Friday, October 3, 2008

Sibuk dan Menyibuk ...


My nephew - Fikhri, tukang hantar invitation.

Semalam saya menyibukkan diri untuk bersama-sama dengan my nephew dan kawan-kawan beliau yang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka esok. Saya kagum melihat semangat pelajar-pelajar Malaysia yang berganding bahu untuk memeriahkan suasana hari raya demi mengeratkan lagi silaturrahim.


Zhariq - my nephew's flatmate - guests list controller

11 pelajar bersatu untuk menjadi 'host' rumah terbuka ini dengan jemputan seramai 140 orang sehingga terpaksa di bahagikan kepada 3 sesi mengikut tahap umur supaya tidak terasa janggal. Kebanyakkan tetamu adalah pelajar-pelajar University of Auckland (junior dan senior), Post Graduates dan juga warga Malaysia yang menetap di sini. Dan saya akan menghadiri sesi yang dikhaskan untuk 'Bitchy' (yang muda belia & hapPENING) sebab perasan muda ... he he he.


Syamim - my nephew's flatmate, the cameraman dan dibelakang tu Ketua Chef, Rusydi

Semalam juga saya berkesempatan untuk mengenali rakan-rakan Fikhri yang lain seperti Rusydi, Acap & Dino dan menjadikan tetamu 'Rumah-Terbuka Ahau-Dee' menjadi 11 orang.

Saya pulang jam 3.30 pagi dan hanya sempat tidur 2 jam sahaja. Apa yang saya buat di dalam kesibukan itu?

1. Talipon sanak saudara dan sahabat handai di Malaysia sehingga 2 jam.

2. Sibuk melihat mereka sibuk sambil mendengar lagu raya

3. Sibuk dengan facebook dan membaca blog

4. Berposing semasa sesi mengambil gambar ketika memasak rendang seolah-olah saya salah seorang tukang masak.

5. Sibuk merasa rendang sedap ataupun tidak

Huh! Sibuk kan saya? He he he. Ops! Mulai semalam jugak they will stop calling me 'Uncle' dan digantikan dengan 'Bro' ... wa caya lu lah : )


Ini gambar yang dicuri dari facebook Rusydi sebab saya ada dalam tu dan camera saya tak ada... he he he... sejak dua menjak ni, saya selalu menjadi penjenayah cyber ... curi gambar orang tak minta izin. Thanks Rusydi.

Ahau - Dee

4 comments:

la Signora said...

"Penjenayah Cyber" ha ha ha.Good one.Yeah, it's nice to see the efforts done by the Malaysians abroad when they get together for Eid.It's not the same, but still it's still meriah.And it wouldn't hurt to get to know other Malaysians in the process, kan?

Ahau - Dee said...

la signora,

You're absolutely right and I can't wait to know more people then. Just that I can't invite more people to 'Rumah Terbuka Ahau-Dee' Monday ni coz dah terlebih budget ... he he he

Anonymous said...

uncle dee...wah...cam comeeelll je bunyik...miahahha~

terperanjat received ur sms tanya psl my scandal...akhirnyer telah ketemuk ya?
ngeee~

Ahau - Dee said...

Enny,

Eh! Tak tahu ker yang saya ni memang cho'mel ... ha ha ha.

Belum sempat lagi jumpa your scandal tu. Tak sabar nak ucap statement maut kat dia & nak tengok his response ... he he he

Eh! terkejut ker suka ... ahaks!