konsep 2 in one … maknanya seorang pekerja melakukan 2 tugas iaitu technician dan operator. Ramailah mat-mat kilang mencuba nasib.

Percaya atau tidak, salah satu tarikan bekerja di situ ialah diberi kasut Reebox percuma dan tailor-made uniform serta gaji yang agak mahal. Maka saya pun memohon pekerjaan tersebut dan perlu melalui pelbagai ujian sebelum di terima bekerja.

Apa lagi, gembira bukan kepalang sebab dapat lari dari masalah dan saya pun berhenti kerja kerana bakal mendapat gaji RM745 sebulan dan dapat kasut Reebox … he he he.

Next posting mengenai Komag (USA) pulak dan dikesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada nama-nama berikut (yg masih saya ingat) di atas pengalaman semasa bekerja di Robert Bosch.

Lee
Engineer yang interview saya dan terima saya bekerja

U Chang Eng
Engineer yang percaya kepada kemampuan saya dan juga memberi banyak tekanan kepada saya … he he he

Mazina & Mr.Tan
Banyakmembantu saya especially dalam hal-hal technical

Badrul, Redzuan, Norhisam, Noraini, Rohana, Nora, Rasyidah, Mat Radhi dan ramai lagi. Di atas persahabatan dan memboikot saya selama 2 minggu : )

Shidah
Kerana menolak cinta saya hanya kerana saya seorang QC Inspector dan tidak lupa juga pada kakaknya yang mahukan dia bersama dengan orang yang lebih tinggi jawatannya dari saya. Apa khabar dia sekarang?

Ahau - Dee

10 comments:

la Signora said...

Dee, best gile okay baca your kisah.So inspiring (yes, perkataan untuk hari ini) and bukti bahawa kalau kita rajin berusaha, insyaAllah, rezeki datang bergolek-golek.

My favorite surah Al-Insyirah ayat 5-6, "fa inna ma'al 'usri yusraa, inna ma'al 'usri yusraa" [Surely with difficulty is ease, with difficulty is surely ease].

Kita nak canang kat smua orang baca blog awak.Memang best.

Anonymous said...

Ye, apa khabar sekarang wanita dan keluarga wanita yang menolak cinta awk itiew kan dee. Dee bukan sebarang Dee. Ini Dee Auckland whakarewarewa kkkkkkkkk. Cis! orang2 yang memandang rendah pada me Dee!

Rush Murad said...

well, walau i kenal u dalam masa yg singkat, tapi i know u ni jenis yg kuat semangat... ada vision... tak hairanlah u sampai di tahap u ni sekarang.... cuma satu, bila dah di atas jangan lupa pandang ke bawah...

anne rafei said...

:D

it's my pleasure to learn on your "dedication" to build up "ahau-dee".

sambung lagi tau......

Ahau - Dee said...

Thanks la signora ... malu pulak saya ... he he he

Cerita tak habis lagi ni... banyak lagi cerita mengenai 'kebodohan' saya yang buatkan saya senyum sendiri bila fikirkan balik. ha ha ha

Ahau - Dee said...

Wiz,

Ha ha ha ... cerita dulu tu.Time tu budak-budak lagi. Mudah sangat jatuh cinta. Masalahnya, la ni susah pulak ... ha ha ha.

Anyway, saya berterima kasih pada dia sebab membuatkan saya berpijak di bumi nyata.

Ahau - Dee said...

Shidy,

Tak tinggi mana pun aku sekarang ni ha.Ikan bilis jer.Kalau kat Sime Darby orang tak pandang pun.

Bila bercerita kisah-kisah macam ni buatkan aku rasa bersyukur balik and less complaint. Biasalah manusia ni ... cepat lupa.

Anyway, thanks for reminding ...

Ahau - Dee said...

Anne,

sorry anne ... ko guna nama lain. Mana lah Den tahu. Yang saya ingat cucuuwan jer ... he he he.

'ahau-dee' ni syok sendiri jer sebenarnya. saja nak bercerita dan yang penting tak peningkan kepala. Lama gak dok terfikir apa konsep my blog ni ha sebab kalau nak bercerita pasal ilmu ... jauh panggang dari api.

dan juga sebagai kenangan yang saya pernah berpijak dibumi kiwi ni ha.

Thanks for reading ya : )

myrod88 said...

very inspiring la bro! gua cayalah how visioned u are. haha.

p/s: takkan la tak dapat2 lagi awek kot. kalau camni sia2 la kitorg letak bro kat slot bitches time open house haritu. =p. kiddin.

Ahau - Dee said...

Thanks Odie ... as I said, awal lagi cerita nih ... tunggu episod akan datang ... masa tu baru you know samada inspiring ker tidak ... ha ha ha

Kalau dah ada awek tak kan ler kat my facebook still ... single.

tengah dok teropong ni ha ... tak dapat-dapat lagi. Yang dapat tak suka kat kita pulak ...so, melopong ler ... ha ha ha